Saturday, 9 June 2018

Sukan Komenwel GOLD COAST (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okey, aku sambung penceritaan kembara kami di sini

Flight aku pada kali ini ialah pada 5/4/2018, Flight D7 206 dari Klia 2 ke Gold Coast Aiport pada jam 11.40pm dan dijangka tiba pada ke esokkan hari nya pada 9.40am. Waktu di sini cepat 2 jam pada Malaysia. Penerbangan pada kali ini semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Cuma aku nak cerita sikit, sebab aku sampai awal di aiport KLIA2 ni, kami decide nak cuba Airasia Premium Red Longe, dengan harga Rm79 per head bagi aku tidak berbaloi mana tapi still OK!! Tidak puas hati sebab makanan dia tak banyak. Hahaha.
Antara makanan di Red Longue

Satu flight ngan diorang

Sape x knal diorang ni tak tahu la
Sampai di GC airport, urusan imigresen dan kastam tidak banyak songeh, semua makanan yang aku bawa lepas semuanya(mesti klaim) dah la mesra layanan diorang ini. So, dari airport terpinga-pinga juga kejap sebab aku tiada itineary yang khusus untuk kali ini. First cari Sim Card dulu, kena 10Aud untuk 2 orang, pakej 15gb selama 7 hari by OPTUS provider. (Berbaloi). 

Borobi di GC airport

Terus tengok jadual game, ada Azizul Hasni punya game hari ini dalam acara keirin, tapi game dekat Brisbane, so terus plan ke sini dulu pada hari ini. Fikir-fikir, sewa kereta juga pilihan yang terbaik ke sini. Kena charged 149 Aud sehari termasuk insurance by Budget car company.

Kereta ke Brisbane
Pengangkutan dari Aiport ke Downtoan Gold Coast :

1) Paling mudah denga UBER car, masuk je alamat, uber akan pick up dan hantar ke depan umah.

2) Skybus, ada kaunter khusus di sini. Bus akan stop di mana-mana stesen yang besar di bandar san akan ada shuttle pula hantar ke depen hotel atau hostel. Harga 21AUD one way.

3) Bus Translinked (major bus di GC), naik no bus 777 di platform yang sediakan dan bus ini akan berhenti di Broadbeach south tram station dan dari sini boleh naik tram atau bas no lain ke mana-mana destinasi yang nak tuju. Paling mudah guan kad Go Card, macam kad touch and go kat sini.

Berbalik kepada cerita aku, perjalanan ke Brisbane dengan kereta ambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Nak dijadikan cerita sampai di velodrum basikal, tiket pula habis, tu la last minute punya plan. Last-last kami pergi Directory Factory Outlet (DFO) Brisbane, habiskan duit di sini. Banyak juga la duit habis di sini, dah la first day. Huhuhu.



Sekitar DFO Brisbane
Lepas itu, kami singgah di Holland Town masjid untuk jamak di sini sebelum patah balik ke Gold Coast untuk urusan check in penginapan airbnb. Kami sewa private room di rumah Auntie Vera. Owner yang sangat peramah dan baik hati. Cuma ralat masuk rumah pakai kasut. Hahaha. Makan-makan sikit,(sponsored by ahli jemaah masjid tadi) mandi dan terus tidur.

Antara yang dibeli, haha
Bersambung..

No comments:

Post a Comment