Tuesday, 31 July 2018

Review Business Class Malaysia Airlines KUL - Taipei - KUL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku dan isteri naik Business class untuk kali pertama ke luar negara dengan penerbangan yang patut kita banggakan iaitu Malaysia Airlines.

Aku beli tiket penerbangan ini pergi balik dari Kuala Lumpur ke Taipei, Taiwan ini pada bulan 3 tahun ini, waktu Malaysia Airlines buat promosi sempena Matta Fair. Waktu ini aku beli tiket berkelas ekonomi sahaja, return dalam Rm1556 untuk 2 orang.

Sebagaimana yang kita tahu, Malaysia airlines menawarkan MHupgrade dimana kita boleh upgrade tiket yang berstatus ekonomi ke kelas business dengan bayaran tertentu. Konsep dia kita kena menarwakan harga minima untuk upgrade ke kelas business, jika dapat Upgrade baru dia kenakan bayaran jika tak dapat upgrade tidak dikenakan sebarang bayaran.

Pendekkan cerita aku dan isteri dapat upgrade kan tiket kami, dari ekonomi ke kelas business. Pergi balik untuk 2 orang dikenakan bayaran tambahan Rm2800, agak mahal la juga sebenarnya tapi lagi murah jika kita beli tiket Business Class terus. (Sekali sekala, huhu)

Penerbangan Pergi

Penerbangan kami pada 29 Jun 2018 pada 9.20 am, code MH 366 dengan pesawat Boeing 737-800. Setiap penumpang kelas Business layak untuk masuk Golden lounge, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk merasi Golden lounge di terminal setelit biasa nya sebelum ini di terminal domestik sahaja. Selain itu Golden longue juga ada di terminal regional.
Golden Lounge Satellite
Lebih kurang 6 pagi kami dah sampai di KLIA, dan terus ke kaunter khas untuk proses check in, dalam 20 minit dah samapi di Golden longue. First impression di golden lounge, bapak besar lounge dia, 2 kali ganda mungkin lebih lagi berbanding dengan domestik. Darak semeta raso. haha
Ruang makan
Makanan
Ruang legar
Snack bar

Ruang makan
Lounge dia besar, lengkap dengan tempat solat, bilik tidur dan tandas berserta shower. Ruang legar dia pun selesa, pelbagai pilihan kerusi disediakan. Oleh sebab kami sampai sini waktu pagi, makanan lebih kepada sarapan pagi, macam biasa buffet Nasi lemak dengan rendang ayam disediakan dengan pelbagai pilihan makanan lain. Yang paling best dekat sini dia ada barista yang serve aneka kopi malah cocktails bars pon ada dekat sini.
Surau

Surau

Ruang senyap

Tandas
Staff dekat sini pun ramah dan tidak lokek dengan senyuman, melayan je kerja mereka malah untuk penumpang 1st class siap dihidangkan lagi. Eh, lupa WiFi dia juga laju. Tiada penerbangan akan diumumkan dalam lounge jadi setiap peumpang kena alert dengan boarding time masing-masing. Takot selesa sangat dalam ini sampai terlepas flight. haha.
Nasi lemak

Laksa Johor

Waffle with Ice Cream

Selfie~~
Dari segi tempat duduk dalam kapal terbang, sama macam boeing 737 yang lain. Kenapa la dia tak guna A350 ke, A380 ke, 777 dreamliner ke. huhu. Bila la nak merasa naik business class kapal terbang yang lebih besar. Tunggu rezeki lain. In flight meal, sekali lagi hidangan sarapan pagi dihidangkan. Hadap je la. hehe.
Menu

Meal - Nasi lemak again

Meal - Dim sum

Penerbangan Balik

Untuk penerbangan balik penerbangan kami pada 3 Julai 2018 pada jam 3.10 petang. Jadi pukul 12 tengah hari aku dah terpacak di Taoyuan International Airport. Urusan check-in berjalan dengan lancar cuma dia tiada laluan khas waktu laluan imigresen tidak sama dengan KLIA.

Dekat sini tiada Malaysia Airlines lounge jadi dia bagi untuk masuk China Airlines lounge. China airlines ini taiwan punya courier ye, bukan China mainland punya. Jadi apa lagi, aku amik kesempatan untuk merasai China Airlines lounge walaupun aku tahu tiada apa yang dapat dimakan di sini. huhu. Sedih.
Manisan

Main course

Sushi


Sup dan aneka tin can

Mini bar
Nak masuk ke China Airlines lounge ini bukan main lawa, laluan dia dinding pokok macam tu, lampu dia pun samar-samar sahaja, memang ruang legar dia tidak cerah macam Malaysia Airlines punya. Dari segi tempat duduk, tidak boleh lawan kita punya, tapi lengkap la dengan tandas (shower) dengan bilik tidur. Makanan dan minuman banyak juga tapi ber huhuhu saja la, tengok sahaja makan tak leh.
Ruang legar

Ruang legar

lawa seat dia, selesa sangat

Tidak lama pun kami di sini, minum kopi ngan air tin sahaja. Baik pusing-pusing tengok kedai area sini. Terbeli juga snek-snek (Halal) di sini. Flight delayed hampir sejam tapi puas hati sebab Hero Malaysia Airlines iaitu SATE tersedia untuk penerbangan pulang kali ini selain menu utama. hehehe.
Sate

Mee

Nasi

Apa-apa pun terima kasih Malaysia Airlines bagi peluang merasai your hospitality.
"Untuk semua warganegara Malaysia, Selamat Pulang"



No comments:

Post a Comment