Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA!!!
Hari ke Tiga (01/07/2018 Ahad)
Subuh di Taipei agak awal waktu aku pergi hari tu, jadi pukul 5.30 pagi dah terang benderang, best sebenarnya cerah awal ini kita nak bergerak awal pon mudah. hehe. Untuk hari ini, aku dan isteri akan ke Yehliu geopark, di utara Taipei sebab utama ialah untuk lihat batu-batuan. Bukan batu biasa ya, batu batuan unik yang membentuk objek-objek disebakan alam semulajadi (hakisan angin dan air).
Bagaimana nak ke sini, banyak cara nya, tapi aku pergi dengan Bas, caranya ambil bas di Taipei main station. Sampai di stesen Taipei main ikut pandu arah ke Terminal bas, insyaAllah tidak sesat dan pergi ke terminal bas KuoKuang cari bas number 1518. Tak payah beli tiket di kounter, boleh beli dengan driver bas atau guna je Go card. Tambang dalam 96 ntd. Perjalanan lebih kurang satu jam setengah dan bas akan drop kita di tepi jalan utama dan dari sini kena menapak lebih kurang 10 minit untuk ke pintu masuk Yehliu geopark ini. Waktu operasi bermula 8pagi hingga 5 petang dengan tiket bayaran sebanyak 80 ntd.
Jalan laluan ke Yehliu |
Akan lalu sekolah |
Formasi-formasi batuan di sini |
Dah sampai |
Tiket masuk sini |
Dah mula nampai batu batuan |
Queens's head |
Entah bentuk apa ni |
Kawasan yehliu ini boleh tahan besarnya dan dibahagikan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian dia ada tarikan tersendiri. Di setiap bahagian beberapa formasi batu-batuan kita boleh tengok dan boleh agak batuan itu berbentuk apa. Pelbagai objek batuan terbentuk di sini, dan yang paling popular ialah Queen's head. Selain itu ada juga yang berbentuk lilin, tapak kuda, gajah dan pelbagai lagi. Cuaca waktu aku pergi hari tu memang terik dan agak berangin.
Selepas berpeluh sakan di sini, ambil bas patah balik ke Taipei dah tidak larat nak singgah ke tempat lain. Biasanya dari sini ada orang pergi ke shifen, jiufen atau ke keelung. Destinasi seterusnya ialah lunch di Chicken Masters di area gongguan stesen. Alhamdulillah dapat juga makan kedai ayam goreng yang halal di sini sebagimana yang kita tahu ayam goreng di Taipei memang popular. Lepas makan dekat sini, aku naik bas ke hero negara Taiwan iaitu Taipei 101. Tujuan ke sini ialah untuk tengok dengan lebih dekat ikon negara Taiwan ini yang pernah jadi bangunan tetinggi di dunia.
Lagipun aku sudah beli tiket observatory dari website klook sebelum ke sini. Lagi murah dari walk in tiket. Tiket ini membolehkan kita naik ke obervatory di tingkat 89 dan dapat naik ke tingkat 91 di mana boleh keluar dari bangunan(outdoor). Lawa pemandangan bandar Taipei dari atas Taipei 101. Untuk yang kaki shopping di aras bawah bangunan ada shopping complex, cakap la jenama apa aku rasa boleh dijumpai di sini. Ada duit kira jalan. Hahaha.
Lepas satu hari berjalan sakan, masa untuk balik ke bilik rehat-rehat sebab esoknya nak ke Hualien pula, province yang jauh sikit so kena bangun awal.
Taipei 101 |
Masuk sini jumpa mall dulu |
Kedai-kedai dalam mall |
Dah sampai |
Waktu malam lawa |
Lampu-lampu |
Selfie dari tingkat 89 |
Lepas satu hari berjalan sakan, masa untuk balik ke bilik rehat-rehat sebab esoknya nak ke Hualien pula, province yang jauh sikit so kena bangun awal.
No comments:
Post a Comment