Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Akhirnya part terakhir cerita perjalanan aku ke bumi Taipei, Taiwan ini.
|
SYS memorial hall dengan berlatarkan Taipei101 |
Hari ke empat (2/7/2018, Isnin)
Hari ke-4 ini tujuan aku dan isteri ialah ke Hualien, salah satu provinsi di Taiwan, ke selatan tapi tidaklah jauh pun dari Taipei hanya 2 jam 30 minit sahaja dengan train. Untuk ke sini, pelbagai cara boleh sampai ke sini sama ada dengan train, bas, private guide atau pandu sendiri ke sini. Apa yang special sangat di sini ialah semestinya pemandangan yang sangat cantik di TOROKO NATIONAL PARK (Toroko Gorge).
|
TOROKO |
Jadi setelah sampai di Xincheng atau Hualien station, untuk bergerak ke Toroko boleh explore dengan bus yang disediakan, ada 2 jenis bas iaitu route no 1133A atau 302, laluan lebih kurang sama tapi oleh syarikat bas yang berbeza. Ada yang tawarkan one day pass, tapi jika kita beli one day pass untuk syarikat ini, tidak boleh naik bas untuk yang satu lagi, jadi cadangan nya guna saja GO CARD, yang mana bas sampai dulu naik yang tu.
|
Papan tanda tempat yang menarik di Toroko |
Lepas habis explore toroko (tak explore mana pon, 2-3 tempat saja sempat cover), terus kami balik ke Taipei, solat di surau yang disediakan di Taipei main station dan naik mrt ke Sat Yut Sen station, tujuan ialah ke kedai ice monsters.
|
Naik kereta api pulang ke Taipei |
|
Berhenti Loudang station untuk naik Bas |
|
Stesen bas |
|
Contoh tiket COMBO |
Makan ABC versi taiwan. Alhamdulillah sedap sangat, dia punya ice gebu sangat. Yang tak tahan nya lepas makan ABC, pergi makan Taiwan beef noodle pula. Hahahaha. Eh! sebelum itu kami lepak di Sat Yut Sen memorial hall kejap. Selepas itu balik bilik tidur.
|
Ice monster |
|
Halal certification |
|
Menyelerakan |
Hari ke lima(3/7/2018, selasa)
Hari terakhir di Taiwan sebelum berangkat pulang ke Malaysia jam 3.10 petang, selepas check out menuju ke Taipei main station untuk letak beg di locker dan amik mrt ke stesen chiang kai shek untuk melawat Chiang Kai Shek memorial hall. CKS ini merupakan bekas presiden Taiwan dulu, seorang yang sangat berpengaruh.
|
CKS statue |
|
CKS memorial hall |
|
Sekitar CKS |
|
CKS memorial Hall, ada guard dalam ni.
|
|
Guard |
CKS memorial boleh tahan besar nya dan ramai remaja-remaja Taiwan di sini, kebanyakkan mereka buat latihan pancaragam dan menari. Selepas pusing area sini untuk terakhir kali nya singgah untuk makan Taiwan beef noodle. Hahaha. Memang sedap la beef noodle Taiwan ini. Sangat-sangat berbaloi.
|
Taiwanese Beef Noddles |
Selepas makan, ambil beg di main station dan amik aiport MRT line ke Taoyuan International Airport. (dapat token free dari Matta Fair).
Taiwan sangat-sangat berbaloi untuk dilawati, rugi hanya 5 hari di sini, rasa sekejap sahaja. Sekian terima kasih kepada yang sudi membaca.
Next...
dr izzat... terbaik
ReplyDeleteboleh bantu saya, sy nak apply visa utk ke bangladesh pada 10hb 12 ni.. utk tournament international challange.... boleh tak guide saya, dan perkenal rakan yg ada disana...
badminton tournament
ReplyDeleteboleh bantu permudahkan urusan saya, sbb tuan pernah ke sana, dhaka kebetulan stadium hoki tu berdekatan dgn stadium badminton utk sy bertanding...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteVisa tu susah sikit sebab nak kena dapat invitation letter dari sana. Nanti saya cuba usahakan kenalan dari sana. Tq
Hi nak tanya kalau naik bas ke luodong tu berapa rm? Berapa tambang tren ke hualien pulak?
ReplyDeleteHi, serious saya lupa berapa tiket tu, tapi tgok ke gambar yg saya post tu 122 + 59 = 181. Cakap dekat kaunter tiket nak tiket combo. memang akan jadi jimat cuma perjalanan jadi lewat sikit je sampai
DeleteJat, helpful gila blog ko. Haha. Tp ko x g jiufen ke weh.
ReplyDelete-paen-
Aku tak sempat g jiufen.
Delete