Assalamulaikum dan Salam Sejahtera
Ini trip pertama aku di tahun 2019, kali ini trip ke bumi Kemboja. Aku pernah cerita di sini yang setiap tahun akan trip aku dan rakan-rakan (4 sekawan bestfriend) jalan-jalan samaada dalam dan luar negara. Setelah berbincang satu orang tarik diri dan tinggal kami bertiga rancang ke kemboja. Sebab apa kemboja, pertama tiket Airasia yang murah dan malas ambil cuti rehat panjang. Haha.
Tq Airasia, rindu nya naik kapal terbang. Huhu |
Tarikh : 24-27/01/2019
Destinasi : Kemboja (Phnom Penh - Siem Riep-Phnom Penh)
Penerbangan : AirAsia (Return dari Phnom Penh)
Ahli rombangan : 3 sekawan
Pengangkutan di sana
Phnom Penh
Banyak guna apps samaada Grab atau PassApp
Siem Riep
Aku chartered tuk-tuk untuk 2 hari disana, deal ngan driver tuk-tuk waktu tiba di sana by WhatsApp sahaja.
Ini antara nombor tuk-tuk di sana ya :
Nasri (+855969987679)
Salim (+85512256503)
Zaki (+85969298091) (+85515820955)
* Boleh cuba, tak pasti masih aktif ke tidak dan semuanya boleh berbahasa Melayu
Dengan driver tuk-tuk |
Dari Phnom Penh-Siem Riep-Phnom Penh
Booking online
PP-SR : Naik Van Kecil
SR-PP : Naik sleeper bas, sengaja nak rasa tidur baring 180 degree dalam bas (Katil), naik bas malam sampai awal pagi
Dalam bas |
Sleeper bus |
Penginapan
Kami hanya bermalam 2 malam sahaja di Siem Riep. Tempah melalui airbnb. Homestay dia dalam kawasan kampung.
Aktiviti-Aktiviti di sana yang sempat kami pergi
Phnom Penh
1) Choeung ek Killing field
Tempat pembasmian dan pembantaian rakyat kemboja yang rejim Pol Pot tidak berkenan. Semua dibantai, ilmuan, agamawan, kanak-kanak mahupun bayi. Di sini terdapat menara yang dimana tengkorak mangsa-mangsa kekejaman rejim Pol Pot disimpan. Tiket masuk 5USD.
2) Toul Sleng Genocide Museum
Sekolah yang telah ditukarkan kepada penjara era zaman Kymer Rouge. Disini tahanan diseksa sampai mati. Kawasan sekolah ini bagi aku sangat seram, banyak blok juga untuk dilihat. Di sini juga diilhatkan bagaimana mangsa ditahan, dikurung dan dibunuh. Tiket masuk 5 USD.
3) Masjid Al-Serkal
Masjid yang telah dibina oleh dermawan UAE kepada rakyat kemboja. Masjid yang paling besar di seluruh Kemboja. Bagi aku struktur masjid ini amat menarik dengan ruang solat yang sangat selesa. Yang penting laluan utama ke masjid ini banyak kedai-kedai yang menyajikan makanan halal.
4) Central market
Pasar utama di tengah-tengah bandar Phnom Penh. Pelbagai barangan yang dijual di sini dari bahan basah, elektrik, elektronik, fabrik mahupun perhiasan wanita. Aku suka lepak sorya centre point kat sebelah pasar ini. Ada starbuck dan lotteria. Hahaha
5)Toul tompoung Market
Nama lain ialah russian market, lebih kurang sama dengan central market cuma pasar ini banyak baju-baju fesyen terkini. Sutera kemboja pon banyak dijual di sini (beli di kedai lyn, boleh cakap bahasa melayu sikit2). Boleh lepak KFC kat depan pasar ini smabil tengok gelagat warga kemboja,
Spare part Motor |
Jangan lupa beli cofee kedai pak cik ni ya. Sumpah sedap, padu |
6) Aeon Mall dan Exchanged Square Mall
Nak rasa lebih moden, boleh lepak kat area di sini. Ada panggung wayang, retail shops, mart. Hahaha. Di exchanged square Mall ada Hard Rock Cafe Phnom Penh
On air, hantu kak limah |
Kawasan rehat dan lepak warga kemboja di tepi sungai tonle sap. Banyak kedai makan area sini dan malam ada night market kawasan ini.
Night market di riverside |
Boleh santai-santai atas lantai |
Siem Riep
1) Angkor Wat
Highlight trip kami pada kali ini. Harga tiket 37 USD, nak ikutkan mahal tapi OK la sebab untuk sekali ini sahaja. haha. Awal pagi sebelum matahari terbit dah sampai di sini, nak tengok sunrise katanya. Hehe. Angkor wat kompleks temple yang paling besar di dunia dan ya memang sangat besar. Kami pusing-pusing dalam ini guna tuk-tuk. Angkor thom, bayon, takeo, Ta phrom, daei dan banyak lagi temple-temple yang ada dalam ini. Jangan lupa tempat hotspot dalam ini, tempat pengembaraan tomb raiders.
Keluar sebelum sunrise lagi |
Ramai nya orang |
Wefie |
Lawa |
Lawa la runtuhan dekat sini |
2)Royal independence garden
Garden biasa sahaja yang penuh dengan kelawar dan tahi kelawar. Hati-hati takut kena berak dek kelawar. Haha
3) Killing field siem riep
Mini klling field dekat sini, terdapat sejarah kekejaman rejim kymer rougue dan Pol pot. Boleh baca dan sangat menarik.
4) Pub Street dan Night Market
Kawasan paling happening bila malam menjelma, pub-pub, disko dibuka kiri-kanan jalan.Nak beli sauvenier juga banyak dijual di kawasan ini. Cambodian street food juga banyak, sila tanya driver tuk-tuk boleh makan ke tidak ya. Hard rock siem riep juga ada berdekatan.
Pub Street |
Makanan ekzotik dekat sini |
Macam roti canai |
Lepak Cafe Amazon pon best, brand Thailand ni. |
Ramai orang dekat sini |
5) Kawasan Masjid Naekmah
Kawasan favorite kita orang sebab banyak kedai halal di kiri kanan jalan. Muslim street food juga ada di sini. Masjid pun ad dah la selesa pula tu. Di sini juga ada hotel/motel/lodge yang tokey nya orang muslim. Jika tahu memang aku dah tempah penginapan area sini.
Masjid Naekmah |
Interior |
Street ini la banyak restaurant halal kiri dan kanan |
Di Phnom Penh kami sempat makan dua kali sahaja iaitu di area Masji Al-Serkal itu. Makan stail nasi campur. Ada juga penjaja jual pau dan murtabak dekat sini. Alhamdulillah sedap sangat. KFC di kemboja Halal Certificated, insyaAllah boleh di makan.
Di Siem Riep kami makan di area Masjid Naekmah, banyak restaurant dan street food di sini. Alhamdulillah sedap sangat-sangat makan area sini. Yang terkesan sampai hari ini makan dging naik bukit, goreng pisang, daging kering.
Sedapnya pisang goreng ni |
Lepak tepi jalan makan street food |
Nasi goreng dengan sosej2 |