Ok, bersambung cerita hari ke-2 di Manila, selepas pergi National Museum yang agak boring bagi ak tu, terus plan nak pergi lunch ngan solat. Memang search siap Masjid dekat Manila ni. Check2 yang terdekat dekat sini Golden Mosque ( Masjid Al-Dahab), area Quiapo.
Muslim town, Quiapo, Manila |
Masjid ni dibina tahun 70 an, sempena kedatangan presiden Libya, Muammar Ghaddafi. Nak pergi sini, stesen LRT paling hampir ialah Carriedo Station. Keluar station ini, kena lalu Palanca street, jalan je ikot jalan ni, sampai nampak flyover,dan pandang kiri dah nampak pintu gerbang community muslim. Masuk ikut pintu gerbang tu, straight akan ke Masjid.
Golden Mosque |
Sepanjang Palanca street ini, bnyk stalls, macam pasar tani pon ada gak. Akan lalu SM warehouse juga, ak perhatikan SM ni, barang2 yang dijual agak murah nak banding SM lain, Area ini juga ada beberapa kedai jual souvenier secara borong. Sesiap nak cari fridge magnet dan keychain murah, area ini patot memborong. Sebab sepanjang ak perhatikan di sini, tak bnyk kedai jual souvenier. Yang ada pon kedai nama Kultura, yg ni dekat SM yang besar2 baru ada kedai ini. Untuk hari ini ak survey2 sahaja dulu souvenier, tidak beli lagi. Nanti ak akan tepek souvenier ak beli dekat area ini di next posting.
Selepas solat di Masjid, pusing2 area ini nak cari makan, bnyk kedai kawasan ini, Dari yang gerai tepi jalan sampai restoren yang cantik sikit. Tapi seriously ak cakap, masuk kawasan ini agak kotor dan tidak terurus. Memang susah nak jumpa keadaan seperti ini di Malaysia. Aku singgah satu restoren dekat sini, kebanyakkan restoren dekat sini dia hidangkan nasi campur. Lauk pauk dia dah buat sepiring - sepiring mcam tu.
Antara makanan yang kita org makan dekat sini |
Selepas makan, kita orang menapak ke ChinaTown, agak jauh juga sebenarnya, tapi tak rasa sangat sebab tgok keadan sekeliling warga pinoy ni. Mcam2 ragam. Area chinatown banyak jual barangan kemas, signboard kawasan sini pon banyak dalam bahasa cina. Tokey2 kedai pon cakap cini. Bagi ak sama je chinatown mana2 di dalam dunia ni.
Alang- alang dah di kawasan ni, stoll out sepanjang Juan Luna street, ke area Dvisoria. Sepanjang kawasan ni, bnyk wholesale area, Jual baju,beg tapi secara pukal. Sesiapa plan nak memborong, dan ada niat nak buat business, boleh pertimbangkan kawasan ini. Dekat sini juga ada beberapa Mall, konsep wholesale, contoh 168 mall,999 mall dan banyak lagi.
Tak beli apa pon dekat sini, just tgok gelagat orang sekeliling je. Rehat jap dekat JOLLIBEE, makan ais krim. Kenapa la xde jollibee dekat Malaysia ni, sedap tau makanan dia, nak makan yang halal kena pergi Brunei la..huhu..Lepas tu plan nak jalan ke LRT terdekat iaitu station Recto, tapi wife merungut dah tak larat. So naik jeepney ke sini.
*Tips naik jeepney* - tgok di jeepney tu dia ada tulis destinasi masing-masing. Naik Jeepney masok dudok yang paling hampir dengan muka pintu dan seterusnya sampai ke tempat driver. Klo nak byar pass je duit tambang kat org sebelah, pass2 sampai ke driver. Sebut perkataan "bayar" nanti org paham la. Nak berhenti korang sebut "para" sambil ketuk2 atap sikit. Sekian!..Tambang 8 pesos untuk jarak dekat,
Nah! dalam jeepney |
Sampai di Recto station trus balik ke umah. Tak larat katanya sebabnya bnyk berjalan hari ini. Ok! Bersambung ye~~
No comments:
Post a Comment