1/4/2017 (Sabtu)
Untuk hari ke-2 ini, kita orang rancang nak pergi tengok gajah, dah nama negara gajah putih, memang seantero ceruk Thailand ini banyak dengan gajah, lebih-lebih pula area pergunungan macam Chiang Mai ini. Dari semalam kita orang, masuk keluar juga travel agency untuk mencari pakej yang sesuai untuk ke kem gajah ini. Macam-macam pakej yang jumpa dari yang mahal ke yang murah. Tepok dada tanya selera la.
Tengok punya tengok pakej, terdetik pula baik pergi sendiri. DIY katanya, mungkin lebih murah sebab plan kita orang berdua ini nak lihat gajah dan merasai naik gajah je. Tak nak lah singgah bee farm la, orchid farm la, snake la. Jika pergi dengan travel agency mungkin dia orang akan singgah tempat-tempat yang disebut tadi.
Lepas subuh, kita orang tidak tidur, panaskan Brahim,(Brahim lagi, peneman setia jikalau travel..haha). Packing siap-saip dalam beg, bawak juga beberapa keping biskut untuk mengunyah. Broommm, enjin motorsikal dihidupkan, terus ke Mae sa elephant camp. Perjalanan lebih kurang 40 minit dari tempat tinggal. Kematu juga la nak sampai ke tempat ini dengan motorsikal.haha
Kita orang sampai lebih kurang jam 8.10 am, dah terlepas show yang pertama. Untuk makluman show di sini bermula 8 pagi, 9.40 pagi dan 1.30 petang. Tapi untuk hari itu show jam 8 pagi tiada, jadi next show jam 9.40 pagi. Jadi kita orang plan nak naik gajah dulu sebelum show dan pada jam 9.30 pagi dia orang ada buat pertunjukan elephant bathing. Eh! lupa nak bagitahu untuk nak masuk ke dalam ini dan tengok show kena cas 250b dan jika nak naik gajah, terbahagi kepada 3 track, paling murah 800 bath,1000 bath dan 1500 bath.
Entrance Mae sa |
Map Mae sa |
Kita orang terus masuk, dan pergi ke platform nak naik gajah.naik gajah dalam 25 minit. Ok la pengalaman pertama. Bergoyang-goyang badan naik gajah ini. Jangan bimbang tidak akan jatuh nya, lagipun tuan gajah cekap orang nya. Dengar pula gajah ni dengan tuanya.haha.Lepas naik gajah terus pergi tempat baby elephant sanctuary, agak menarik dekat sini sebab boleh tengok anak gajah dan ibu nya bermain-main.Cute sangat. Jam 9.30 kita orang pergi tengok elephant bathing dan dalam jam 9.50 gitu elephant show start. Bijak gajah-gajah ini macam-macam aksi yang diorang buat. Main bola la, menari la, main muzik, melukis dan banyak lagi. Puas hati juga tengok show gajah ini.
gajah bersedia untuk menerima penunggang |
Gajah beratur |
Gajah duduk |
Baby elephant |
Gajah mandi |
Gajah tidur |
Gajah melukis |
Lukisan oleh gajah, apa mcam boleh lawan |
Lepas mae sa elephant camp, terus memecut balik ke Chiang Mai, nak lunch katanya. Sekali lagi Halal street food jadi pilihan. Kali ini singgah di restoren Khao Soi Islam. MasyaAllah sedap makanan nya. Macam-macam menu yang disediakan di sini. Aku ambil nasi dengan masamman curry, pergh sedap rasanya. Wife amik kuew tiaw dalam sup santan, pun sedap rasanya. Alhamdulillah, berbaloi-baloi dengan harganya.
Massaman curry |
Teh hijau |
Lepas makan kenyang semua, solat jamak zohor ngan asar di masjid dekat sini, lepas itu pergi tempat travel agency, muslim owner. En.Masukree. Sebab pergi sini nak cari tour untuk esok hari. Kami plan nak pergi chiang rai. Cas satu kepala 1200 bath. Tour start pagi sampai la ke malam. Yang best deal dengan dia ini, En.Sukree ini boleh cakap bahasa melayu.haha. Lepas deal semua, kita orang plan nak pergi ke Grand Canyon Chiang Mai, ala-ala grand canyon dekat amerika sana tu.
Dalam 30 minit kami sampai di Grand Canyon dengan bermotorsikal. Masok ke dalam ini dikenakan 50 bath seorang. Grand Canyon dekat sini macam gunung yang besar, di tarah menjadi lereng-lereng, dan terdapat air di celah lereng-lereng tersebut. Yang bestnya, air di sini kita boleh mandi-manda. Nak buat terjunan dari 8 meter pon boleh dekat sini. Tapi kami tidak mandi pon, pergi untuk bergambar sahaja, alasannya tidak bawa pakaian salinan..haha
Pintu masuk grand canyom |
Boleh mandi-manda disini, nak dive pon boleh |
Tempat dive ketinggian 8m |
Lebih kurang 30 minit dekat sini, kita orang balik semula ke Chiang Mai, nak pergi beli buah-buahan sikit di Wororot market. Di sini, kita boleh jumpa macam-macam bahan jualan, fabrik, pakaian, makanan, barang basah, buah dan banyak lagi. Terbeli la buah mangga dan strawberi dekat sini, dah la murah sedap pula tu. Lepas itu pula kita orang singgah jap di Tha Phae gate, sesiapa pergi Chiang Mai tak sah jika tidak singgah sini. Gate ini merupakan pintu utama kubu kota lama Chiang Mai.
Nah!! |
Phae gate |
Badan mula rasa tidak selesa, kami decide nak balik ke rumah kejap. Nak mandi-manda, bersiap semua sebab malam itu kami plan nak Khantoke dinner show di old chiang mai cultural centre, Kita orang dah booking awal-awal untuk dinner ini. Satu kepala dikenakan 560 bath.
Lebih kurang jam 7 kita orang bertolak ke tempat nak dinner itu. Sampai di situ, terus masuk, ada orang akan guide ke tempat duduk kita. Sebaik saja duduk, dia orang akan serve makanan dekat kita. Banyak juga la makanan yang dihidang dan bagi kita orang rasa nya amat sedap. Kena dengan selera tekak kami. Sambil makan, kita boleh tengok show, show terdiri daripada etnik-etnik minoriti rakyat Thailand. Last-last persembahan dia akan jemput sesiapa tetamu nak join sekali dalam show itu.
Makanan yang dihidangkan |
Desert |
Lepas dinner, dalam jam 9 lebih, kita orang pergi lak saturday night market, dah dekat sangat dengan tempat ini. Saturday night market ini acara weekly, so sesiapa yang nak merancang ke chiang mai pastikan sabtu dan ahad ada di sana sebab ahad pon ada sunday night market. Stroll out di night market ini, pelbagai barang yang dijual, memang rambang mata dibuat nya. Memang kreatif sunggoh la rakyat thai ini. Ada la beberapa barang yang kita orang beli dekat sini, kebanyakkan nya cenderamata untuk orang di Malaysia. Night market dekat sini jam 10 dah mula nak mengemas ya, untuk kepuasan maksimun pastiakan anda sampai awal ya,
Lepas itu, terus kami balik ke rumah, nak tidur awal katanya, sebab awal pagi jam 8 dah berjanji ngan van tour nak ambil kami depan rumah untuk ke Chiang Rai.
Bersambung...
Kos 2nd day
Mae sa elephant camp : 1250b
Grand canyon : 50b
Makan -makan : lunch 90b + sate 60b + dinner 560b + yakult 7b + mengopi 132b
Petrol : 50b
Shopim night market : 575 b
Total : convert ringgit RM 360.60 sen
No comments:
Post a Comment