Tuesday, 22 May 2018

Trip Tomodachi ke Jepun (finale)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya part terakhirpenceritaan trip aku ke negara Jepun setelah 4 bulan berlalu. Haha
Ber "Selfie" dengan Glico
20/01/2018 (Sabtu)

2 hari terakhir ini kami habiskan di sekitar Kansai area, untuk pengetahuan semua Kansai ini merangkumi Osaka, Kyoto, Nara, Kobe dan ada lagi beberapa tempat yang kurang popular untuk pelancong Malaysia. Orang cakap seminggu di Kansai adalah tempoh yang terbaik untuk "enjoy" di Kansai area, ya itu memang betul, sebab area Kansai terlalu banyak tempat untuk dilawati.

Pada hari ini kami rancang nak habiskan satu hari di Kyoto, kami bertiga keluar dari apartment airbnb lebih kurang jam 11 pagi. Tidak tahu la semakin nak balik Malaysia semakin lewat keluar untuk jalan-jalan, mungkin dah all out awal-awal trip. Salah seorang kawan aku tidak mahu ke Kyoto katanya tidak larat, yang ni memang habis tenaga terus dah. Haha.

Sebab hari ini merupakan hari ke-8 kami di sini, so JR pass dah tak laku lagi. Jadi kami guna Osaka metro dan Hankyu line ke Arashiyama. Lebih kurang 1 jam lebih kami sampai di Arashiyama station. Apa yang menarik di sini, of course la Bamboo forest yang satu dunia tahu keunikan dan kecantikan tempat ini. Selain bamboo forest antara tempat menarik di sini ialah togetsukyo Bridge, monkey park dan Tenruji temple. Di sini juga ada train Saga Scenic Railways(Sagano) yang kita boleh naik dan enjoy panorama sekitar Arashiyama. Tak tipu korang kena datang ARASHIYAMA ini.
Area Togetsukyo Bridge



Bamboo Forest



Selepas puas bergambar sakan di sini, destinasi kami seterusnya ke downtown kyoto iaitu area shijo-kawaramachi area. Naik balik Hankyu line dan berhenti di stesen Kawaramchi. Destinasi pertama kami ke shin-kyogoku dan taramachi shoping arcade untuk cari souvenier untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bagi aku area ini untuk beli 'omiyage' berpatutan di seluruh Jepun. Banyak kedai-kedai disini, jadi boleh banding-banding harga disini. Banyak juga kami borong di sini. Haha.
Gion Area
Nihonjin yang sporting
Seterusnya, kami ke Fushimi Inari, naik Keihan train line dan turun di stesen Fushimi Inari, dan jalan kaki dari stesen ke sini. Oleh sebab kami sampai dah nak gelap, jadi pemandangan sekitar sini tidak cantik untuk bergambar. Fushimi Inari ini mereka tempatkan "Tori gate" dan disusun rapat-rapat sepanjang perjalanan ke puncak. Sekejap sahaja kami di sini dan dari stesen ini terus balik ke Osaka.
Fushimi Inari

Tori Gate yang disusun rapi
3 tempat sahaja yang kami dapat cover di Kyoto, sebenarnya Kyoto 3-4 hari pun belum tentu boleh cover habis tempat-tempat menarik disini.

Tips : Sesiapa yang berminat nak melawat Kyoto, aku cadangkan melawat Arashiyama awal pagi lagi, sebab sini tiada Opening time, so awal-awal lagi boleh explore Bamboo Forest tambah pula orang tidak ramai. Lepas itu boleh la boleh pergi ke mana-mana Temple yang berkenan, sebabnya Temple biasanya open jam 9-10 pagi.

Pasal pergerakan di Kyoto, jika betul-betunak cover banyak tempat di Kyoto, penggunaan Kyoto Bus card untuk one day pass berharga 600 yen sangat2 berbaloi.

Sampai di Osaka, macam biasa lepak sekitar Dotonburi dan Shinsaibashi street area dan malam itu kami dinner di Muqam, makanan Halal etnik China Uyghur. Alhamdulillah sedap makanan di sini.
Shinsaibashi Area




Sedap
21/01/2018(Ahad)

Hari terakhir kami di bumi matahari terbit, sayu rasanya hati ini nak tinggalkan negara yang serba canggih ini bercampur gembira sebab nak balik Malaysia (Boleh makan puas-puas). Plan kami pada hari ini ialah menghabiskan sisa yen yang tinggal, memang sengaja simpan sempat mahu pergi borong cokolat di Donki banyak-banyak. Flight kami berlepas ke Malaysia pada 10 malam, jadi memang sempat la.

Meijiiiii
Selepas Check out, terus ke Mega Don Quijote di Shin-Imamiya area, shopping sakan di sini. Selepas beli belah di sini, kawan-kawan aku semua nak terus ke Kansai Aiport, kata nya takot terlepas flight la, nak bawa barang berat la jalan-jalan, padahal awal lagi sebenarnya. Jadi aku berpisah dengan diorang, 3 orang ke Kansai Airport aku mahu ronda-ronda lagi sekitar sini.

Pertama sekali aku pergi ke Matsuri Restaurant. MasyaAllah memang sedap makanan di sini, totally Japanese style. Aku makan Curry Jepun dan siap bungkus Okonomiyaki lagi. Tambahan surau pun ada disediakan untuk solat. Terbaik. Tengok masa, eh sempat lagi ke Namba, terus ke sini untuk kali terakhir. Suka benar dengan Namba ini, tak tahu nak cakap macam mana. Hehehe.
Matsuri



GLico waktu siang
Akhirnya selepas puas meronda, naik Nankai ke Kansai International Airport, tu pun sampai airport masih 3 jam awal. Haha. Alhamdulillah aku dan kawan-kawan selamat tiba di KLIA 2 lebih kurang 4 pagi. Berakhir sudah trip tomadachi aku ke sini kali ini, mungkin ada trip seterusnya dengan kawan-kawan aku ke tempat lain.

Bye-Bye

Sayonara

NEXT ENTRY, Gold Coast.


No comments:

Post a Comment