Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini aku ingin berkongsi sedikit trip “Throwback” pada
awal tahun ini, iaitu ke Ho chi Minh City. Trip kali ini aku pergi bersama
kawan aku Payek, kawan baik sejak dari Sekolah Menengah lagi. Asal trip ini
sebenarnya nak pergi berempat, semua nya satu kelas waktu sekolah, tapi apakan
daya 2 orang lagi kawan aku tu, kerajaan Malaysia tak bagi dia orang
keluar.haha. Faham-faham sendiri la.
Kenapa pilih Ho Chi Minh, sebab waktu tu MAS buat promosi
dan nak buat short trip negara yang dekat dengan rakan-rakan sekolah. Trip ini tak lama pun, 4 hari 3 malam. Cerita
dekat sini pon ringkas-ringkas sahaja maklumlah dah lama trip ini.
|
Last guna passport ini..lepas 5 tahun berjasa..haha |
Hari yang dijanjikan, kami bertemu di airport KLIA, flight
MH766 ke HCM city dijadualkan berlepas pada pukul 5.10 petang. Seperti biasa penerbangan dengan Malaysia
Airlines berjalan dengan lancar dan kami tiba Thang So Nhat international
airport pada pukul 6.05petang. Di sini masa
dia lewat satu jam dengan kita. Keluar dari Airport terus pergi tempat naik bas, landmark
nya keluar airport amik kiri akan nampak kiosk Burger King, seberang jalan dan
disitu boleh ambil bas ke downtown HCM city (Ben Thanh market). Harga tiket yang dikenakan 20K dong untuk
satu trip. Bas ini betul-betul akan berhenti di hentian bas dekat Ben Thanh
market.
|
Flight MAS..Cukop muat2 je.. |
|
Atas bas ke Ben thanh |
|
1st night di HCM city |
|
Katanya sama ngan menara TM di Malaysia |
Sepanjang di HCM city, tempat tinggal kami tempah melalui
airbnb di area district 4, RM 236 untuk 3 malam untuk satu bilik. Host dia
sangat sporting dan mudah nak minta tolong. Nak ke sini lebih kurang 10 minit jalan
kaki dari ben thanh market. Dok sini luar kawasan tourist dan lebih kepada suasana local Vietnam.
Malam tu juga kami keluar kejap ke ben thanh market dan area
kawasan malam sekitar ben thanh market. Tidak beli apa-apa pun just
pusing-pusing survey harga dulu. Malam itu kami makan malam di Halal Amin. Ya
Allah sedap nya pho daging.haha. Memang recommended la makan di sini. Harga pun
sangat-sangat berpatutan. Kami juga menempah pakej ke Mekong river cruise
dengan anak tokey Halal Amin tu, kak Sakinah untuk ke esok kan hari nya.
|
Pho daging dekat halal amin,,Sedapnya |
|
Plus kopi kaw..terus ke syurga rasa |
Hari ke-2 kami di sini, seawal 8 pagi lagi telah terpacak di
depan kedai Halal Amin nak ke Mekong River Cruise. 8 orang semua nya termasuk
kami. Pengangkutan yang digunakan ialah van. Sepanjang perjalanan tour guide
akan bercerita sedikit pasal HCM city dan tempat yang nak kami tujui. Separuh
perjalan van akan berhenti di satu tempat untuk pelancong-pelancong macam kami
ini untuk ke tandas ke, minum air ke nak habiskan dong ke sebab dekat sini juga
ada jual souvenier. Selepas itu, perjalanan di sambung semula ke Sungai Mekong.
|
Ni la van ke Mekong Cruise |
Sampai di jeti Sungai Mekong , kami naik bot pula untuk
meneruskan misi menyusuri Sungai Mekong ni. Destinasi pertama ialah kilang
membuat gula-gula kelapa, di sini kita diajar bagaimana gula-gula dari kelapa
ini diproses. Banyak tester diberi disini so perut kenyang, haha. Lepas itu,
dari sini kami naik kereta kuda dalam 10 minit, jalan-jalan pusing kampong
sampai la ke satu jeti kecil.
Dari sini naik pula sampan yang dikayuh oleh makcik-makcik,
kali ini menyusuri sungai kecil untuk ke bot besar yang tinggal di kilang
gula-gula tadi. Walapon makcik ni dah dibayar, tapi tetap minta tips dari kita
orang. Takpe la niat sedekah.haha.
|
Bot yang bawa sepanjang cruise ni |
|
Naik kereta kuda |
|
Naik perahu kecil yang guna tenaga kayuhan makcik2 |
Naik
je bot, dapat buah kelapa sebiji seorang untuk lepaskan dahaga dan perjalanan
diteruskan untuk makan tengah hari di restoren halal yang terdekat.
Alhamdulillah sedap juga makanan di sini, nak solat pon boleh disini, pihak
restoren ada sediakan surau. Dari restoren ini kami berjalan kaki pula sekitar
ini untuk singgah kedai buah-buahan. Di sini kami pula dihidangkan dengan
potongan pelbagai jenis buah-buahan sambil mereka memperdengarkan lagu rakyat
mereka. Sekali lagi disini mereka akan minta tips, hahhaha. Dok sini jangan
harap nak lepas dari tips mengetips ni.hahaha.
|
Nah air nyo!! |
|
ngan ular |
|
Dijamu buah-buahan tempatan |
|
Orkestra dah start |
Lepas itu, kami naik balik atas bot pergi ke destimasi
terakhir iaitu ke tempat pembiakan lebah pula. Di sini macam biasa la, kita
boleh tengok koloni-koloni lebah, nak rasa madu fresh malah nak pegang ular
sawa pon boleh. Disini merupakan tempat terakhir untuk trip cruise Sungai
Mekong ini dan dari sini kami naik bot kembali dan patah balik ke jeti yang mula-mula
sampai tadi. Lepas itu, perjalanan balik ke HCM city dengan menggunakan van
yang sama.
|
Yen and Lebah |
Sampai di HCM city terus balik ke rumah, rehat kejap letih
katanya.haha. Sampai rumah, si Antonio
host rumah airbnb bagi simkad, dah request awal-awal dengan dia pasal simkad
ini. Request juga dengan dia nak sewa motorsikal untuk baki hari di sini, so
perjalanan kami lepas ini banyak guna motor untuk jalan-jalan. Best bawa motor
di HCM ini, pengalaman yang baru, faham-faham sendiri la banyak mana motor di
bandar ini, hon sana-sini, menyelit sana-sini. Haha.
Dah dapat motor, apa lagi, destinasi pertama kita orang
pergi solat maghrib di Masjid Musulman, Alhamdulillah dapat berjemaah di sini.
Lepas solat, kami pergi ke Lotte mart,lepak dekat sini sama naik dengan orang
local. Haha. Malam itu sempat juga tengok cinema di mall itu. Lepas layan movie
terus ke Malaysian street, makan malam di Musa restoren. Lepas itu,
pusing-pusing area ben thanh kejap dan balik ke rumah. Esok pagi dah amik pakej
dengan bismillah travel untuk ke chu chi tunnel pula.
|
Naik moto!! |
|
Pergi Lotte mart..Bukan korea je ada benda ni |
|
Springroll di vietnam, xleh sebut popia nanti kena claim |
|
Yek and Moto |
|
Post Office |
|
HCM statue, popular dia ni |
Keesokannya, awal pagi dah tercegat di bismillah travel
agency untuk ke chu chi tunnel. Naik van juga kali ini, lupa pula berapa lama
perjalanan ke sini, tengok-tengok dah sampai di chu chi tunnel. Aku kalau pasal
sejarah ini, memang feveret la, memang lawatan kali ini bagi aku antara lawatan
yang sangat menarik la. Lebih-lebih lagi dapar merasa terowong yang sempit itu.
BEST. Banyak juga info yang dapat hasil lawatan ke sini. Selepas habis lawatan,
van akan terus balik ke HCM city.
* Tak nak komen lebih pasal Vietnam War ni, kena baca kedua-dua belah pihak baru kita boleh buat pertimbangan,hehe
Sampai je di HCM city, kami makan tengah hari di Halal amin
dan lepas itu kami balik bilik untuk berehat. Lepas solat maghrib, kami keluar
dengan motor ke hard rock café dulu. Sembat apa yang patot dekat sini. Haha.
Lepas itu kami pergi shopping di sekitar
pasar malam dan Malaysian street. Ada la beli beberapa barang untuk keguanaan
sendiri dan bagi dekat orang. Lepas itu kami lepak kejap di area post office
area sebelum pulang, di sini juga ada Ho chi Minh statue dan dataran untuk
penduduk tempatan lepak dan santai di sini.
|
HRC HCM city |
|
Gereja |
|
Jumpa artis, local yang fluent Bahasa Malaysia |
Hari last di sini, dalam jam 8 pagi dah keluar nak menuju ke
war remnant museum. Sampai di sini, banyak betul info pasal peperangan yang dipamerkan
di sini, bermula perang dengan perancis sehingga lah perang dengan Amerika.
Memang best dekat sini, history lover you can not miss this place. RECOMMENDED.
Haha. Dalam 2 jam juga la aku habis dekat sini. Puas hati rasanya. Lepas itu,
kami balik semula ke ben thanh market untuk last minute shopping katanya. Aku
layankan je kawan aku ni, dia nak beli kain meter untuk majlis perkahwinan adik
dia nanti.
|
War remnant museum |
|
Please Jollibee come to Malaysia |
Nak jadikan cerita waktu tengah syok mencari kain tu, kawan
aku baru perasan yang passpot nya telah hilang. Memang mengelabah habis la
waktu tu, dah la flight balik ke Malaysia petang tu dah. Yang dia ingat last
dia tengok passport tu di War Museum tadi, tanpa fikir panjang terus la kami ke
War Museum tadi, Alhamdulillah ada hamba Allah yang terjumpa passport dia dan
serahkan kepada guard di situ. Fuhh, boleh tarik nafas lega dan boleh teruskan
misi mencari kain.haha.
Lepas diyakini semua barang yang mahu dibeli sudah dibeli,
terus balik ke rumah untuk kemas-kemas. Lepas urusan check out, kami tempah
grab car untuk ke airport. Lepas urusan check in semua, sempat juga kami
mengopi di Highlander coffee dekat situ, nak habiskan dong yang masih ada.
Tepat jam 6.55 pm, flight MH767 dari Thang So Nhat selamat berlepas dan tiba di
KLIA jam 9.50pm. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik untuk trip
kami kali ini.
|
Pak cik ni la bagi sewa moto dia |
|
Last ngopi |
|
Di Tan SOn Nhat airport HCM city |
|
KLIA, Malaysia |
No comments:
Post a Comment