Mesti dah ramai yang mula masuk kerja kan? Aku sambung cuti balik lepas raya ke-3 dan ke-4 kerja. Selamat bekerja guys!!
26/5/2017 (Jumaat)
Pagi hari ke-7 dimulakan dengan menaiki shinkansen Kodama ke Nagoya. Buat apa di Nagoya, nak ke kedai Komehyo, sebab nak pergi cari jam G-shock. Untuk dipakai sendiri dan kiriman dari rakan-rakan. Komehyo ni macam retails shop la, seperti Big Camera, Labi, yang di Nagoya ni yang paling besar. Kejap je dari Kyoto dah sampai di stesen Nagoya.
Sampai di Stesen Nagoya naik subway berhenti di stesen Osukanon. Sampai sebelum kedai buka lagi, so lepak di Family mart nearby untuk breakfast. Beli Tokayaki instant, Alhamdulillah sedap. Yang spoiled hari itu hujan yang agak lebat juga. Dekat-dekat 10.30 am keluar dari family mart dan berjalan ke kedai komehyo itu. Kawasan ini sebenarnya shopping district juga, banyak kedai-kedai cenderahati di sini. Harga pon boleh tahan murah, tidak mahal mana.
Kedai Komehyo yang dituju ini, 7 tingkat semuanya setiap tingkat ada speciality masing-masing. Aku tidak membazir masa terus ke 3rd floor untuk tengok jam yang dijual. Memang satu floor tu hanya jual jam sahaja, yang baru ada yang 2nd hand pon ada. Rembat juga la beberapa utas dekat sini. Puas hati.haha
Antara G-shock yang dirembat |
Lepas beli belah dekat sini, patah balik ke Nagoya stesen dan naik shinkansen Hikari ke Tokyo station. Dari Tokyo station ke Oji station, stesen terdekat dengan rumah penginapan selama di Tokyo ini. Tempah melalui airbnb. Sampai di Oji station, tuan rumah mari pick up di stesen dan lebih kurang 8 minit sampai di rumah dia. Bilik private tapi berkongsi tandas dan dapur.
Are stesen Oji, ulang alik sini sepanjang di Tokyo |
Lepas makan, kami stroll out jap area Ameyoko street ini, OK juga area ini, barang jualan di sini pon bermacam-macam jenis dan harganya berpatutan. Kami jalan sampai ke Takeda store building, kedai ini sama je konsep macam komehyo dan don quijote. Macam-macam ada tapi kami tidak beli apa-apa pun dekat sini. Stesen Jr terdekat ke sini ialah okachimachi station. Selepas itu, aku ajak wife ke akihabara alang-alang satu station je dari sini. Ingat nak singgah solat maghrib di laox akihabara, kedai laox ni tutop pula. Pusing-pusing akihabara ternampak kedai gindaco takoyaki, beli satu set makan dekat situ juga.
Gindaco Takoyaki |
Tefal ni la beli nya |
Bersambung..
p/s: Gomenasai gambar tak banyak
No comments:
Post a Comment