Wednesday, 28 June 2017

Mengejar Sakura di Negara Matahari Terbit (Bahagian 7)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yeyeye..Akhirnya Raya juga kita pada tahun ini. Selamat hari raya kepada sesiapa yang meraikannya. Plan nak habiskan perceritaan ini sebelum raya, tetapi tertewas juga.haha

25/5/2017 (Khamis)


Hari ke-6 di bumi sakura ini merupakan hari yang panjang bagi kami berdua, banyak turun naik pengangkutan awam. Bermula awal pagi lagi sampai la ke malam. Awal pagi dah keluar dan check out pada pagi tu juga, nasib baik luggage yang besar gedabak ini dapat tinggal di guest house ini. Aku hanya galas backpack sahaja. Bekal dah pack siap-siap dalam bagpack.

Tepat jam 6.13 pagi, kami naik shinkansen Hakutaka pergi ke Toyama station dan dari sini jalan kaki ke Dentetsu Toyama station untuk naik train ke Tateyama station. Untuk makluman train dari Dentetdu Toyama ke Tateyama tidak di cover oleh Jr Pass, kena beli tiket asing ye. Tapi pada hari sebelumnya, kami telah membeli pass yang cover satu hala perjalanan dari Toyama ke Nagano. Nama pass in Tateyam Kurobe Alpine Route. Harga dia 9000 yen. Boleh google untuk mendapatkan lebih lanjut tentang pass ini dan boleh dikatakan amat berbaloi-baloi pass ini.

Hakutaka Shinkansen

1st pitstop, Tateyama station
 Kami sampai di Tateyama station dalam jam 8.30 pagi dan dari sini kami kena naik Tateyama cable car untuk ke perhentian yang pertama iaitu di Bijoidara. Bijoidara in terletak 977 meter dari aras laut. Setiap hentian(pit stop) sepanjang perjalanan ini ada tarikan dan keunikkan masing-masing. Tapi kalo semua nak buat dalam satu hari memang tak sempat la, kena bermalam di mana-mana satu tempat.
Tateyama cable car

Menaiki bas ke Murodo
Dari Bijoidara, perjalanan kami diteruskan ke Murodo dengan menaiki bus pula. Sepanjang perjalanan ke Murodo, bas ini akan melalui beberapa tempat menarik tetapi tidak berhenti sebab bas yang kami naiki ini bus terus ke Murodo. Tetapi serius aku cakap yang perjalanan ke Murodo ini sangat menarik pemandangan kiri dan kanan. Dalam bas pun ada skrin kecil yang akan menceritakan tempat-tempat yang menarik sepanjang bas ini lalui. Semakin tinggi bas mendaki gunung Tateyama semakin tebal salji yang kelihatan dan timbunan salji ini merupakan tarikan utama pelancong ke Tateyama ni.



Pemandangan dalam bas ke Murodo
Dalam sejam setengah bas sampai di Murodo yang berketinggian 2450m dari aras laut itu. Keluar je dari stesen Murodo itu, ya Allah sejuknya tambah pula dengan hujan renyai-renyai. Nak beku rasanya diri ini.haha. So, yamg menarik dekat sini semestinya "Yuki No Tani", dia macam timbunan salji di tepi jalan yang boleh mencapai setinggi 21m. Waktu kami pergi tu, si Yuki dah 16m tinggi dan akan semakin mencair selepas itu.





Sekitar "Yuki no Tani"
Selepas puas main salji dekat sini, perjalanan turun pula diteruskan dari Murodo ke Daikanbo dengan Trolley bus. Dari Daikanbo naik ropeway ke kurobedeira dan dari kurobedeira ke kurobeko naik cable car. Selepas turun dari cable car, memerlukan kita untuk berjalan kaki untuk ke stesen kurobe dam. Tapi, sekali lagi kita dihidangkan pemandangan yang sangat menarik dan cantik sekitar kurobe dam ini. Kurobe dam merupakan empangan yang tertinggi di Jepun.
Trolley bus

Cable car

Kurobe dam




Kurobe dam
Dari Kurobe dam perjalanan diteruskan ke Ogizawa dengan menaiki Tunnel bus dan dari sini naik highway bus ke Nagano. Nampak tak sejak dari awal pagi naik turun public transportation je kami berdua ni. Sedikit in pasal pass ini, pass ini hanya valid untuk one way sahaja, maksudnya pengguna boleh pilih sama ada route (Toyama - Nagano) atau (Nagano-Toyama), so pilih yang sesuai dengan itineary masing-masing.
Nak naik bas ke Ogizawa

Dekat stesen Ogizawa

Shinkansen Hakutaka
Sampai di Nagano, ingat sempat nak pusing-pusing sekitar stesen kejap, sekali masalah timbul dimana pocket wifi yang disewa tertinggal dalam bas last yang naik, kalut jap. Terus pergi information centre bagitahu masalah ini, memang cekap la dia urus masalah kita. Dalam 30 minit, alhamdulillah pocket wifi yang tertinggal dalam bas itu dapat balik.Fuhh!! lega kalo tak berbayar la nanti.

Lupakan masalah ini cepat-cepat, sebab jauh lagi perjalanan hari ini. So, dari Nagano naik shinkansen balik ke Kanazawa sebab nak ambil beg yang tinggal di guesthouse. Lepas ambil beg semua, perjalanan diteruskan dari Kanazawa ke Kyoto naik ltd exp. Thunderbird. Tepat 8 malam kami sampai di stesen Kyoto. Keluar dari stesen, terus ke restoren Ayam-ya untuk dinner malam itu. Untuk ke sini kena berjalan lebih kurang 10 minit dari Kyoto stesen. Alhamdulillah sedap ramen kedai ini.
Keluar stesen Kyoto, akan nampak landmark Kyoto Stesen

Ramen di Restoren Ayam-ya
Kami ke Kyoto tidak plan pon sebenarnya, aku ke sini sebab memenuhi jemputan kawan Jepun yang betul-betul nak jumpa ngan aku. Setelah berjumpa banyak yang kami borakkan dan malam itu juga dia tumpangkan aku dan wife di rumahnya. Jimat kos penginapan..haha..Malam itu juga dia bagi basikal, kot-kot aku nak pusing-pusing kyoto naik basikal. Kita orang apa lagi, terus la mengayuh malam tu sampai ke Gion kot.haha..Best kot naik basikal pusing kyoto.haha
Tq Shun!!

Berbasikal di Kyoto

Gion


Sampai kul satu pagi kita orang mengayuh basikal, sampai rungsing si Jepun ni.haha. Bual-bual kejap dangan dia, kami minta undur diri nak masuk tidur. Esok pagi nak catch train pagi pula.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment