Sedar tak sedar, hari ini dah masuk hari yang ke-20 umat islam menunaikan ibadat berpuasa. Alhamdulillah ke hadrat ilahi.
Okey, sambung cerita di Jepun..
21/5/2017 (Ahad)
Hari ke-3 perjalanan kembara ke bumi Jepun ni kami turun agak awal pagi, sebab nya banyak agenda yang nak dilakukan pada hari ini. Terlebih dahulu, nak bagitahu subuh dekat sini dalam jam 2.30 ke 3 pagi. So, jam 4 lebih dah cerah. Hahaha. Jadi agak berbaloi sebenarnya cerah awal ini, dapat keluar awal ke tempat yang nak dituju.
Agenda pertama pada pagi ini ke koen(taman) mengejar cik sakura, google di internet tempat-tempat yang menarik untuk sakura viewing di Sapporo, salah satu tempat ialah di Maruyama Park, cun sangat lah sebab memang boleh jalan kaki je dari tempat kita orang tinggal ini. So, check out awal-awal, terus menapak ke sini lebih kurang dalam 15 minit.
Cuaca agak nyaman dan mendung pagi itu, memang best la untuk jalan-jalan. Sampai di Maruyama Park ini, dah ramai nihonjin dok jogging, jalan-jalan, bawak anjing dan budak-budak sekolah pergi training besbol. Ya Allah, kali pertama bertemu dengan cik sakura walaupon ini dah kali ke-5 ke Jepun, memang cantik cik sakura ini, warna putih(cherry) dan pink(plum). Tambahan pula ada tulip warna-warni yang mencantikkan lagi pemandangan pada pagi itu.
Seriously, aku jakun sangat pada pagi itu, banyak gambar di ambil, amik kau 1st time katanya.hahaha. Alang-alang dok situ, terus berhanami dekat situ, keluar semua makanan yang telah di pack dalam bagpack(walapon roti ngan biskut sahaja).hahaha. Lama gak kita orang di sini, selepas berhanami kita orang pergi ke stesen yang terdekat (maruyamakoen station), beli Donichika Pass. Donichika pass ini esklusif uuntuk naik subway di sapporo dalam sehari, ikot la nak naik sampai lebam pon. Pass ini hanya untuk hari weekend dan cuti am sahaja ya!!.
Sakura berkembang di Maruyama Park |
http://www.japanrailpass.net/en/
Map Subway Sapporo |
Lepas dapat Jr Pass ini, aku terus tempah beberapa tiket train yang aku dah plan nak naik selepas ini. Alhamdulillah train yang aku betul-betul nak naik dan agak limited seat nya, aku dapat kali ini iaitu train Sunrise Seto(dari Tokyo - Himeji). Nanti aku akan cerita pasal train ini post akan datang. Lepas happy dapat apa yang diidamkan, terus cari locker besar untuk simpan luggage, cuma bawa bagpack kecil je.
Destinasi seterusnya ke Otaru, salah satu tempat di kepulan Hokkaido ini, perjalan lebih kurang 1 jam dari Sapporo. Perjalanan ke Otaru memang cantik, dia betul-betul lalu di tepi laut,view memang awesome. Sampai di Otaru, pusing-pusing sekitar stesen, ambil map apa yang patot. Sebab niat utama ke sini nak ke Otaru canal. Otaru canal merupakan main attraction di sini, lawa canalnya dan dijaga rapi. Orang cakap waktu winter lagi cantik tambah-tambah dia buat ilumination.
Dari Otaru stesen ke Otaru canal jalan kaki dalam 10-15 minit je, tak perlu nak bas ke apa. Dalam perjalanan ke canal kita orang singgah jap di Suppa(hypermarket), cari kudapan apa yang patot. Tapau tempura dan beli air dekat sini. Sampai di canal, apa lagi kita orang ber"picnic" dekat sini. Memang best giler dok sini, tgok view cantik diteman saki baki sakura masih ada dan unggas-unggas berterbangan.
Otaru Station |
Otaru canal |
Sekitar Otaru |
Sapporo Masjid |
Ruang solat untuk lelaki |
Odori park |
Tower TV |
Kani aka Ketam |
Hepi dapat makan ketam |
Tada!!Ketam rebus ngan sup ketam |
Sekitar susukino |
Dalam jam 8 sampai di Tomamu station, akan ada shuttle bus ke Tomamu resort. Malam ini penginapan aku juga melalui airbnb. Ya Allah, besarnya rumah resort host ini, tidor 2 orang je tapi rumah 2 tingkat. Rezeki-rezeki.haha. Aktiviti malam itu, solat, dinner dan tidur. Awal pagi esok nak naik cable car nak tengok Unkai Terrace katanya.huhuhu
Amik kau, umah untuk 2 orang tidur sini. Selesa yang amat!! |
Besambung..
Total hangus hari ini : Tiket : 530 yen
Locker : 600 yen
Suppa Otaru : 740 yen
Daiso : 216 yen
Makan ketam : 1600 yen
Shopping dekat arcade: 1152 yen
Tumbler : 2160 yen
Total : 6966 yen
No comments:
Post a Comment