Wednesday, 21 June 2017

Mengejar Sakura di Negara Matahari Terbit (Bahagian 6)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Straight to the point la

24/5/2017 (Rabu)


Hari ke-5 di bumi Jepun ini bermula di Himeji setelah semalaman naik kereta api Sunrise seto dari Tokyo. Tepat jam 5.35 pagi sampai di tempat yang mempunyai istana paling cantik di Jepun ini. Tak banyak yang aku dan wife lakukan di Himeji ini, cuma melawat Himeji Castle. Nak ke sini, mudah saja, dari stesen kereta api Himeji, nak ke istana Himeji lebih kurang 10 minit berjalan kaki.
Sampai di Himeji Castle, kami cuma duduk di situ sambil breakfast dan tengok-tengok nihonjin tengah bersenam, naik basikal dan bawa anjing jalan-jalan. Memang menarik tengok Himeji castle ini dengan binaan yang cukup gah dan disekeliling oleh taman-taman. Yang paling menarik bagi aku disitu dimana terdapat satu pokok ginko betul-betul berdiri gah di kawasan situ dengan berlatarkan Himeji castle.
Dari jauh dah boleh nampak Himeji Castle

Ginko dengan berlatarkang HImeji Castle, waktu musim luruh warna kuning pokok ini

Amik Hang!! Selfie


Lepas  itu, kami patah balik ke stesen Himeji untuk meneruskan destinasi seterusnya. Disebabkan penginapan hari ini di Kanazawa, kami kena amik train ke Osaka dan dari situ ke Kanazawa. Alang-alang dah transit Osaka, aku ajak wife singgah sini untuk ke pasar raya favourite aku di Osaka ini iaitu Super Tamade di area  Imamiya. Oh lupa, dari Himeji ke Shin-Osaka station kami naik Shinkansen Kodama.
Kodama Shinkansen
Turun di stesen shin-imamiya, kami berjalan kaki ke “Supa” Super Tamade. Misi di sini nak cari coklat meiji murah untuk dibawa balik ke Malaysia nanti. 2 dozen coklat meiji dark coklat berjaya dirembat di sini. Hahaha. Lepas bebelanja di sini, kita orang pusing-pusing pula ke area tennoji. Tiada apa pon yang menarik disini selain tsukentsu tower tu. Lepas tu, patah balik ke shin-imamiya stesen untuk ke destinasi seterusnya.

Supa Tamade, tamade, tamade

Tsukentsu Tower area Tennoji

Dari Shin-imamiya naik train ke Osaka stesen sebelum sambung perjalanan ke Kanazawa dengan naik train limited express thunderbird. Sebelum itu di Osaka stesen, singgah kejap di Kaunter JR untuk beli pass tateyama kurobe alphine route. Ni merupakan salah satu sebab aku pilih time ini nak ke Jepun, nak merasa “route” ini punya pasal.

Train Thunderbird
Train thunderbird tepat 11.45 bertolak di Osaka stesen dan tiba di Kanazawa stesen pada jam 2.20pm. Sampai di sini, pergi information kaunter, amik semua mana map yang perlu dan kami berjalan kaki ke guest house yang telah ditempah. Kali ini kami telah menempah di Khaosan Guest House Kanazawa. Guset house ini lebih kurang menapak 10 minit dari Kanazawa station.
Kanazawa eki

Guest House Khaosan Kanazawa
 Lepas check in solat semua. Keluar balik dari guest house dan terus ke Kanazawa station. Dari sini, sesiapa nak sightseeing sekitar Kanazawa boleh bermula dari stesen ini. Malah bas nak ke Shirakawa-Go pun juga boleh naik dari sini. Di Kanazawa stesen, kami tunggu bas JR di platform bas no.4 dan yang best nya pemegang JR pass boleh naik bas ini dengan FREE.haha. Dia ada 2 route untuk JR bas sightseeing ini, so sila naik bas yang betul mengikut destinasi yang dituju.

Destinasi pertama  kami di Kanazawa ialah 21th century contemporary museum. Apa yang menarik disini, banyak ditempatkan pameran-pameran yang unik dan futuristik. Ala-ala masa depan pon ada. Pameran ini ada yang Free dan yang dikenakan bayaran. Jadi, tepuk dada tanya selera. Dari sini kami ke Chaya Higashi district pula dengan menaiki bas JR tadi. Di sini kita boleh melihat rumah-rumah lama jepun (merchants) yang disusun dalam satu baris kiri dan kanan. Cantik sungguh binaan rumah dekat sini, fefeling jepun sangat dok sini.
Di 21th century contemporary museu

Ni la kolam renang yang viral tu


Oton Glass yang sangat awesome!!

Binaan lama rumah nihonjin


Selfie!!
Lepas habis fefeling jepun, kami patah balik ke arah Kanazawa stesen. Kali ini nak jalan-jalan sekitar downtown Kanazawa. Boleh tahan besar juga bandar Kanazawa ini. Kalau korang tengok Kanazawa Stesen dari jauh memang gah binaan nya dan memang cantik habis. Di tepi stesen ini ada shopping mall, di mana di tingkat enam ada kawasan peninjau, so dari sini kita boleh lihat bandar Kanazawa dari sini. Alang-alang ada starbuck, lepak sini tengok sunset sambil minum green tea fappe. Oh!! Sedakkk!
Kanazawa Eki

Downtown Kanazawa

Kanazawa Eki dari atas
Agak lama juga kami lepak di sini, sambil tengok gelagat-gelagat nihonjin dari atas ni. Lepas itu, kami balik ke guest house dan tidur. Esok, satu hari yang panjang lagi menanti.haha

Bersambung...

No comments:

Post a Comment