Setelah sekian lama tidak menulis, kali ini saya dan isteri nak berkongsi pula pengalaman melancong ke negara matahari terbit, mesti semua tahu kan, semestinya la negara Jepun. My village. Haha..Aku datang lagi
Watashi ni uchi |
Kita orang hunt tiket untuk ke sini waktu matta fair bulan 3. Memang sombong tak nak transit, nak direct terus dari KL ke Jepun tapi nak bajet bawah 1.6k sorang. Memang tak dapat la. MAS, ANA cun ada 1.3k tapi tak kena dengan tarikh. Last-last amik kau nak Vietnam Airlines, Rm900 pergi balik transit di HCM city. Japan Rail Pass pon kita orang beli dekat matta fair.
*Yang untung beli dekat Matta fair ini, any ground/tiket/pakej ke Jepun beli dengan agen,kita dapat claim gift di booth Japan*
Ni mukaddimah bagaimana saya dan isteri plan nak buat trip ke Jepun kali ini.
19/05/2017 (Jumaat)
Flight dengan vietnam airlines ke Jepun jam 8pm. Macam biasa la aku jumaat weekend, wife kerja lagi hari itu. Tugas aku packing la segala benda yang nak bawa ke sana nanti. Preparation kita orang pon ala kadar je walapon trip ni hampir 9 hari. Duit yen pon aku takar lepas solat jumaat. Wife dah tukar bahagian dia sebelum itu. Tukaran sekarang 100 yen bersamaan RM 3.95 sen. Woiiitt, memang cekik darah trip kali ini. Memandangkan aku pernah beberapa kali ke sini, tukaran paling murah aku pernah pergi RM 3 paling mahal ialah RM4.10. Trip kali ini boleh tahan tinggi juga yen.*pengsan*
Pukul 5 pm aku pergi amik wife dekat HUKM terus memecut ke KLIA boleh tahan sesak juga la jalan nya. Sampai lebih kurang jam 6.30 petang gitu. Cepat-cepat bawa beg nak ke tempat bag drop sebab aku dah check in awal pagi tadi. Sampai-sampai ceittt tengok flight delay ke 8.25pm. Ok la, tak lama. Waktu wife aku check in, aku pergi kaunter Samurai Wifi, aku telah pre ordered awal-awal pocket wifi di Jepun nanti. Aku amik pakej yang 15 ringgit sehari. Bagi aku sangat la berbaloi pocket wifi ini. Kita boleh berkongsi sampai ke 5 orang, data diber 7gb untuk 9 hari. Untuk keterangan lebih lanjut boleh la ke laman web rasmi mereka.
Aku dan wife memang tak bazirkan masa, memang terus masuk balai perlepasan, KLIA urusan dia memang selalu berjalan lancar. Cepat je dah samapi di gate perlepasan. Kita orang sempat solat maghrib isyak jamak di sini. Sebab leceh sikit nak solat atas flight atau di airport HCM. Tepat 8.25 malam pesawat VN674 meninggalkan KLIA dan selamat mendarat di Than Son Nhat international airport Ho Chi Minh city jam 9 lebih waktu vietnam. Yang tak tahan nya connection flight ke Tokyo esok pagi jam 6.05.hahaha
Bismillahirahmannirahim
Filght meal by vietnam airlines never dissapointed |
Alang-alang aku dah biasa sampai ke sini, aku ajak wife kita ronda-ronda HCM la. Keluar lalu imigresen macam biasa, terus ke money changer di airport, walapon tukaran di sini agak mahal berbangding kedai Ha Tham di ben thanh market. Ni je pilihan yang ada, sebab tak bawa langsung duit Dong, padahal ada je dalam simpanan. Sebab ini semua tiada dalam perancangan. Tukar 100 ringgit dapat la tak sampai 500ribu Dong.
Keluar airport terus naik bas yang 20 ribu dong tu, berhenti dekat ben thanh market. Pusing-pusing pasar malam sekitar ben thanh market dan Malaysia street yang popular itu. Memang macam dok Malaysia kalo dekat sini.haha. Sempat juga aku sambar 2 helai joggerpant dekat sini.hahaha. Kita orang dinner di Halal Amin. Seperti biasa tidak mengecewakan. Sedap dan berbaloi dengan harga. Alang-alang dok sini 2 cawan kopi vietnam minum. Memang terbaik.
Kopi Vietnam |
Makanan di Halal Amin, perghhh sedap ni weii |
Dalam jam 12 tempat grab balik semula ke airport. Kena 68k dong. Sebab awal lagi, amik keputusan tidur di airport malam tu, agak selesa juga.hahaha. Bangun-bangun solat subuh di airport, lepas itu terus masuk balai perlepasan. Pelik imigresen tu masuk vietnam semalam keluar hari ini.hahaha.
Bersambung..malas pula nak taip bulan puasa ini. Gomen nasai
Kos hangus hari pertama : Rm100 tukar dong(tak habis pon) dan grab dalam Rm14.
No comments:
Post a Comment