Di sini nak ambil kesempatan berkongsi pengalaman aku dan isteri menaiki pesawat A350 dari syarikat penerbangan national Malaysia Airlines Berhad(MAB) baru-baru ini.
Kacak |
MAB buat penerbangan cubaan ini hanya sampai 14 Januari 2018 sahaja, penerbangan yang terlibat ialah
Kul - Penang - Kul : MH1140/MH1145 dan MH1138/MH1143
Kul - KK - Kul : MH2614/MH2607
Kami beli tiket Kul - Penang -Kul, flight MH1138 balik MH1145, bertarikh 6/1/2018. Pergi balik hari orang kata. Harga tiket untuk seorang kena RM300 seorang pergi balik. Beli saat akhir, jadi harga tu rasa dah berbaloi. Nak ambil kelas business rasa mahal sangat pula. huhu
Flight MH1138 jam 9.15 pagi, jadi seawal 6.30 pagi dah keluar rumah bawa kereta ke KLIA. Sampai sana lebih kurang 7.15 pagi. Parking dekat situ, 4 riggit satu jam. Ok la, mahal lagi KLCC rasa nya.haha. Sebab pergi awal pagi sebenarnya nak lepak di Mas Longue, alang-alang wife aku ada 2 voucher Mas Longue, jadi kamu gunakan untuk hari itu.
Breakfast |
Breakfast |
Mas Domestik Longues lepas pengubahsuaain hari itu, makin cantik dan selesa jadinya. Mewah sungguh sekarang. Setiap tanda pon ada sink kecil masing-masing. Staff situ jangan cakap la memang peramah dan yang paling penting makanan sarapan pagi yang disediakan amat-amat sedap. Terima Kasih.
Flight MH1140 delayed 30 minit. Kapal terbang berlepas tepat Jam 9.45 pagi. Sedikit ulasan aku pasal Flight MAS yang guna pesawat A350 :
Cantik |
- FA kebanyakkan yang veteren tapi veteren pun semua peramah dan baik sangat. Tidak silap ada 11 orang semuanya atas flight itu.
- Mula-mula masuk seat 1st class, macam katil dan hanya ada 4 seat sahaja, lepas itu ada 2 bahagian untuk busniness class ada 35 semuanya yang selebihnya seat kelas ekonomi sampai la ke belakang. Ekonomi punya kerusi 3-3-3.
- Ruang kaki rasa macam luas sedikit dari kebiasaan pesawat MAS yang lain
- Flight entertainment MAS memang terbaik la, penuh dengan cerita dan lagu
- Tandas dia lawa,hahaha
- Sebab penerbangan ini kurang dari 60 minit, jadi dapat kacang ngan air oren sahaja
3-3-3 ekonomi class |
FE |
Tandas |
Seat business |
1st class |
Alang-alang sampai Pulau Pinang, pekena Nasi Kandar |
Sekian sahaja coretan aku pada post kali ini, Jumpa next posting. Terima Kasih
No comments:
Post a Comment