Friday, 26 January 2018

EURO TRIP (PART 4) - Brussels

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

28/11/2017 (Selasa)

Setelah hari yang agak kalut semalam, kami mulakan dengan bangun awal pagi. Sebab nak kejar bus dari Paris ke Brussels. Bus yang kami ambil ialah dari kompeni EuroLines, bas akan berlepas jam 9 pagi dan dijangka tiba di Brussels sekitar 1 petang. Lebih kurang 4 jam plus/minus dari Paris ke Brussels ini.

Selain Bas, nak ke Brussels boleh juga naik train. Bas pun ada macam-macam kompeni boleh pilih ikut kesesuaian bajet dan masa. Bus Eurolines yang kami naik ini, kena naik di stesen bas Galleini. Nak ke sini kena naik Metro Line 3 dan berhenti di stesen Galleini. Sudah ada connection dengan stesen bas Galleini.
Lille
Bas eurolines ini complimentary dengan Wifi dan arrangement seat dia 2-2. Jauh selesa bas express kita di sini sebenarnya. Dalam perjalanan ke Brussels bus akan berhenti sekejap di R & R area Lille. Stesen bas pertama yang akan berhenti di Brussels ialah Midi station dan selepas itu Nord station. Memandangkan rumah aribnb yang kami sewa ini walking distance denga Nord station, so kami jalan kaki saja ke sini.

Selepas check in dan isi perut sedikit, kami keluar sightseeing sekitar bandar brussels, kami fokus sekitar grand palace sahaja. Yang ini pon kami cover dengan jalan kaki sehaja. Tidak guna pengangkutan awam di sini. Antara tempat yang kami sempat terjah disini :

1) Gran Palace - Memang cantik tempat ini, segi empat dikeliling oleh bangunan-bangunan lama. Antik, elegent dan gothic style sangat.
Grand Palace





2) Hard Rock Cafe Brussels - Memang tepi itu sahaja, area grand palace juga

3) Manneken Pis - Patung budak kencing berdiri (entah apa-apa perangai), tapi ramai orang pergi tengok dan bergambar dengan budak ini. Hahaa
Pakai baju ko dik kali ini
Yang best jalan-jalan sekitar ini ialah kedai makanan halal pun ada, pelbagai kedai coklat sana-sini dan kedai cenderamata pun banyak. Yang paling penting kedai Waffle Brussels, yang ini masyaAllah sedap dah la 1 Euro sahaja satu. Lepas habis sightseeing, makan, shopping coklat dan cenderamata sikit kami balik semula ke rumah airbnb kami. Kemas-kemas barang dan ready nak check out awal pagi keesokannya.




Total cost untuk hari ini(exclude makan,shoping) :
Carnay tiket : 14.90 E
Eurolines bas : 12 E
Rumah Airbnb : Rm812

Per person : Rm158.50

Bersambung..


No comments:

Post a Comment