29/11/2017 (Rabu)
Awal pagi lagi kami semua check out dari rumah, sebab pada
hari ini flight kami dari Brussels ke Madrid by Europa Air jam 10.55pagi.
Keluar sahaja rumah, salji mula turun tapi tak lebat pun, yang tak pernah rasa
dan tengok salji LIVE mula excited. Bagi peluang, hehehe!!
Dari rumah kami jalan ke Nord Station, dari Nord station kami ke
Brussels Airport. Make sure pastikan airport mana yang dituju sebab selain
Brussels airport ada juga Brussels Charleroi airport. Dua-dua ini lain tempat
ye. Dari stesen Nord ke Brussels airport tiket one way harga ialah 8.80E,
berhenti di stesen Brussels Airport-Zavantem.
Penerbangan kami berjalan dengan lancar dan lebih kurang
pukul 1 petang kami sampai di Madrid-Barajas International Airport. Dari
airport dah ada line train dan metro nya
tersendiri dan dari sini boleh reach mana-mana destinasi di bandar Madrid. Train by renfe(Cercanias Madrid) line 1 manakala untuk line metro ialah line 8. Di sini kami decide beli 2 days pass di
Zone A madrid dan pass ini cover untuk train dan metro. Basically dengan pass di Zone A ini dah dapat cover semua
tempat-tempat menarik di sini. Untuk 2 days pass ini seorang dikenakan bayaran
14.40E.
Rumah airbnb kami di area Calle De Cabestresos, metro
terdekat ialah La Latina(L5), Lavapies(L3) dan Tirso De Molina(L1). Rumah kami
sewa ini bersebelahan je dengan Masjid orang Senegal, dan ada beberapa kedai
Halal yang berhampiran malah carefour 24 jam pun ada berdekatan. Sempat juga la
kami berjemaah di masjid ini. Alhamdulillah.
Lepas rehat sekejap, plan nak keluar pusing-pusing bandar
Madrid, tak banyak yang dapat kami pergi pada hari itu, memandangkan keluar pun
hampir dah nak gelap. Antara tempat yang kami pergi pada hari itu:
1) Plaza de Colon - Di sini terdapat bendera Sepanyol terbesar dan monument christopher colombus. Hard Rock Cafe Madrid pon dok area sini juga. Nak ke sini kena stop di station metro Colon. Sejuk sangat waktu kami sampai di sini.
2) San gines Chocolatier - Di katakan Churros tersedap di Sepanyol dan memang sedap churros nya cicah pula dengan coklat panas dan makan waktu cuaca sejuk. Terbaik. Nak ke sini boleh stop di station metro Opera atau Sol dan jalan ke sini. Area ini meriah banyak kedai dan kedau sauvenier pon banyak

Churros Time |
Kos
Train ke airport Brussels : 8.80E seorang
Fight Europa Air : 61 E
2days Pass: 14.4E
AirBnb: rm88 seorang
Total : rm509
Besambung
No comments:
Post a Comment