2/12/2017 (Sabtu)
Hari ini kami semua akan ke Seville dari Cardoba dan dari
Seville ke Barcelona. Semua ini dalam satu hari yang sama. Nampak kan kerja
gila di situ. Haha. Awal pagi dah bangun, siap-siap untuk urusan check out dan
menuju ke stesen kereta api. Sekali lagi naik Renfe train ke Seville. Sampai di
Seville cari Cosignas(Coin locker) dan letak beg dahulu sebelum pergi
sightseeing downtown Seville. Kali ini kena charge 10E.
Lepas letak beg, naik bas no 21, dari Santa Justa Station ke
bandar. Kami berhenti area Puerta de Jerez.
Sekitar Seville |
Dari sini kami menapak sahaja ke mana-mana tempat menarik di Seville. Antara tempat yang kami pergi di Seville ialah:
Cathedral and Giralda - Tempat asal masjid almohad macam biasa lepas kerajaan kristan sepanyol menang, ubahsuai jadi gereja.
Reales Alcazar - Istana raja-raja sepanyol
Plaza de Espana- Cantik plaza ini
Torre del Oro
Kami lunch di Kedai Muslim Lebanon, masyaAllah sedap sungguh
makanan di sini. Alhamdulillah. Personally aku suka bandar Seville ini, ada
keunikkan dia tersendiri, meriah, modern dalam masa yang sama mengekalkan
identity Seville sendiri. Aku rekomenkan sesiapa pergi sini stay at least satu
malam di sini, sebab kami hanya buat day trip banyak lagi tempat yang tidak
dapat kami jejak.
Lunch di sini |
Kebetulan ada pancaragam, layan |
Sedikit pasal pergerakan di Seville - main nak ke Seville by Bus, Train dan Flight. Bus dan train akan berhenti di Santa Justa Station. Dari sini boleh beli tiket bus ke bandar, sekali naik 1.40E. Jika nak ke airport ada station yang boleh kita naik terus ke airport, salah satu station ialah di santa justa, tike one way 4E. Dalam bandar pon ada tram dan subway ye!!
Malam itu kami naik flight dari Seville Airport ke Barcelona
by Ryan Air pukul 9.30pm. Sampai di Barcelona lebih kurang pukul 11.30pm. Dari Airport Barcelona nak ke
downtow ada line metro khusus iaitu no.9. Tapi L9 tidak berhenti main station
Barcelona iaitu catalunya station, kena tukar L6 dan L7. Kebetulan rumah airbnb
kami kami station yang berdekatan iaitu Torassa salah satu staion L9.
Alhamdulillah disini. Lagi satu L9 ni bayaran dia lain dengan line metro lain,
mahal sikit.
Malam itu,kira check in dan terus tidur.
Total cost:
Tiket bas : 1.30E(ke stesen train cordoba) + 2.80(pergi balik dari main station seville ke bandar) + 4E(ke seville airport)
Total : Rm40.50
*Cost di Barcelona next entry
Bersambung...
No comments:
Post a Comment