Assalamualikum dan Salam Sejahtera,
Sudah lama rasanya tidak update sambungan trip aku dan family ke bumi eropah ini,huhu. InsyaAllah akan percepatkan penulisan ini.
30/11/2017 (Khamis)
Hari ke-2 kami di bumi Madrid ini, selepas makan pagi yang
ala kadar di sini kami teruskan misi untuk melawat beberapa tempat menarik di
sini. Antara tempat yang kami pergi pada hari ini ialah :
1 a) Retiro Park – Salah satu taman di Madrid dan
antara yang tercantik dan paling besar di sini. Bagi aku tempat in OK sahaja,
sebab aku pernah pergi taman yang lagi cantik. Masuk sini FREE sahaja. Tempat ini agak besar, jika nak cover satu taman makan masa setengah hari juga. Di sini
juga ada terletak crystal palace. Nak ke sini subway turun di stesen retiro (L2)
2 b) Museo Del Prado – Dikatakakn muzium galeri yang
terbesar di sunia. Berhampiram Retiro Park sahaja, kami tidak masuk pun hanya
mengambil gambar depan bangunan sahaja.
3 c) Santiagao Bernabeu Estadium (Stadium Real
Madrid) – Wishing list dari anak saudara aku, minat sangat Bola sepak katanya.
Jadi pergi sini dia dan abang ipar aku sahaja masuk muzium tour yang lain semua
mereput di luar stadium. Dah la sejuk, nasib baik ada mall sebelah stadium ini, lepak sini sambil online. Nak ke sini behenti di stesen santiago bernabeau(L10)
4 d) Mercado de San Miguel – Old traditional market,
pergi sini ingat nak pergi makan-makan cari Tapas ke, tapi tengok kedai makanan
laut sebelah menyebalh dengan hidangan daging Babi, terus loya tekak semuanya.
Tapi makanan dekat sini murah dan hipster sangat. Nak ke sini turun di stesen Opera
5 e) Plaza Mayor – Berdekatan dengan Mercado de san
Miguel sahaja, sama mcam plaza-plaza yang lain, berbentuk segi empat denga
dikeliling oleh bangunan-bangunan antik
6 f) San Gines – Singgah sini lagi untuk Last churros
dan Poras. RIndu weyhhhh kesedapan nya. Area ini juga banyak kedai souvenier.
Lepas harungi hari yang agak penat pada hari ini, balik
rumah dalam keadaan yang penat, esok pagi kena bagun awal pagi lagi sebab
keesokannya train dari Madrid ke Cordoba pula.
Bersambung..
Total cost : 0 Euro..Hanya pembelian masing-masing untuk saouvenier
No comments:
Post a Comment