6-7/12/2017(Rabu-Khamis)
Majoriti pagi tu semua bangun lewat, lepas subuh sambung tidur, manakan tidak rumah yang kami sewa di luzern ini boleh dikatakan yang terbaik. Rumah besar, setiap orang dapat bilik masing-masing. Rumah klasik orang-orang swiss dulu. Buka jendela, nampak pergunungan, ngan salji nya sambil minum air kopi panas. Perghh, terbaik.
Hari pertama kami di sini, kami ke lauterbrunnen - interlaken - luzern, Drive sendiri. MasyaAllah pemandangan dia cantik sangat, tidak boleh gambar ngan kata-kata. Korang kena pergi sendiri. Orang cakap nak enjoy swiss kena drive sendiri, tapi jika tak nak drive ada je train yang menghubungkan setiap bandar popular di Swiss.
Disini dia orang guna franc swiss, tapi jangan bimbang almost kedai terima Euro. Tiada isu di situ ye.
Antara gambar-gambar yang kami ambil untuk hari pertama di Swiss:
Gambar perjalanan ke interlaken
Sekitar lauterbrunnen
Di bandar interlaeken
Di sekitar luzern
Malam itu, host rumah ini datang bertemu ramah dengan kami, ambik kau dibawa nya satu bekas coklat lindt. Rezeki ditemukan dengan hos rumah yang sangat baik.
Keesokannya, selepas check out dari rumah, kami semua ke Zurich. Di zurich tidak banyak yang kami pergi juga, just pusing-pusing sekitar bandar zurich (area stesen zurich). Sempat juga merasa solat di masjid di sini. Kami tak berani pergi jauh sebab jam 8.45 malam bas kami dari Zurich ke Paris pula.
Malam tu naik bas dari zurich dan berhenti pagi di Paris. Tiada apa yang kami buat hari terakhir di Paris melainkan shopping di la valle village.
Sekian sahaja trip kami satu family ke Eropah. Terima kasih kerana membaca. Jumpa ketemu untuk perjalanan seterusnya!!
No comments:
Post a Comment