Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Kali ini aku akan bercerita pula trip aku dan kawan-kawan ke
Negara matahari terbit yakni Jepun. Kali ini trip BFF selepas trip BFF ke
Vietnam pada tahun lepas berakhir aku pergi berdua sahaja, kali ini lebih
berjaya iaitu kami pergi bertiga. Haha. Seorang lagi kawan aku tidak dapat join
sebab wife dia dalam pantang.
|
Di Shizuoka |
Aku beli tiket Airasia ke Jepun turun di Kansai Aiport sejak
dari bulan April 2017 lagi, dan trip ini kami pergi pada bulan Januari 2018.
Nampak tak berapa lama di situ gigih menunggu. Trip ke Jepun ini merupakan trip
ke-6 aku ke sini dan bagi mereka merupakan kali pertama.Konon-konon jadi tour
guide la. Semua itinerary ke sini aku buat, dari segi PASS, penginapan dan
tempat nak jejak. Tidak lupa last minutes sepupu aku juga join trip ke sini dan
yang pastinya tiket flight dia 2 kali ganda mahal dari kita orang. Haha.
12/1/2018 (Jumaat)
13/1/2018 (Sabtu)
Selepas solat subuh, aku pergi JR kaunter office di train
station untuk tukar JR Pass, yang siap dibeli di Malaysia. Selepas dapat pass
masing-masing, terus buat penempahan beberapa tiket yang memang aku plan
awal-awal lagi di situ juga. Ada satu tiket untuk mala mini aku tidak dapat, so terpaksa
guna plan B. Dari Kansai aiport kami naik HARUKA LTD EXP pada 6.40am ke
shin-Osaka dan dari sini naik SAKURA Shinkansen ke Okayama dan dari okayama
naik KODAMA Shinkansen ke Higashi-Hiroshima. Lebih kurang 10.10am sampai di sini.
|
2 pilihan dari kansai, sama ada nak naik Nankai |
|
JR Pass selepas ditukar |
Pengangkutan awam di Jepun
- Seriously sesiapa nak pergi ke Jepun kena ada
itinerary yang lengkap, ke mana nak pergi, ke mana nak tuju. Sebab dari sini
kita boleh decide pengangkutan awam apa kita nak guna sepanjang di sni. Tidak
lupa juga bajet yang kita ada.
- Kebanyakkan orang ke sini tanya nak guna PASS
apa, memang PASS boleh jadi amat menjimatkan dan jika tidak pandai guna boleh
jadi satu pembaziran.
- Pengangkutan utama di Jepun yang biasa orang
guna ialah kereta api, bas dan kapal terbang. Masing-masing ini pun ada PASS
tersendiri.
- Untuk kali ini, selepas tengok plan yang aku
buat dan yakni JAPAN RAIL PASS yang terbaik dan menjimatkan bagi trip aku kali
ini. JRP ini kena beli di luar Negara Jepun ye dan PASS ini hanya untuk
pelancong sahaja. Aku ambil JRP 7 days, seat biasa dan berharga Rm1055.
- JR Pass ini aku boleh naik suka hati berapa kali
train Under JR company selama 7 hari dan ada beberapa sahaja train under JR
yang tidak dapat guna pass ini.
Bersambung cerita aku, kenapa kami pergi Higashi-Hiroshima
sebabnya salah
satu kawan aku nak jumpa
adik dia yang tinggal di sini, nak bagi barang-barang yang dikirim dari
Malaysia. Sampai-sampai je adik dia dah masak makanan tengah hari untuk kami,
Alhamdulillah kenyang kami dibuatnya. Kami tidak lama pun di sini, terus naik
KODAMA Shinkansen teruskan perjalanan kami ke Hiroshima.
|
Di Stesen Higashi Hiroshima |
Sampai di Hiroshima, naik pula bus “meipuru pu”, bus ini ada
tiga line yang akan stop di tempat-tempat menarik di Hiroshima dan yang best
nya bus ini FREE jika ada JR Pass ini. Antara tempat-tempat yang kami singgah
di Hirsoshima ialah:
- Atomic Bomb Dome – Berfungsi balai rakyat pada zaman perang
dunia ke-2, telah di bom teruk oleh Amerika, dan sisa bagunan ini salah satu
peninggalan yang masih utuh selepas di bom.
- Peace Memorial Park – Dibangunkan untuk memperingati perang
paza zaman itu, macam-macam statue dapat dilihat di sini.
- Hiroshima Peace Memorial Museum – Seriouly 200 yen entrance
fee amat-amat berbaloi. Recommended museum.
- Hondori Shopping Street – Sesuai sesiapa yang suka shopping.
|
Gambar sekitar atomic bomb |
Selepas itu, kami patah balik ke station dan naik SAKURA
Shinkansen pada jam 6.48 pm ke Shin-Osaka dan dari sini ambil HIKARI Shinkansen
ke station Kanagawa. Di Kanagawa tukar Yamanote line ke Shibuya. Kami sampai
shibuya lebih kurang 11 malam. Tengok betapa lajunya shinkansen di Jepun kejap
sahaja kami di Tokyo.
Seperti biasa Shibuya still happening pada waktu macam ini.
Berkesempatan juga ber”crossing” di Shibuya dan tengok si Hachiko di situ.
Pusing-pusing dalam mega doki Shibuya dan makan kebab halal di situ.
|
Shibuya Crossing |
Oleh sebab malam ini, plan B kita orang, penginapan pon kami
idak tempah jadi kami semua tidur di café internet (manboo)untuk 3 jam. Check
in jam 2 pagi.dan check out pada jam 5 pagi. Satu pengalaman baru tidur di café
internet, biasanya setiap café dilengkapi dengal full set of komik, free flow
air dan siap dengan tempat mandi sekali. Boleh dikatakan selesa dan berbaloi la
juga. Hehe. Awal pagi tu kami gerak ke surau di shibuya menunggu waktu subuh. Selepas subuh hari yang baru ini, kami buat trip NAIK TRAIN satu hari.
|
Man Boo Cafe Manga |
|
Free flow air |
Bersambung..
No comments:
Post a Comment