Thursday, 28 December 2017

EURO TRIP (PART 1) - Persedian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Okey, aku sambung penceritaan aku dan sekeluarga ke bumi Eropah ini. Sebelum itu, disini aku nak share sedikit persiapan kami sebelum ke sini.

Flight ticket : Yang ni aku mula search tiket flight murah ke Eropah pertengahan bulan, sekitar Jun, Julai. Aku suka tengok Secretflying.com. Website ni dia alert tiket flight murah kemana-mana destinasi. So, rajin-rajin la jenguk laman web ini, kami dapat dengan Oman Air return flight turun Paris CDG, transit Muscat. Per ticket return, RM 1780.




Itineary : Hampir semua itineary aku yang buat, cuma kakak-kakak aku just bagi pendapat dan tempat dia nak pergi. Yang penting diorang dapat shopping. Hahaha.

Itineary asal aku buat Paris - Marrakesh - Rabat - Madrid - Cordoba - Seville - Barcelona - Lisbon - Zurich/luzern - Paris

Yang jadinya dekat sana x dapat pergi Morocco, sebab aku terlepas pandang dengan Visa ke sini. Ad hoc plan ke Brussels, Belgium.

Walapon Adhoc plan, Brussles tak mengecewakan
Penginapan : Sebab kami satu kumpulan 9 orang, semua tempat tinggal ialah melalui AirBNB. Aku lagi suka Airbnb berbanding hotel. Lain orang lain citarasa.
Salah satu rumah AirBnb
Pengangkutan : Transit antara negara aku guna Kapal terbang, Bas, Train dan Pandu sendiri. Tengok yang mana murah, dan kena dengan waktu. Aku guna GoEuro.com.
Sewa Kereta
Benda-benda lain :

Duit tukar siap-siap Euro. Dekat Swistzerland majoriti kedai dapat guna Euro.
Sila bawa Universel Adapter dengan extension sekali ye.
Makanan yang paling penting, kami beli satu beg khas untuk makanan sahaja, dalam ini segala jenis makanan hangkut naik, rice cooker pon. Huhu
Portable Wifi Pocket, benda wajib kena bawa, senang nak update apa-apa dekat sini. Nak guna google maps ke, apa-apa sahaja. Aku ambil dengan syarikat wifibaby.
Pastikan ada gruop whatsapp, mudah nak update dalam ini sesama kami. Share gambar, itinerary, bording pass.

No comments:

Post a Comment