Thursday, 21 December 2017

Melancong ke Dhaka, Bangladesh (Part terakhir)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bahagian terakhir penceritaan aku jalan-jalan di Dhaka, Bangladesh. Nak kena habis cepat-cepat sebab nak sambung trip ke lain pula.haha
Selamat datang!!


Hari Ke Lima 22/10/2017 (Ahad)

Hari yang terakhir di bumi Dhaka bangun dengan perasaan puas hati sangat, menang katakan semalam. Hahaha. Tidak sabar nak tengok perlawanan akhir lawan India pada malam ini. Kami mulakan pada pagi ini dengan sarapan yang disediakan pihak hotel. Alhamdulillah kenyang. Oleh sebab perlawanan di antara Malaysia dan India bermula jam 8 malam. Jadi untuk sekian kali nya, kita pusing-pusing sekitar Dhaka lagi.
Jumpa Fitri Shaari dulu sebelum keluar

Kali ini kami rancang nak ke Ahsan Manzil, harap kali ini berjaya jejak ke sini selepas  percubaan kali pertama gagal. Kali ini terus tempah UBER car dari hotel ke Ahsan Manzil. Dekat-dekat nak sampai kawasan ini, Jam yang teruk sangat, jadi kami ambil pilihan turun di tepi jalan sahaja. Jalan saja la ke Ahsan Manzil. Sebenarnya, lagi banyak kita berjalan lagi menarik sebenarnya. Dapat menyelami dan merasai sendiri sebagaimana penduduk tempatan.


Suasana jalanan di Dhaka

Pekena Teh dulu

Sedap!!

Akhirnya, sampai juga kami di Ahsan Manzil, ada apa di Ahsan Manzil, hanya sebuah rumah agam(yang kini telah dijadikan muzium) dan laman yang agak luas. Persekitaran juga dijaga baik oleh pihak muzium. Seperti biasa ramai penduduk tempatan yang melawat tempat ini. Muzium dia banyak menceritakan kelaurga Nawab sebagai pemilik monumen ini.
Ahsan Manzil

Selfie dulu
Selepas melawat Ahsan Manzil, kami minta tolong penduduk tempatan deal dengan pemandu Trishaw untuk bawa kami ke kawasan Purana Pultan untuk cari makan-makan sekitar situ. Area sini, memang banyak kedai makan dan kedai manisan. Pelbagai jenis makanan boleh dicari disini. Kami pilih salah satu kedai disini, Alhamdulillah sedap sungguh makanan di sini. Dah la tuan kedai dia peramah sangat, melayan je kami nak makan apa. Lepas makan sini, singgah kedai manisan, beli beberapa jenis manisan untuk dirasa.
Ambil gambar atas trishaw
Ambil gambar dengan pemilik restoren
Selepas kenyang semua, terus ke stadium, perlawanan di antara Malaysia dan India sudah nak bermula. Perlawanan akhir pada hari ini, lagi meriah pada semalam, stadium hampir penuh dengan penduduk tempatan. Macam biasa la, kami bertiga jadi tumpuan, dah la pakai jersey Malaysia bawa jalur gemilang pula tu macam mana tak jadi tumpuan. Haha. Memang boleh cakap hampir semua sokong Malaysia, maklum la Bangladesh ini ada konflik sikit dengan India ni.
Semangat sokong Malaysia
Malam ini nasib tidak menyebelahi Malaysia, kecundang 2-1 di tangan India. Tidak kecewa pun, sebab perlawanan yang sangat menarik dan kalah melawan. Selepas perlawanan, cepat-cepat pergi balik hotel, ambil beg yang ditinggal di lobi, sebab flight balik ke Malaysia pada awal pagi. Ambil beg terus tempah UBER car ke lapangan kapal terbang. Urusan check in berjalan dengan lancar dan Flight Malindo Air  juga on-time.
Dapat Jersey

Dengan Razi

Bye-Bye Dhaka, panjang umur kami datang lagi


Sekian sudah perjalanan kami di bumi Dhaka, Bangladesh.
SUSADOO DHAKA

No comments:

Post a Comment