Thursday, 21 December 2017

Melancong ke Dhaka, Bangladesh(Part 3)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih cerita di Dhaka, Bangladesh
Bas di Bangladesh
Hari ke tiga 20/10/2017 (Jumaat)

Hari Jumaat yang penuh berkat ini, kami mulakan dengan sarapan pagi, macam biasa sarapan pagi di Hotel 71 ini tidak pernah mengecewakan. Buffet yang dihidangkan sangat lazat. Alhamdulillah. Lepas sarapan kami bersiap sedia kemas barang untuk check out, untuk berpindah tempat tidur. Pilihan hotel kami pada kali ini ialah Pan Pacific Dhaka, area Sonargaon. Taraf 5 bintang hotel ini. Kenapa pilih hotel ini, sebab aku anggap player hoki Malaysia tinggal sini juga. Mana tahu jumpa di sini, boleh la bergambar dengan dia orang.

Dari Hotel 71 kami ambil UBER ke Hotel Pan Pacific ini, nak masuk ke hotel ini, kena Scan siap, macam nak boarding flight. Sekuriti dia sangat ketat. Urusan check-in berjalan dengan lancar. Bilik yang kami tinggal cantik sangat, selesa dan siap ada complimentary biskut, kek dan bakul buah untuk di makan. 5 bintang kan.haha. Oleh kerana hari ini penghulu segala hari, cepat-cepat kami turun ke bawah untuk menunaikan Solat Jumaat, van disediakan oleh pihak hotel ke masjid terdekat. Dapat juga merasa dengar khutbah dalam bahasa Bangladesh. Alhamdulillah.
Bilik di Hotel Pan Paciffic

Complementary
Selepas Solat Jumaat, naik balik ke bilik, rehat-rehatkan diri, dan tunggu Mr.Syeikh untuk jemput kami. Siapa Mr.Syeikh, dia yang duduk di sebelah aku dalam kapal terbang. Dia janji nak jemput kami untuk bawa jalan-jalan sekitar Dhaka. Mr.Syeikh datang jemput kami dengan MPV nya bersama kawannya iaitu Mr.Rakibul. Destinasi pertama yang mereka bawa kami ialah ke kedai Arong, iaitu kedai cenderahati. Di kedai ini banyak cenderahati Made In Bangladesh di sini, tapi tiada keychain and fridge magnet. Stress, benda ini la yang biasa pelancong cari bila pergi tempat orang.
Baju yang dijual Kedai Arong





Antara makanan yang dipesan


Wajib selepas makan
Lepas itu, mereka bawa kami ke pasar dan Mall paling besar di Bangladesh, Jamuna Future Park. Merasa juga la jalan-jalan dekat Mall di sini. Hahaha. Lepas pusing-pusing mall, dibawa pula untuk makan malam di Star restoren, jika baca review, salah satu restoren yang wajib singgah jika di Dhaka. Makan besar kami pada malam itu, dijamu oleh pak cik dua orang ini. Alhamdulillah. Kenyang sangat. Lepas makan malam, Mr.Syeikh jemput kami melawat salah satu rumahnya di sini, area Gulshan(area elit). Sangat besar rumahnya, 3 tingkat dan sekarang mak mertua dia tinggal di sini. Sekali lagi keramahan orang Bangladesh ini, dihadangkan kami tea, buah dan biskut.
Itu lah Mr.Rakibul

Ni dekat Jumana Future Park Mall
Swafoto depan rumah Mr.Syeikh
Selepas itu, dibawa pula kami pusing-pusing bandar Dhaka dengan kereta, Mr.Syeikh dan Mr.Rakibul cerita satu persatu bangunan apa ini, taman apa, monumen apa sebelum hantar kami balik ke Hotel Pan Pacific. Alhamdulillah kami ditemukan orang-orang yang baik sepanjang di sini. Sampai di hotel, kami diberitahu yang player Malaysia tidah menginap di hotel ini sebaliknya di Hotel Purbani lain. Jadi esoknya tukar rancangan pergi menginap hotel yang player Malaysia menginap. Malam itu, kami tidur dengan nyenyaknya, letih katakan seharian berjalan.haha

Hari ke empat 21/10/2017 (Sabtu)

Awal pagi sabtu, kami dikejutkan dengan kilat dan hujan yang sangat lebat, tidak berhenti-henti sejak dari semalam. Kami diberitahu ada kawasan sekitar Dhaka sudah dinaiki air, dan ada jalan raya yang tidak boleh lalu. Rancangan kami nak mandi kolam pada pagi ini pon terbantut. Siapa kita nak melawan kekuasaannya. Kami mula kemas barang-barang dan bersedia untuk check out. Penginapan kami malam ini di Hotel Purbani.

Sekali lagi UBER pilihan kami ke sini, pemandu UBER mula-mula ragu nak ke sini sebab jalan sekitar ini sudah dinaiki air. Perjalanan diteruskan juga dan ternyata jalan yang nak masuk ke hotel ini sudah dinaiki air, kedalamannya boleh tahan juga. Tapi pemandu ini lalu juga jalan ini untuk hantar kami betul-betul di hadapan hotel. Alhamdulillah, tidak perlu kami harung banjir. Macam biasa urusan check in berjalan dengan lancar dan bilik yang diberi sangat besar. Aku pandang kiri kanan dah boleh nampak bau-bau yang player Malaysia menginap di hotel ini. Teruja benar anak saudara aku.hahaha
Ambil gambar dalam UBER, banjir

Bilik di Purbani Hotel



Hari ini perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan Malaysia dan Korea sepatutnya berlangsung jam 3 petang ditunda ke pada 8 malam disebabkan hujan. Jadi kami fikir masih sempat lagi untuk jalan-jalan sekitar bandar Dhaka, walapon dalam keaddan hujan dan beberapa jalan sudah dinaiki air. Kami deal dengan dua trishaw untuk jalan-jalan sekitar Dhaka, mula-mula kami minta dia bawa ke Museum Dhaka. Macam biasa la muzium ini tempat kegemaran aku. Amik kau, satu jam lebih aku di sini, baca apa yang dipamer. Lebih-lebih lagi bahagian macam mana Bangladesh(Dikenali Pakistan timur) dapat merdeka dari Pakistan Barat(kini dikenali Pakistan).

Antara Pemain Malaysia jumpa di Hotel

Deal ngan Pak Cik Trishaw
Di hadapan Bangladesh Muzium
Lepas pergi muzium, di bawa pusing-pusing sekitar University of Dhaka, dan beberapa monumen sekitar sini sebelum desitnasi terakhir iaitu stadium hoki. Sampai je di stadium, masih sempat untuk kami singgah kejap di National mosque untuk solat terlebih dahulu. Seusai sahaja solat, cepat-cepat masuk stadium cari tempat duduk yang strategik untuk tengok perlawanan spearuh akhir melibatkan pasukan negara dan Korea Selatan.

Kat sini lintas je, diorang akan berhenti

Sebelum game

From Bangladesh with love
Hari ini punya perlawanan, ramai yang datang, macam biasa mereka Bangladesh akan sokong negara kita. Penuh dengan orang Bangla sekitar kami, macam artis pula rasa dikerumun sebegini.haha. Alhamdulillah perlawanan yang sugguh dramatik memihak kepada pasukan Malaysia dengan kemenangan 2-1. Syukur sangat-sangat, ini kerana kali pertama Malaysia layak ke perlawanan akhir untuk Piala Asia ini dan lawan untuk pelawanan akhir akan bertemu dengan pasukan India. Kami semua balik ke hotel malam itu dengan tersenyum lebar. Alhamdulillah satu lagi hari yang bagus untuk kami.
Lepas game, menang katakan

Bersambung...

1 comment: