Wednesday 20 February 2019

Melancong ke India (Part 2) - New Delhi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersiaran lagi setelah lama tidak menulis di sini. Tiada mood nak menulis akhir-akhir ini. Ok la, aku sambung trip aku ke India pada bulan 12 tahun lepas. Pada entry yang lepas aku cerita trip aku di Bhubaneswar dan dari sini aku menuju ke destinasi seterusnya ke New Delhi, ibu negara India.
Jome ke New Delhi
Ke New Delhi aku menaiki kapal terbang Air India, AI 078 dari Bhubaneswar International Aiport jam 9.20 am menuju ke Indra Gandhi International Airport. Bagi aku penerbangan Air India biasa-biasa sahaja, breakfast juga dihidangkan tiada IFE, leg room OK!, Flight attendance muka ketat. Hahaha. Airport Indra Gandhi, baru dan cantik, urusan imigresen juga cepat dan pantas.
Selfie dengan AirIndia

Seat dia

Breakfast, option Halal tapi sama dengan penumpang lain sebab katanya VEGE
Dari Airport ke Downtown Delhi ada metro line, jadi dari sini boleh gerak ke mana-mana tempat yang mahu tuju di delhi. Umumnya, Delhi terbahagi kepada dua bahagian iaitu OLD dan NEW delhi, di mana Old Delhi ini lebih tidak teratur, kotor dan padat jika nak dibandingkan New Delhi lebih teratur. Untuk 2 malam di Delhi aku menginap di area paharganj, di Old delhi, area yang padat dan kelam kabut sini. Sebab apa aku pilih di sini, sebab di sini kira macam centre, New Delhi Train station pun di sini jadi mudah nak gerak ke mana-mana.

Sampai je di stesen New Delhi railways station, perkara pertama yang aku buat ialah ke International Tourist Bureau sebab nak pergi beli tiket ke Agra dan dari Agra ke Jaipur. Di sini cabaran bermula, para scammer datang mendekati kita menuju jalan yang tidak lurus. Pelbagai alasan akan dia berikan untuk kita tidak sampai di International Tourist Bureau ni, tutop la, renovation la. Please, sila jangan dengar dan angkat kaki dari mereka-mereka ini. Macam mana nak jumpa ITB ni, dia di sebelah Paharganj gate, tingkat satu. Jika korang sampai di stesen metro, kena ke melintas ke arah paharganj untuk jumpa ITB ni. Good Luck!
ITB

Tingkat 1
Macam ini ITB



Bahagian dalam ITB

Sepanjang di delhi ini aku menginap di Hotel Krishna, hotel bajet. Kawasan ini memang banyak dengan hotel-hotel bajet,jadi boleh pilih ikut kemampuan. Satu lagi yang best kawasan ini, majoriti tempat-tempat menarik terletak di sini seperti Jama Masjid, Chandni Chowk, Red Fort dan lain-lain lagi. Untuk hari pertama di New Delhi tidak banyak yang sempat kami pergi, hanya je Jama Masjid dan India Gate.
Bilik Hotel Krishna

Hotel Krishna
Jama Masjid

Masjid paling besar dan popular di India yang dibina pada zaman empayar mughal. Sengat besar dan cantik tapi sayang tidak terurus, agak kotor mungkin persekitaran juga memainkan peranan. Nak ke sini turun di Jama Masjid stesen keluar ikut pintu no.2. Area sini pon best untuk muslim street food dan restaurant. Tahan kebersihan boleh nilai sendiri. Alang-alang sampai sini boleh singgah ke Chandni Chowk
Masjid Jama

Masjid Jama
Sekitar Jama Masjid - Sedap kebab ni

Ayam goreng

Ayam golek

Dinner hari pertama

India Gate

Dibina sempena memperingati warga India yang terkorban dalam perang dunia pertama. Binaan seakan-akan arch de triumph di Paris. Boleh masuk ke dalam ini sebenarnya, tapi aku tak masuk lagipun dah malam. Ke sini aku berhenti di stesen Central Secretariat, dan amik tuk-tuk ke India gate, jalan kaki pun boleh tapi kena menapak lebih sikit la.
Parlimen

India Gate dari jauh

Lawa juga

Hari ke-2 di New Delhi kami pergi ke Qutub Minar pada pagi itu, selepas ke Qutub Minar ke Connught Palace untuk lunch. Dah kenyang balik bilik kejap untuk solat dan rehat. Dekat-dekat nak petang keluar ke Red Fort dan sekali lagi dinner di area Jama Masjid,

Qutub Minar

Merupakan menara batu bata yang paling tinggi di dunia, di bina pada zaman pemerintahan islam tapi ada yang cakap tapak asal dari kerajaan hindu. Menara yang bertinggian 72.5 meter ini memang gah di situ dan dikeliling oleh runtuhan dan bangunan-bangunan yang lain. Mahu ke sini boleh berhenti di stesen qutub minar dan naik tuk-tuk ke sini. Entrance fee dia ialah 600 rupees jika pakai kad kredit 550 rupees. Bagi aku berbaloi ke sini.
Tiket masuk

Dari Jauh, nampak dah qutub minar

Runtuhan


Sini angle menarik nak ambil gambar


Connaught Palace

CP(singkatan) merupakan tempat business centre yang terbesar di Delhi lebih kurang segi tiga emas dekat KL la. Banyak kedai, tempat shopping dan taman di sini. Sesuai untuk pusing-pusing untuk makan atau lepak-lepak. Mahu ke sini boleh berhenti di Rajiv Chowk. Kami makan nando's di sini, certified Halal.
Roti Naan di Nando's

Bendera India di Connought Palace

Red Fort

Dibina pada zaman pemerintahan kerajaan mughal, dibina menyerupai amber fort di Agra cuma skala yang lebih besar. Memang besar dan akan makan masa di sini jika pergi. Bayaran masuk sama dengan Qutub Minar, mahu ke sini boleh berhenti di stesen Lal Qila metro stesen.
Tiket masuk Red Fort

Pintu masuk

Hall

Kawasan Royal 
Kawasan luar



Wefie satu
Sepanjang aku dan isteri di Delhi ini, kebanyakkan pergerak menggunakan metro dan OLA(grab dekat Malaysia), ada ambil tuk-tuk sekali sekala, tapi faham-faham la amik tuk-tuk ini tak telus la sikit. Kena scammed. Banyak lagi tempat-tempat menarik di sini, disebabkan tidak cukup masa terpaksa skip sebab kami akan ke Agra pula ke esokkannya pula. Tiket dah ada jom kita ke Agra pula.

Bersambung...