Friday 24 August 2018

Ke TAIWAN kita!! (Part 3)

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA!!!

Queen's Head, Yehliu Geopark

Hari ke Tiga (01/07/2018 Ahad)

Subuh di Taipei agak awal waktu aku pergi hari tu, jadi pukul 5.30 pagi dah terang benderang, best sebenarnya cerah awal ini kita nak bergerak awal pon mudah. hehe. Untuk hari ini, aku dan isteri akan ke Yehliu geopark, di utara Taipei sebab utama ialah untuk lihat batu-batuan. Bukan batu biasa ya, batu batuan unik yang membentuk objek-objek disebakan alam semulajadi (hakisan angin dan air).

Bagaimana nak ke sini, banyak cara nya, tapi aku pergi dengan Bas, caranya ambil bas di Taipei main station. Sampai di stesen Taipei main ikut pandu arah ke Terminal bas, insyaAllah tidak sesat dan pergi ke terminal bas KuoKuang cari bas number 1518. Tak payah beli tiket di kounter, boleh beli dengan driver bas atau guna je Go card. Tambang dalam 96 ntd. Perjalanan lebih kurang satu jam setengah dan bas akan drop kita di tepi jalan utama dan dari sini kena menapak lebih kurang 10 minit untuk ke pintu masuk Yehliu geopark ini. Waktu operasi bermula 8pagi hingga 5 petang dengan tiket bayaran sebanyak 80 ntd.
Jalan laluan ke Yehliu

Akan lalu sekolah
Formasi-formasi batuan di sini

Dah sampai
Tiket masuk sini


Dah mula nampai batu batuan



Queens's head
Entah bentuk apa ni

Kawasan yehliu ini boleh tahan besarnya dan dibahagikan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian dia ada tarikan tersendiri. Di setiap bahagian beberapa formasi batu-batuan kita boleh tengok dan boleh agak batuan itu berbentuk apa. Pelbagai objek batuan terbentuk di sini, dan yang paling popular ialah Queen's head. Selain itu ada juga yang berbentuk lilin, tapak kuda, gajah dan pelbagai lagi. Cuaca waktu aku pergi hari tu memang terik dan agak berangin.

Selepas berpeluh sakan di sini, ambil bas patah balik ke Taipei dah tidak larat nak singgah ke tempat lain. Biasanya dari sini ada orang pergi ke shifen, jiufen atau ke keelung. Destinasi seterusnya ialah lunch di Chicken Masters di area gongguan stesen. Alhamdulillah dapat juga makan kedai ayam goreng yang halal di sini sebagimana yang kita tahu ayam goreng di Taipei memang popular. Lepas makan dekat sini, aku naik bas ke hero negara Taiwan iaitu Taipei 101. Tujuan ke sini ialah untuk tengok dengan lebih dekat ikon negara Taiwan ini yang pernah jadi bangunan tetinggi di dunia.

Lagipun aku sudah beli tiket observatory dari website klook sebelum ke sini. Lagi murah dari walk in tiket. Tiket ini membolehkan kita naik ke obervatory di tingkat 89 dan dapat naik ke tingkat 91 di mana boleh keluar dari bangunan(outdoor). Lawa pemandangan bandar Taipei dari atas Taipei 101. Untuk yang kaki shopping di aras bawah bangunan ada shopping complex, cakap la jenama apa aku rasa boleh dijumpai di sini. Ada duit kira jalan. Hahaha.
Taipei 101

Masuk sini jumpa mall dulu

Kedai-kedai dalam mall



Dah sampai

Waktu malam lawa

Lampu-lampu
Selfie dari tingkat 89


Lepas satu hari berjalan sakan, masa untuk balik ke bilik rehat-rehat sebab esoknya nak ke Hualien pula, province yang jauh sikit so kena bangun awal.



Wednesday 15 August 2018

Ke TAIWAN kita!! (Part 2)

Assalamulaikum dan salam sejahtera

OK! Aku sambung perjalanan aku ke Taiwan untuk hari ke-2 di sini
Shifen Waterfall
Hari ke Dua (30/06/2018, Sabtu)

Untuk hari ke-2 ini perancangan aku ialah untuk ke Shifen tiada sebab lain sebab mahu menikmati sendiri pemandangan di Shifen Waterfall dan tengok tanglung terbang-terbang tu. Bagaimana mahu ke Shifen ini? Amik train (bukan MRT) di Taiwan Main Station dan berhenti di stesen Ruifang, stilll boleh guna Go card mahu ke sini.

Apabila sampai di Ruifang station, kena tukar kepada Pingxi line. Pingxi line dibina sepanjang 13 km, dan dia ada beberapa station yang kita boleh berhenti sepanjang laluan ini. Penumpang boleh boleh ambil one day Pingxi line ticket berharga 90ntd atau boleh beli asing-asing tiket di setiap station. Antara stesen yang popular sepanjang line ini ialah, Houtong, shifen, pingxi dan jintong(last stesen). Setiap stesen ini ada daya tarikan sendiri.
Train Pingxi Line
Aku dan isteri ambil one day pass sebab malas nak fikir banyak.HAHAHA. Stesen pertama yang kami berhenti ialah di Jintong station, sengaja je sebenarnya berhenti di sini sebab ia merupakn stesen yang terakhir, alang-alang ambil one pass amik kau sampai hujung aku naik. Turun di stesen ini blur tidak tahu mahu buat apa, sempat snap beberapa gambar di sini dan terus naik train patah balik ke stesen Pingxi.
Sekitar Jintong



Di Pingxi aktiviti yang paling popular ialah melepaskan tanglung ke udara, di tanglung itu boleh ditulis hajat-hajat apa yang di mahu dan akan diterbangkan ke udara dengan harapan hajat-hajat itu tertunai. Waktu aku sampai di sini tidak banyak orang main tanglung ini, mungkin tengah hari waktu itu. Di sini juga ada Pingxi old town, yang boleh stroll out dan makan-makan di sini. Cantik.
Pingxi

Pingxi old town


Nak lepaskan tanglung

Bila lagi nak ambil gambar tengah jalan rail kereta api


Selepas Pingxi, aku dan isteri turun pula di stesen Shifen, tujuan utama ke sini ialah mahu ke Shifen Waterfall. Dari stesen Shifen boleh sahaja jalan kaki ke Shifen Waterfall, nampak macam jauh tapi tidak jauh sebenarnya. Jika tidak larat boleh sahaja amik teksi atau sewa scooter dan bagi aku tidak berbaloi. Sila jalan kaki!. Tips untuk manapak ke sini, sila ambil jalan atas (sebelah kiri), lagi cepat dan tidak memenatkan, Tapi seriously aku cakap, shifen waterfall in berbaloi untuk dilawati. Tidak rugi manapak ke sini.
Shifen Waterfall Park, sesiapa yang larat buleh ikut trak di sini.


Lawa

Rindu tempat ni



Satu lagi yang best di Shifen, lagi meriah orang-orang yang melepaskan tanglung di sini. Banyak. Kedai-kedai di sini juga banyak dan betul-betul terletak di tepi laluan kereta api. Kita pun bebas nak lintas laluan kereta api di sini. Agak lama juga kami di sini, dan ambil keputusan balik semula ke Taipei main station cari Taiwan beef noodles. Lagi. HAHAHA
Meriah di Shifen


Hilangkan haus
Yang menariknya di Taipei main station, ada surau disediakan. Terbaiklah Taiwan memudahkan urusan muslim seperti kami ini. Sudah selesai solat, kami jalan kaki cari kedai Taiwan beef noodle, lebih kurang 15 minit jalan kaki dari stesen. Nama kedai ini ialah Chang's beef Noodles , boleh google. Memang sedap la dia punya makanan dekat sini. Alhamdulillah.
Halal dan toyyiban


Sedapppp

Yang ni pon

Roti keras, tak sedap
Dari sini, kami jalan kaki pula ke Ximending Youth Street, area sini lebih kurang bukit bintang jika di KL, Shibuya jika di Tokyo. Memang meriah di sini dengan kedai-kedai kiri kanan, street food, street performance dan macam-macam lagi. Recomended untuk yang suka night life. Selepas seharian berjalan di hari ini, ambil keputusan untuk balik bilik.
Ximending youth



Street performance

Bersambung...

Friday 10 August 2018

Ke TAIWAN kita!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selepas sebulan baru ada semangat mahu menulis trip aku dan isteri ke Taiwan, nasib baik ada lagi catatan yang aku buat sepanjang di sana.

Berbalik kepada trip ini, aku dan isteri rancang nak buat short trip lepas raya puasa, fikir punya fikir terlintas ke Taiwan, sebabnya pada matta fair bulan tiga hari itu ternampak booth Taiwan besar gedabak di sana(memang tiap kali Matta fair memang taiwan punya booth meriah sokmo), jadi terus cari tiket ke sana dan maklumat tentang Taiwan ni di matta fair. Senang.

Tarikh : 29/6 - 3/7/2018

Flight : Malaysia Airlines (aku upgrade kepada business class) 
            MH 366 9.20 am 29/06/2018 KLIA - Touyuan International Airport
            MH 367 3.10 pm 03/07/2018 Touyuan International Airport - KLIA
Gambar wajib ambil ssebelum berlepas. Hehe
Tidak banyak persedian aku mahu ke sana, cuma baca pamphlet dan brochure yang aku kutip di Matta Fair dan aku decide tidak mahu pergi jauh, hanya sekitar Taipei sahaja. Mata wang di sana guna TND (Taiwan New Dollar) lebih kurang 100 TND bersamaan 12 ringgi Malaysia. Makanan hanya bawa brahim 3 paket sahaja sebab tahu makanan halal di sana juga mudah untuk diperolehi. Sebab ini musim summer, jadi sila bawa sun protector, payung dan baju hujan. Summer cuaca tidak menentu biasanya. Taiwan VISA FREE untuk rakyat Malaysia. Cun. Sebelum aku pergi dah beli siap-siap portable wifi (wifibaby) dan Taipei 101 observation ticket (klook).

Lepak lounge dulu sebelum berlepas
Hari Pertama (29/06/2018, Jumaat)

Flight kami delayed 1 jam, jadi sampai di Taiwan Taoyuan International Aiport dalam jam 3 petang. Waktu di sini sama sahaja dengan Malaysia, so tidak perlu ubah-ubah masa di phone ngan jam. Hehehe. Sampai di sini terus beli Gocard (touch and go dekat sini), boleh top up ikot kesesuaian dan baki nanti boleh refund jika ada lebih.
Hai TAIWAN!!
Dah ada Go card jom explore Taiwan, di sini ada MRT aiport line, jadi dari sini boleh naik MRT ke Taipei central station. Waktu di Matta Fair hari tu, aku dapat kupon MRT line jadi ride pertama aku dengan MRT adalah FREE, so rajin-rajin la ke MATTA FAIR (recomended).haha. Perkara pertama aku buat ialah check in penginapan, seperti biasa airbnb tetap di hati. Penginapan aku stesent mrt terdekat ialah sanchong elementary school.
Bilik airbnb kami, simple tapi sangat selesa
Kami rehat kejap dan terus keluar mahu cari taiwan beef noodle, search google jumpa satu kedai yang masih buka di area mrt stesen SAT YUT SEN MEMERIAL. Alhamdulillah memang terbaik beef noodle dia dan beef dumpling. Lepas makan malam, aku dan isteri ke Taiwan grand mosque untuk solat isyak dan maghrib. Sesiapa yang mahu ke sini kena stop di stesen DAAN PARK, jalan ikut taman ini ke masjid. Cantik masjid nya.
Aktiviti pertama kami di sini : Taiwan Beef Noodle

lorong ke kedai

Tidak pedas

Pedas
Dumpling inti daging
Dari stesen Daan Park boleh nampak taipe101

The Taipei Grand Mosque

Dari luar

sisi

dalam masjid, waktu kita orang sampai baru mula solat isyak
Selepas solat kami ke Shillin Night Market dekat stesen JIANTAN. Orang cakap ke Taiwan tidah sah jika tidak jajah night-night market di sini. Memang banyak night market di sini dan antara yang paling popular ialah Shilin Night Market. Bagi aku tiada apa yang menarik di sini, barang jualan dia pun mahal, makanan pun tiada yang boleh dimakan, orang di sini pun tidak mesra yang dapat hanya bersesak dengan orang sahaja. Not recomended. Tidak boleh lawan ladies market di Hong Kong. Tiada apa yang kami beli di sini dan terus balik tidur. Yang best dekat Taiwan ini banyak betul 24 hours convenience market. Memang menyenangkan sungguh.
Suasana di shillin night market




Beratur nak beli Uncle Bob