Wednesday 15 August 2018

Ke TAIWAN kita!! (Part 2)

Assalamulaikum dan salam sejahtera

OK! Aku sambung perjalanan aku ke Taiwan untuk hari ke-2 di sini
Shifen Waterfall
Hari ke Dua (30/06/2018, Sabtu)

Untuk hari ke-2 ini perancangan aku ialah untuk ke Shifen tiada sebab lain sebab mahu menikmati sendiri pemandangan di Shifen Waterfall dan tengok tanglung terbang-terbang tu. Bagaimana mahu ke Shifen ini? Amik train (bukan MRT) di Taiwan Main Station dan berhenti di stesen Ruifang, stilll boleh guna Go card mahu ke sini.

Apabila sampai di Ruifang station, kena tukar kepada Pingxi line. Pingxi line dibina sepanjang 13 km, dan dia ada beberapa station yang kita boleh berhenti sepanjang laluan ini. Penumpang boleh boleh ambil one day Pingxi line ticket berharga 90ntd atau boleh beli asing-asing tiket di setiap station. Antara stesen yang popular sepanjang line ini ialah, Houtong, shifen, pingxi dan jintong(last stesen). Setiap stesen ini ada daya tarikan sendiri.
Train Pingxi Line
Aku dan isteri ambil one day pass sebab malas nak fikir banyak.HAHAHA. Stesen pertama yang kami berhenti ialah di Jintong station, sengaja je sebenarnya berhenti di sini sebab ia merupakn stesen yang terakhir, alang-alang ambil one pass amik kau sampai hujung aku naik. Turun di stesen ini blur tidak tahu mahu buat apa, sempat snap beberapa gambar di sini dan terus naik train patah balik ke stesen Pingxi.
Sekitar Jintong



Di Pingxi aktiviti yang paling popular ialah melepaskan tanglung ke udara, di tanglung itu boleh ditulis hajat-hajat apa yang di mahu dan akan diterbangkan ke udara dengan harapan hajat-hajat itu tertunai. Waktu aku sampai di sini tidak banyak orang main tanglung ini, mungkin tengah hari waktu itu. Di sini juga ada Pingxi old town, yang boleh stroll out dan makan-makan di sini. Cantik.
Pingxi

Pingxi old town


Nak lepaskan tanglung

Bila lagi nak ambil gambar tengah jalan rail kereta api


Selepas Pingxi, aku dan isteri turun pula di stesen Shifen, tujuan utama ke sini ialah mahu ke Shifen Waterfall. Dari stesen Shifen boleh sahaja jalan kaki ke Shifen Waterfall, nampak macam jauh tapi tidak jauh sebenarnya. Jika tidak larat boleh sahaja amik teksi atau sewa scooter dan bagi aku tidak berbaloi. Sila jalan kaki!. Tips untuk manapak ke sini, sila ambil jalan atas (sebelah kiri), lagi cepat dan tidak memenatkan, Tapi seriously aku cakap, shifen waterfall in berbaloi untuk dilawati. Tidak rugi manapak ke sini.
Shifen Waterfall Park, sesiapa yang larat buleh ikut trak di sini.


Lawa

Rindu tempat ni



Satu lagi yang best di Shifen, lagi meriah orang-orang yang melepaskan tanglung di sini. Banyak. Kedai-kedai di sini juga banyak dan betul-betul terletak di tepi laluan kereta api. Kita pun bebas nak lintas laluan kereta api di sini. Agak lama juga kami di sini, dan ambil keputusan balik semula ke Taipei main station cari Taiwan beef noodles. Lagi. HAHAHA
Meriah di Shifen


Hilangkan haus
Yang menariknya di Taipei main station, ada surau disediakan. Terbaiklah Taiwan memudahkan urusan muslim seperti kami ini. Sudah selesai solat, kami jalan kaki cari kedai Taiwan beef noodle, lebih kurang 15 minit jalan kaki dari stesen. Nama kedai ini ialah Chang's beef Noodles , boleh google. Memang sedap la dia punya makanan dekat sini. Alhamdulillah.
Halal dan toyyiban


Sedapppp

Yang ni pon

Roti keras, tak sedap
Dari sini, kami jalan kaki pula ke Ximending Youth Street, area sini lebih kurang bukit bintang jika di KL, Shibuya jika di Tokyo. Memang meriah di sini dengan kedai-kedai kiri kanan, street food, street performance dan macam-macam lagi. Recomended untuk yang suka night life. Selepas seharian berjalan di hari ini, ambil keputusan untuk balik bilik.
Ximending youth



Street performance

Bersambung...

No comments:

Post a Comment