Monday 12 March 2018

EURO TRIP (PART 11) - Luzern, interlaken , Zurich

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

6-7/12/2017(Rabu-Khamis)

Majoriti pagi tu semua bangun lewat, lepas subuh sambung tidur, manakan tidak rumah yang kami sewa di luzern ini boleh dikatakan yang terbaik. Rumah besar, setiap orang dapat bilik masing-masing. Rumah klasik orang-orang swiss dulu. Buka jendela, nampak pergunungan, ngan salji nya  sambil minum air kopi panas. Perghh, terbaik.


Hari pertama kami di sini, kami ke lauterbrunnen - interlaken - luzern, Drive sendiri. MasyaAllah pemandangan dia cantik sangat, tidak boleh gambar ngan kata-kata. Korang kena pergi sendiri. Orang cakap nak enjoy swiss kena drive sendiri, tapi jika tak nak drive ada je train yang menghubungkan setiap bandar popular di Swiss.

Disini dia orang guna franc swiss, tapi jangan bimbang almost kedai terima Euro. Tiada isu di situ ye.

Antara gambar-gambar yang kami ambil untuk hari pertama di Swiss:

Gambar perjalanan ke interlaken


Sekitar lauterbrunnen




Di bandar interlaeken








Di sekitar luzern







Malam itu, host rumah ini datang bertemu ramah dengan kami, ambik kau dibawa nya satu bekas coklat lindt. Rezeki ditemukan dengan hos rumah yang sangat baik.



Keesokannya, selepas check out dari rumah, kami semua ke Zurich. Di zurich tidak banyak yang kami pergi juga, just pusing-pusing sekitar bandar zurich (area stesen zurich). Sempat juga merasa solat di masjid di sini. Kami tak berani pergi jauh sebab jam 8.45 malam bas kami dari Zurich ke Paris pula.






Malam tu naik bas dari zurich dan berhenti pagi di Paris. Tiada apa yang kami buat hari terakhir di Paris melainkan shopping di la valle village.

Sekian sahaja trip kami satu family ke Eropah. Terima kasih kerana membaca. Jumpa ketemu untuk perjalanan seterusnya!!

Sunday 11 March 2018

EURO TRIP (PART 10) - Lisbon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


5/1/2018 (Selasa)

Check out rumah airbnb hari ini, tuan rumah allow tinggal beg dekat rumah dia, so jom jalan-jalan sekitar bandar Lisbon. Line metro di Lisbon tidak banyak, ada 4 line sahaja. Jadi mudah nak travel dengan metro disini. Selain metro ada juga tram dan bus sekitar lisbon. Alang-alang kami sudah beli 24H transportation pass, jadi kami boleh naik suka hati pengangkutan awam di sini.
Pagi dari Lisbon

Antara tempat yang kami pergi di sini:

1) Praca do Comercio - street jalanan, dimana kanan kiri banyak kedai-kedai makan, fashion dan souvenier. Dia bersambung dengan pantai.Pantai di sini pun cantik.








2) Praca dom Pedro IV - downtown dia, banyak kedai-kedai di sini.








Kami tidak dapat pergi banyak tempat di Lisbon memandangkan hanya satu hari sahaja. Lepas pusing-pusing, cepat-cepat pergi balik rumah airbnb untuk ambil beg dan terus ke airport Portugal.
# Can not skip Portugal

Flight kami by vueling air pada jam 5.25 petang ke Zurich, Switzerland. Kami sampai di Zurich lebih kurang jam 8 malam, Tanpa membuang masa kami terus ke tempat sewa kereta, sebab selama di Zurich kami akan travel dengan kereta semuanya. Base kami di Luzern, so dah dapat kereta, terus pandu ke Luzern city. Alhamdulillah sampai dengan selamat di rumah airbnb Luzern. Check in dan tidur.