Sunday 26 March 2017

Melancong ke Manila, (Bahagian 2 - sambungan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ok, bersambung cerita hari ke-2 di Manila, selepas pergi National Museum yang agak boring bagi ak tu, terus plan nak pergi lunch ngan solat. Memang search siap Masjid dekat Manila ni. Check2 yang terdekat dekat sini Golden Mosque ( Masjid Al-Dahab), area Quiapo.

Muslim town, Quiapo, Manila


Masjid ni dibina tahun 70 an, sempena kedatangan presiden Libya, Muammar Ghaddafi. Nak pergi sini, stesen LRT paling hampir ialah Carriedo Station. Keluar station ini, kena lalu Palanca street, jalan je ikot jalan ni, sampai nampak flyover,dan pandang kiri dah nampak pintu gerbang community muslim. Masuk ikut pintu gerbang tu, straight akan ke Masjid.

Golden Mosque


Sepanjang Palanca street ini, bnyk stalls, macam pasar tani pon ada gak. Akan lalu SM warehouse juga, ak perhatikan SM ni, barang2 yang dijual agak murah nak banding SM lain, Area ini juga ada beberapa kedai jual souvenier secara borong. Sesiap nak cari fridge magnet dan keychain murah, area ini patot memborong. Sebab sepanjang ak perhatikan di sini, tak bnyk kedai jual souvenier. Yang ada pon kedai nama Kultura, yg ni dekat SM yang besar2 baru ada kedai ini. Untuk hari ini ak survey2 sahaja dulu souvenier, tidak beli lagi. Nanti ak akan tepek souvenier ak beli dekat area ini di next posting.

Selepas solat di Masjid, pusing2 area ini nak cari makan, bnyk kedai kawasan ini, Dari yang gerai tepi jalan sampai restoren yang cantik sikit. Tapi seriously ak cakap, masuk kawasan ini agak kotor dan tidak terurus. Memang susah nak jumpa keadaan seperti ini di Malaysia. Aku singgah satu restoren dekat sini, kebanyakkan restoren dekat sini dia hidangkan nasi campur. Lauk pauk dia dah buat sepiring - sepiring mcam tu.


Antara makanan yang kita org makan dekat sini


Selepas makan, kita orang menapak ke ChinaTown, agak jauh juga sebenarnya, tapi tak rasa sangat sebab tgok keadan sekeliling warga pinoy ni. Mcam2 ragam. Area chinatown banyak jual barangan kemas, signboard kawasan sini pon banyak dalam bahasa cina. Tokey2 kedai pon cakap cini. Bagi ak sama je chinatown mana2 di dalam dunia ni.

Alang- alang dah di kawasan ni, stoll out sepanjang Juan Luna street, ke area Dvisoria. Sepanjang kawasan ni, bnyk wholesale area, Jual baju,beg tapi secara pukal. Sesiapa plan nak memborong, dan ada niat nak buat business, boleh pertimbangkan kawasan ini. Dekat sini juga ada beberapa Mall, konsep wholesale, contoh 168 mall,999 mall dan banyak lagi.

Tak beli apa pon dekat sini, just tgok gelagat orang sekeliling je. Rehat jap dekat JOLLIBEE, makan ais krim. Kenapa la xde jollibee dekat Malaysia ni, sedap tau makanan dia, nak makan yang halal kena pergi Brunei la..huhu..Lepas tu plan nak jalan ke LRT terdekat iaitu station Recto, tapi wife merungut dah tak larat. So naik jeepney ke sini.

*Tips naik jeepney* - tgok di jeepney tu dia ada tulis destinasi masing-masing. Naik Jeepney masok dudok yang paling hampir dengan muka pintu dan seterusnya sampai ke tempat driver. Klo nak byar pass je duit tambang kat org sebelah, pass2 sampai ke driver. Sebut perkataan "bayar" nanti org paham la. Nak berhenti korang sebut "para" sambil ketuk2 atap sikit. Sekian!..Tambang 8 pesos untuk jarak dekat,

Nah! dalam jeepney


Sampai di Recto station trus balik ke umah. Tak larat katanya sebabnya bnyk berjalan hari ini. Ok! Bersambung ye~~

Tuesday 21 March 2017

Melancong ke Manila, Filipina (Bahagian 2)

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Bersambung kepada cerita ak dan wife di Manila, Filipina

24/2/2017 (Hari Kedua)

Pada hari ke-2, memang plan ak di manila ni hanya sekitar Manila, tak buat langsung day trip mana-mana yg terdekat keluar dari Manila, so jam 10 pagi baru gerak keluar dari rumah. Seriously katil umah ni empuk, membuatkan tidur lebih lena..hahaha..Untuk day trip luar Manila bnyk juga sebenarnya, korang boleh search di google..bersepah, dri DIY ke yg tour by private company. Antaranya ke Taal lake area Tagaytay.
Taal Lake, Tagaytay
So, hari ke-2 ni plan nak ke intramuros, kota tinggalan kerajaan Sepanyol, dibina waktu Filipina di jajah oleh Sepanyol. Tapi musnah teruk waktu perang manila antara US ngan Jepun. Hanya beberapa kerat je yang tinggal.

Plan arini nak naik ferry ke Intramuros, mcam yg ak post sbelom ni, Manila ada pengangkutan air diapnggil PASIG ferry service. Memang area yang aku stay ni dekat ngan station Hulo. Jadi dri sini aku naik ke station Plaza Mexico(Intramuros) dalam 45 pesos. Memang best naik ferry ni, x jem sambil layan pemandangan kiri kanan. Trip ni juga lalu Malacanang palace, bila ferry lalu sini, dia slow down speed, dan x boleh ambil gambar palace ni.

Map Pasig Ferry

Contoh ferry, gambar dari google

Sampai di stesen Plaza Mexico, boleh jalan ke area Intramuros ni. Kat sini mcam satu kawasan besar, ada mcam2 attraction dalam ini. Nak round kawasan ni atas stamina korang, macam ak ngan wife jalan kaki je dalam kawasan ni. Kalo korang malas, leh naik kereta kuda, beca atau beca elektrik. Harga pandai2 la korang tawar menawar..ada la nanti pemandu beca approach korang..tolak ngan baik klo x nak guna mereka.

Map Intramuros

Antara attraction dalam ni la, fort santiago - dalam ni ada rizal shrine(museum sebenarnya), tempat di mana si Rizal ni kena kurung sebelum ditembak. Nak masok fort santiago ni berbayar ye. 70 pesos rasanya. Selain itu, leh juga tgok church2 dekat sini, antaranya Manila Cathedral dan San Augustin Church. Design dia terbaik. Ada Plaza de roma juga, ala2 Italy la..Kalo korang tipu amik gambar caption di rome ke, memang org percaya la..haha..Ada juga museum kecil2 dalam sini, ada bertiket ada yg free.

Agak lama gak ak di intramuros, sbb ak ni History Lover, memang banyak membaca kerja nya ak dalam sini. Wife tak minat sejarah, tapi terpaksa melayan perangai husband dia.hhuhuhu.

Dari sini kita org bergerak ke Museum yg berhampiran intramuros iaitu national museum of philiphines. Masok sini Free je. Tapi ak kurang berminat skit dekat sni sebab dia lebih kepada Art. Sesiapa yang berminat pasal Art, dipersilakan sini tempat anda. Bertingkat2 museum dia. Besar dan sangat selesa. Nak BO(bowel output) pon selesa, berpaip..bersambung ye ~~

Antara gambar-gambar di ambil sekitar intramuros



Manila Cathedral




Fort Santiago, dalam ni ada Rizal shrine

Wednesday 15 March 2017

Melancong ke Manila, Filipina


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dulu ak ingin meminta maaf jika penulisan ak ni bnyk mengunakan short form, dan kadang2 ada perkataan dlm english.

Kenapa ke filipina, ak tak tahu memang sejak menceburi dlm dunia travelling ni, dah lama dlm wish list nak ke filipina, ikot la pulau apa, mindanou ke, visaya ke luzon ke..sejak sblom kahwin sampai ke kahwin, akhirnya Alhamdulillah dpt jgk menjejak kaki ke sini.

Plan asal nya bila airasia buat final call, psal tebus tiket guna big point. Memandangkan wife ak punya big point masih bnyk lgi..suroh dia cari tiket ke filipina, asalnya nak ke boracay island..Cari2 tak jumpa tarikh yg cun, last2 jumpa manila..4 hari 3 malam..23/2 sampai 26/2 2017..tiket 280++ 2 org, pergi balik..haha..murah kot

23/2/2017 (Hari Pertama)

Flight airasia pada pukol 8.00 am, awal2 lagi trun dari umah, sbelom pkol 6, naik grab car terus ke KLIA 2.(RM 73 ringgit terbang..huhu), flight on time dan 11.45 am sampai di NAIA terminal 3. Penerbangan lebih kurang 4 jam, dan sesiapa yang tak tahan lapar sila lah pre book meal, lgi untung.



Untuk makluman semua klo nak airasia flight akan turun di terminal 3, ninoy aquino international airport atau singkatan nya NAIA ni ada 4 terminal semua nya. So pastikan la bila terbang ke manila, check terminal mana dia turun. buleh google tok thu lebih lanjut.

Imigresen filipina ok je, cepat dan pantas tak mcam sesetengah negara.hahaha.kejap je dan sampai kat ruang ketibaan..airport dia memang sibuk, ramai org pulak tu. memang x leh lawan airport kita la..RIAK..bli simkad dkat epot siap2, ak amik SMART simkad, rega 500 pesos, 1gb sehari selama 7 hari. sgt2 berbaloi.

                                                                  NAIA T3 dari luar
                                                            Siap ada signboard GRAB car

Tukaran waktu ak pergi 100 pesos = RM 9.10, nak mudah ak genapkan je dari 10 ringgit.

Ni part ak yg pling suka bila sampai airport, how to get downtown??.dah penuh dlm kitab catatan ak, nak naik apa ke downtown, mcam2 cara ada, dri yg murah sampai ke mahal.ak memang tak suka naik teksi, kalo boleh memang nak naik public transport yg lain.last2 bini cakap dia tak larat,so terpaksa mengalah dan trus grab ke tempat tinggal..sedih..kat sini pon ada GRAB tau..lgi tersusun grab dia kat sini..siap ada grab point pick up kat mana2..

Pasal penginapan di manila, terpulang la kepada bajet korang..dri backpacker ke hotel mewah. macam2 piliphan dekat sini, tempat yg famous di manila ni makati area, lebih2 lgi area makati avenue. Manila ni dia bnyk2 bahagi pada beberapa daerah kecil juga la mcam manila tu sendiri, makati, pasay, taguig, bnyk lagi.



Ak pilih airbnb, dia mcam homestay la konsep dia, buleh pilih type apa yg kita suka, bilik ke, satu rumh ke. Ak plih stay area Makati, studio type dalam 110 semalaman. Host ok dan bilik memang cantik, full furnished. Memang recomended la sesiapa nak guna airbnb sebagai tempat tinggal klo travel.

Dari balkoni bilik..Lebih kurang KL la jgk..ada bagunan tinggi, ada setinggan

Bilik airbnb


Oleh kerana dah pukul 3 ptg..tak bnyk aktiviti yg dpt buat hari ni, lepas solat, makan skit2 kluar umah jalan2 sekitar makati, pergi Greenbelt, gloriette. Untuk pengetahuan semua greenbelt gloriette.ni mall, dan agak besar, siap ad greenbelt 1,2,3,4 sama gak ngan gloriette. Sini gak ada hard rock cafe di gloriette 3. Nak sampai ke sini mudah je, berhenti di stesen Ayala.

Pasal public transport dekat sini, ada MRT dan LRT, mrt satu line dan LRT 2 line, bnyk tourist attraction sepanajng laluan ini. Harga pon murah dri LRT kita. Ada juga jeepney, mcam van kecil, konsep open air. Jeepney ni tentera Amerika punya dulu, local amik skarang wat public transport, tmbang 8 pesos. Water boat pon ada (Pasig ferry) akan susur sungai (sungai apa,nama ak tak ingt), tpi sesiapa feling nak travel cruise boleh naik benda ni, murah dah ok perkhidmatan nya. Taxi, grab dan uber merata-rata.
Map LRT/MRT manila
Ni la contoh jeepney

Lepas jalan2 dekat makati, trus naik Mrt Ayala ke rizal park, sbb nak tgok show air kat taman ni. Dri mrt ayala kena tukat stesen di taft/EDSA dan berhenti di united station avenue, Sini jalan kaki ke rizal park.

Di rizal park, mcam taman tempat local hang out.Kat sini ada di letak monumen bersejarah, mcam rizal monumen, kepala-kepala patung pahlawan filipina dulu kala, patung Lapu-lapu(pahlawan), tempat pembunuhan jose rizal, taman-taman..show air pada malam..masok sini free je

Sekitar rizal park





Psal jose rizal, sesiapa minat sejarah akan tahu sesiapa mamat ni. Mana-mana je ada patung mamat ni seantero filipina. Nanti next entry ak ad mlawat museum si rizal.

Lama gak ak ngan wife lepak sini, pusing2 taman dan menapak blik ke stesen lrt, berhenti kejap di stesen baclaran, area ni ramai muslim filipinos, nak cri makanan halal dan masjid ad area ini. Tpi kawasan ni agak kotor skit,night market kiri kanan. Lepas tu trus blik umah. Solat, makan dan tdor. Bersambung next day lak..







Tuesday 14 March 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku wujudkan blog ini atas dasar nak berkongsi pengalaman seorang pelancong(traveller), mana tahu apa yang aku share dekat sini dapat bermanfaatkan kepada anda semua.

Terima kasih.
Izzatmohamednoor