Tuesday 20 February 2018

EURO TRIP (PART 9) - Barcelona

Assalamualaikum dan Salam Sejhatera

Sambungan trip ke Eropah..


3-4/12/2017 (Ahad-Isnin

Hari ke-2 kami di Barcelona, kami keluar agak lewat lebih kurang pukul 11.30 pagi. Penangan letih semalam seharian travel non-stop. Oleh kerana rumah yang kami duduk ini dah dekat dengann Nou camp stadium, so kami ke stadium la pembuka langkah. Tidak masuk pun, hanya bergambar di perkarangan stadium dan beli beberapa cenderahati di Official Shop FC Barcelona dekat sini. Anak saudara ngan abang ipar nak masuk esok kan katanya.
Sampai je sini, mesti tringat FC Barcelona

Lepas itu, kami semua start menjelajah bandar Barcelona. Antara yang sempat pergi pada hari ini:
       
           Basilica of the Sagrada Familia- Dibina oleh antoni graudi sejak dari 1882 sampai sekarang tak siap-siap lagi..lembap betul..haha. Design church ini memang hipster habis la. Kena datang sendiri tengok. Ke sini berhenti di metro station Sagrada Familia (L2, L5)
Apa punya Church pelik

Sekitar ini bnyk org jual sauvenier, paling murah pernah jumpu


          Barcelona Mosque - Kami jalan kaki dari church tadi ke masjid. Besar masjid dia.






       Torre Agbar - Banguna apa ntah, antara satu landmark di Barcelona. Metro terdekat Glories L1



Tidak banyak pon yang kami dapat pergi hari ini, tambah-tambah pula sekitar torre ada mall, so masing-masing dah start shopping. Haha.

Sedikit pasal pergerakan manggunakan metro di sini. Untuk one way journey tiket perjalanan ialah dan dia ada tiket special nama dia T-10, sekeping tiket tapi untuk 10 trip dan tiket ini boleh dikongsi dengan orang lain. Maksudnya lepas kita guna masuk gate metro, kita boleh pass tiket untuk orang lain guna pula dan di tiket akan ditanda setiap kali masuk gate. Dan satu tiket ini berharga 10.2E.Jika ticket single 2.20E. So dapat jimat disitu.Selain itu ada juga 24 H pass, 48 H pass dan pelbagai lagi.

Hari ke-3 di Barcelona, hari terakhir di sini sebelum flight ke Lisbon, Portugal pukul 5.25 petang, so kami decide nak keluar  dulu jalan-jalan ke downtown. Anak saudara dan abang ipar pergi masuk Nou Camp Tour. Kali ini kami pergi:

      Port Vell Marina - Pelabuhan di Barcelona, tempat untuk santai-santai. Metro terdekat Barceloneta (L4)




      Gothic quarter dan Las Ramblas Street - Juga santai-santai tengok rakyat barcelona



Lepas itu, balik semula bag untuk urusan check out. Sempat makan di salah satu restoren halal di area ini. Selepas kenyang, ambil L9 terus ke airport Barcelona. Kali ini kami naik Vueling air pula. Alhamdulillah kami selamat tiba di Lisbon airport lebih kirang 9.30 malam. Sampai Portugal kena tambah lagi satu jam.Jadi  beza 8 jam dengan waktu Malaysia.






Selepas buat perhitungan, tambah tolak kami decide ambil one day pass unutk subway/bus /tram untuk 6E seorang. Line warna merah yang menyambungkan airport Portugal dengan downtown. Subway Portugal paling mudah nak fahm, line tak banyak macam tempat lain. Stesen paling dekat dengan rumah airbnb kami ialah Rato station, check in dan beradu. 

Total cost hari ini :

Bus dari airport ke Rumah airbnb : 2.20E
T-10 : 20.40E (9pax)
L-9 : 4.60E
Airbnb Barcelona : Rm1187
Airbnb Lisbon : Rm808
Metro Lisbon : 6E
Vueling air (Barcelona - Lisbon - Zurich) : Rm466

Total seorang : Rm764

Bersambung..

Saturday 17 February 2018

EURO TRIP (PART 8) - Seville

Assalamualaikum dan Salamat Sejahtea


2/12/2017 (Sabtu)

Hari ini kami semua akan ke Seville dari Cardoba dan dari Seville ke Barcelona. Semua ini dalam satu hari yang sama. Nampak kan kerja gila di situ. Haha. Awal pagi dah bangun, siap-siap untuk urusan check out dan menuju ke stesen kereta api. Sekali lagi naik Renfe train ke Seville. Sampai di Seville cari Cosignas(Coin locker) dan letak beg dahulu sebelum pergi sightseeing downtown Seville. Kali ini kena charge 10E.

Lepas letak beg, naik bas no 21, dari Santa Justa Station ke bandar. Kami berhenti area Puerta de Jerez.
Sekitar Seville



Dari sini kami menapak sahaja ke mana-mana tempat menarik di Seville. Antara tempat yang kami pergi di Seville ialah:

Cathedral and Giralda - Tempat asal masjid almohad macam biasa lepas kerajaan kristan sepanyol menang, ubahsuai jadi gereja.





Reales Alcazar - Istana raja-raja sepanyol


Plaza de Espana- Cantik plaza ini




Torre del Oro



Kami lunch di Kedai Muslim Lebanon, masyaAllah sedap sungguh makanan di sini. Alhamdulillah. Personally aku suka bandar Seville ini, ada keunikkan dia tersendiri, meriah, modern dalam masa yang sama mengekalkan identity Seville sendiri. Aku rekomenkan sesiapa pergi sini stay at least satu malam di sini, sebab kami hanya buat day trip banyak lagi tempat yang tidak dapat kami jejak.
Lunch di sini


Kebetulan ada pancaragam, layan




Sedikit pasal pergerakan di Seville - main nak ke Seville by Bus, Train dan Flight. Bus dan train akan berhenti di Santa Justa Station. Dari sini boleh beli tiket bus ke bandar, sekali naik 1.40E. Jika nak ke airport ada station yang boleh kita naik terus ke airport, salah satu station ialah di santa justa, tike one way 4E. Dalam bandar pon ada tram dan subway ye!!

Malam itu kami naik flight dari Seville Airport ke Barcelona by Ryan Air pukul 9.30pm. Sampai di Barcelona lebih kurang  pukul 11.30pm. Dari Airport Barcelona nak ke downtow ada line metro khusus iaitu no.9. Tapi L9 tidak berhenti main station Barcelona iaitu catalunya station, kena tukar L6 dan L7. Kebetulan rumah airbnb kami kami station yang berdekatan iaitu Torassa salah satu staion L9. Alhamdulillah disini. Lagi satu L9 ni bayaran dia lain dengan line metro lain, mahal sikit.
Malam itu,kira check in dan terus tidur. 

Total cost:

Tiket bas : 1.30E(ke stesen train cordoba) + 2.80(pergi balik dari main station seville ke bandar) + 4E(ke seville airport)
Total : Rm40.50
*Cost di Barcelona next entry

Bersambung...

EURO TRP (PART 7) - Cordoba


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sambungan trip ke Eropah

1/12/2017 (Jumaat)

Hari Jumaat yang berkah ini, dimulakan dengan bangun awal pagi lagi. Kali ini kami keluar sebelum subuh sebab train dari Madrid ke Cordoba pada pukul 6.20am. Kami jalan kaki ke stesen entrevies dan dari sini berhenti di Atocha station. Atocha station ini main station untuk pergi mana-mana bandar di Sepanyol. Kompeni yang urus train di Sepanyol ialah Renfe. Boleh pre book ticket via Renfe website, makin awal beli dapat special price. Jika nak murah lagi beli seat yangberempat (messa seat), seat ini dia 4orang akan duduk saling mengadap.
Macam ni la seat yang ada meja

Yang biasa dekat belakang

Tepat pukul 8.27 pagi kami tiba di stesen Cardoba. Ingat panas Cardoba sekali amik kau sejuk juga. Hahaha. Sebab sampai pagi, tidak dapat check in lagi jadi plan untuk sightseeing terlebih dahulu. Kami letak beg di stesen bas bersebelahan stesen kereta api, untuk locker besar dikenakan bayaran 10E. Dah simpan elok-elok beg dalam locker, so lets explore the city.

Di cardoba, untuk pergerakan dalam bandar banyak menggunakan Bas, setiap bas ada route dia masing-masing, jadi kena alert setiap bas menuju ke mana. Dekat sini, tiada subway atau metro ye!!Nak lebih best jalan kaki sajalah, satu-satu tempat tidak jauh pun sebenarnya.
Musim buah limau





Antara tempat yang kami pergi di Cardoba:
1
      a)Mezquita - Tempat yang paling wajib pergi jika ke Cordoba, masjid di zaman kerajaan islam andalusia dahulu sekarang telah ditukarkan kepada gereja selepas ditawan oleh raja/ratu sepanyol. Gereja masih berfungsi hingga waktu kini. Seriously tempat ini cantik, dan tengok ukiran aya-ayat suci Al-Quran di dinding dah mihrab masjid, sayu rasa.





    
      b)Roman Bridge - Bersambung dengan Calahorra Tower

Jumpa orang malaysia, travel ngan basikal. TERBAIK!!


      c)The Calahorra Tower

      d)Synagogue - Gerja untuk yahudi
S    
      Semua attraction ini dekat antara satu sama lain, dalam old quater. Jadi sila lah menapak,
Patio




Paela


Alhamdulillah sempat juga rasa makanan halal dekat sini dan dapat solat di Musolla berhampiran. Lepas selesai semua urusan, kami jalan kaki patah balik ke stesen kereta api untuk ambil beg dan Naik bas no.6 untuk urusan check in rumah Airbnb. Area rumah airbnb kami pun ada 2 kedai kebab halal. Makan lagi. Haha

Pada malam itu, aku dan wife sekali lagi pergi ke Mezquita untuk tengok Masjid kebanggaan Umat Islam Kerajaan Islam Sepanyol dulu kala. Malam lagi cantik rupanyer.
Suasana malam




Bersambung...

Total cost
Tiket train(madrid - cordoba - seville) : Rm211
Tiket Bas : 1.3E x 2 = 2.6E (Rm13)
Rumah airbnb: Rm67

Total = Rm291