Saturday 17 February 2018

EURO TRIP (PART 8) - Seville

Assalamualaikum dan Salamat Sejahtea


2/12/2017 (Sabtu)

Hari ini kami semua akan ke Seville dari Cardoba dan dari Seville ke Barcelona. Semua ini dalam satu hari yang sama. Nampak kan kerja gila di situ. Haha. Awal pagi dah bangun, siap-siap untuk urusan check out dan menuju ke stesen kereta api. Sekali lagi naik Renfe train ke Seville. Sampai di Seville cari Cosignas(Coin locker) dan letak beg dahulu sebelum pergi sightseeing downtown Seville. Kali ini kena charge 10E.

Lepas letak beg, naik bas no 21, dari Santa Justa Station ke bandar. Kami berhenti area Puerta de Jerez.
Sekitar Seville



Dari sini kami menapak sahaja ke mana-mana tempat menarik di Seville. Antara tempat yang kami pergi di Seville ialah:

Cathedral and Giralda - Tempat asal masjid almohad macam biasa lepas kerajaan kristan sepanyol menang, ubahsuai jadi gereja.





Reales Alcazar - Istana raja-raja sepanyol


Plaza de Espana- Cantik plaza ini




Torre del Oro



Kami lunch di Kedai Muslim Lebanon, masyaAllah sedap sungguh makanan di sini. Alhamdulillah. Personally aku suka bandar Seville ini, ada keunikkan dia tersendiri, meriah, modern dalam masa yang sama mengekalkan identity Seville sendiri. Aku rekomenkan sesiapa pergi sini stay at least satu malam di sini, sebab kami hanya buat day trip banyak lagi tempat yang tidak dapat kami jejak.
Lunch di sini


Kebetulan ada pancaragam, layan




Sedikit pasal pergerakan di Seville - main nak ke Seville by Bus, Train dan Flight. Bus dan train akan berhenti di Santa Justa Station. Dari sini boleh beli tiket bus ke bandar, sekali naik 1.40E. Jika nak ke airport ada station yang boleh kita naik terus ke airport, salah satu station ialah di santa justa, tike one way 4E. Dalam bandar pon ada tram dan subway ye!!

Malam itu kami naik flight dari Seville Airport ke Barcelona by Ryan Air pukul 9.30pm. Sampai di Barcelona lebih kurang  pukul 11.30pm. Dari Airport Barcelona nak ke downtow ada line metro khusus iaitu no.9. Tapi L9 tidak berhenti main station Barcelona iaitu catalunya station, kena tukar L6 dan L7. Kebetulan rumah airbnb kami kami station yang berdekatan iaitu Torassa salah satu staion L9. Alhamdulillah disini. Lagi satu L9 ni bayaran dia lain dengan line metro lain, mahal sikit.
Malam itu,kira check in dan terus tidur. 

Total cost:

Tiket bas : 1.30E(ke stesen train cordoba) + 2.80(pergi balik dari main station seville ke bandar) + 4E(ke seville airport)
Total : Rm40.50
*Cost di Barcelona next entry

Bersambung...

No comments:

Post a Comment