Saturday 17 February 2018

EURO TRP (PART 7) - Cordoba


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sambungan trip ke Eropah

1/12/2017 (Jumaat)

Hari Jumaat yang berkah ini, dimulakan dengan bangun awal pagi lagi. Kali ini kami keluar sebelum subuh sebab train dari Madrid ke Cordoba pada pukul 6.20am. Kami jalan kaki ke stesen entrevies dan dari sini berhenti di Atocha station. Atocha station ini main station untuk pergi mana-mana bandar di Sepanyol. Kompeni yang urus train di Sepanyol ialah Renfe. Boleh pre book ticket via Renfe website, makin awal beli dapat special price. Jika nak murah lagi beli seat yangberempat (messa seat), seat ini dia 4orang akan duduk saling mengadap.
Macam ni la seat yang ada meja

Yang biasa dekat belakang

Tepat pukul 8.27 pagi kami tiba di stesen Cardoba. Ingat panas Cardoba sekali amik kau sejuk juga. Hahaha. Sebab sampai pagi, tidak dapat check in lagi jadi plan untuk sightseeing terlebih dahulu. Kami letak beg di stesen bas bersebelahan stesen kereta api, untuk locker besar dikenakan bayaran 10E. Dah simpan elok-elok beg dalam locker, so lets explore the city.

Di cardoba, untuk pergerakan dalam bandar banyak menggunakan Bas, setiap bas ada route dia masing-masing, jadi kena alert setiap bas menuju ke mana. Dekat sini, tiada subway atau metro ye!!Nak lebih best jalan kaki sajalah, satu-satu tempat tidak jauh pun sebenarnya.
Musim buah limau





Antara tempat yang kami pergi di Cardoba:
1
      a)Mezquita - Tempat yang paling wajib pergi jika ke Cordoba, masjid di zaman kerajaan islam andalusia dahulu sekarang telah ditukarkan kepada gereja selepas ditawan oleh raja/ratu sepanyol. Gereja masih berfungsi hingga waktu kini. Seriously tempat ini cantik, dan tengok ukiran aya-ayat suci Al-Quran di dinding dah mihrab masjid, sayu rasa.





    
      b)Roman Bridge - Bersambung dengan Calahorra Tower

Jumpa orang malaysia, travel ngan basikal. TERBAIK!!


      c)The Calahorra Tower

      d)Synagogue - Gerja untuk yahudi
S    
      Semua attraction ini dekat antara satu sama lain, dalam old quater. Jadi sila lah menapak,
Patio




Paela


Alhamdulillah sempat juga rasa makanan halal dekat sini dan dapat solat di Musolla berhampiran. Lepas selesai semua urusan, kami jalan kaki patah balik ke stesen kereta api untuk ambil beg dan Naik bas no.6 untuk urusan check in rumah Airbnb. Area rumah airbnb kami pun ada 2 kedai kebab halal. Makan lagi. Haha

Pada malam itu, aku dan wife sekali lagi pergi ke Mezquita untuk tengok Masjid kebanggaan Umat Islam Kerajaan Islam Sepanyol dulu kala. Malam lagi cantik rupanyer.
Suasana malam




Bersambung...

Total cost
Tiket train(madrid - cordoba - seville) : Rm211
Tiket Bas : 1.3E x 2 = 2.6E (Rm13)
Rumah airbnb: Rm67

Total = Rm291

No comments:

Post a Comment