Saturday 3 February 2018

EURO TRP (PART 5) - Madrid

29/11/2017 (Rabu)

Awal pagi lagi kami semua check out dari rumah, sebab pada hari ini flight kami dari Brussels ke Madrid by Europa Air jam 10.55pagi. Keluar sahaja rumah, salji mula turun tapi tak lebat pun, yang tak pernah rasa dan tengok salji LIVE mula excited. Bagi peluang, hehehe!!

Dari rumah kami jalan ke Nord Station, dari Nord station kami ke Brussels Airport. Make sure pastikan airport mana yang dituju sebab selain Brussels airport ada juga Brussels Charleroi airport. Dua-dua ini lain tempat ye. Dari stesen Nord ke Brussels airport tiket one way harga ialah 8.80E, berhenti di stesen Brussels Airport-Zavantem.

Penerbangan kami berjalan dengan lancar dan lebih kurang pukul 1 petang kami sampai di Madrid-Barajas International Airport. Dari airport dah ada  line train dan metro nya tersendiri dan dari sini boleh reach mana-mana destinasi di bandar Madrid. Train by renfe(Cercanias Madrid) line 1 manakala untuk line metro ialah line 8. Di sini kami decide beli 2 days pass di Zone A madrid dan pass ini cover untuk train dan metro. Basically dengan pass di Zone A ini dah dapat cover semua tempat-tempat menarik di sini. Untuk 2 days pass ini seorang dikenakan bayaran 14.40E.

Rumah airbnb kami di area Calle De Cabestresos, metro terdekat ialah La Latina(L5), Lavapies(L3) dan Tirso De Molina(L1). Rumah kami sewa ini bersebelahan je dengan Masjid orang Senegal, dan ada beberapa kedai Halal yang berhampiran malah carefour 24 jam pun ada berdekatan. Sempat juga la kami berjemaah di masjid ini. Alhamdulillah.

Lepas rehat sekejap, plan nak keluar pusing-pusing bandar Madrid, tak banyak yang dapat kami pergi pada hari itu, memandangkan keluar pun hampir dah nak gelap. Antara tempat yang kami pergi pada hari itu:

1) Plaza de Colon - Di sini terdapat bendera Sepanyol terbesar dan monument christopher colombus. Hard Rock Cafe Madrid pon dok area sini juga. Nak ke sini kena stop di station metro Colon. Sejuk sangat waktu kami sampai di sini.







2) San gines Chocolatier - Di katakan Churros tersedap di Sepanyol dan memang sedap churros nya cicah pula dengan coklat panas dan makan waktu cuaca sejuk. Terbaik. Nak ke sini boleh stop di station metro Opera atau Sol dan jalan ke sini. Area ini meriah banyak kedai dan kedau sauvenier pon banyak
Churros Time
Selepas kenyang melayan Churros dan Poras balik rumah untuk beradu, simpan tenaga untuk keesokaan harinya pula.


Kos
Train ke airport Brussels : 8.80E seorang
Fight Europa Air : 61 E
2days Pass: 14.4E
AirBnb: rm88 seorang

Total : rm509

Besambung

No comments:

Post a Comment