Sunday 2 June 2019

Ke INDIA lagi - Kochi, Kerala

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Trip 2019 pertama yang aku tulis di dalam blog selepas lama bersawang, huhu. (Padahal trip ini trip yang ke-3 tahun ini). Kali ini aku akan menceritakan perjalanan aku ke bumi India lagi, tetapi kali ini aku ke Kochi, Kerala. Datang mood nak cerita pasal kochi terlebih dahulu. Hehehe. Kali ini trip solo ke sini sebab bini tidak mahu ikut sebab serik dah ke India katanya. Solo pon solo la. Hahaha

Trip ini tidak dirancang pun, tiba-tiba beli tiket ke Kochi sebab Malaysia Airlines buka laluan baru ke sini. Dengan harga yang sangat mengancam, lepas tu visa ke India valid lagi, apa lagi terus book untuk seorang ke sini. Total harga tiket ke sini ialah RM299 pergi balik. MURAH!!!. Sebab ini trip tidak dirancang, jadi tiada itineary, aku hanya booking homestay di airbnb seminggu sebelum ke sini. Aku memilih fort kochi area sebagai base.
MH0108
Satu beg ini je bawa. Hehe


Hari Pertama (04/04/2019) Jumaat

Hari yang sangat kalut, malas aku nak cerita, tapi aku sampai airport jam 10 malam, flight ke kochi pada 10.40 malam. haha. Memang kalut abis la, cepat-cepat ke kaunter check in, ambil boarding pass, ke kaunter roaming man sewa portable wifi di sini (RM45 untuk 3 hari). Sampai di gate 10.20pm, orang tengah beratur masuk kapal terbang, Alhamdulillah sempat. Flight MH108 tepat berlepas pada waktunya dan aku tiba lebih kurang 12.15 am waktu kochi (Kena tolak 2 jam 30 minit dari jam Malaysia). Urusan imigresen pantas mungkin tiada orang waktu pagi-pagi gini. Airport kochi lawa, baru dan bersih sangat.

Sedap, makanan Malaysia semakin improve

The Airport


Interior

Interior
Sebab dah malam aku naik OLA cabs (macam grab dekat Malaysia) ke homestay, hangus 820 rupee. Rupa-rupa airport kochi jauh juga dengan downtown, so sila timing masa betul-betul mahu ke airport. Lebih kurang sejam juga nak ke homestay aku iaitu di area Fort Kochi. Sampai di homestay check in dan terus tidur. Subuh di sini jam 5.10 pagi, bangun solat subuh terus tido balik. Sebab tiada itineary kan. hahaha
Bilik

Ruang tamu
Tempat pertama di Kochi pergi ialah cari breakfast dulu, aku breakfast di Zam-zam restaurant. Menapak sikit ke sini. Alhamdulillah sedap roti canai dan kari ayam nya. Kena 140 rupees. Lepas kenyang terus ke kawasan ikonik kochi iaitu area chinesse giant net. Cara tradisional menangkap ikan yang diperkenalkan oleh pedagang cina pada masa dahulu. Sedikit tentang Kochi, Kochi merupakan bandar pelabuhan dan menjadi singgahan pedagang-pedagang arab, cina sebelum jatuh ke tangan Portugis, Belanda dan British. Sebiji sama dengan sejarah Melaka. Sebab itu kochi unik dari tempat-tempat lain di India.
Sarapan
Suasana dalam kedai
Hari ini hari jumaat, jadi aku join solat jumaat di masjid berdekatan, amik kau khutbah dalam bahasa Malayalam. Dengar je la, haha. Lepas itu pergi stesen bas Fort Kochi, ambil bas ke Lulu Mall (20 rupee), mall paling besar di Kochi, area Edapally. Boleh tahan juga besar mall dia, kedai-kedai pun banyak, kedai makan di food court dia mostly halal. Terbeli masala bites di chicking dan mengopi di Costa. Heaven. Pusing-pusing dalam mall ternampak passway ke metro, la ada metro rupanya kochi ini, maju sungguh, terus plan pulang ke Fort Kochi dengan metro. Jadi, naik metro di Edapally trun di stesen terakhir Maharaja's college(30 rupees) dan dari sini naik bas ke Fort Kochi(10 rupees). Sampai Fort Kochi terus balik homestay untuk rehat-rehat.

China Giant fish market

Lawa

Lupa nak ambil gambar masjid, papan tanda je.

Bas ke Lulu Mall

Sebelum penuh

Amik kau!!

Tiket MRT



Lawa MRT dia, Klassik

Lengang

Maghrib dan Isyak aku berjemaah di masjid berhampiran, serius aku cakap masjid dekat sini sangat banyak, sama banyak denga gereja dan masjid dia besar-besar dan sangat bersih jika nak berbanding masjid di Delhi, Agra dah la full aircond pula tu. Hahaha. Lepas solat aku ke Princess street, jalan-jalan tengok kehidupan rakyat Kochi dan lepak kejap di taman berhampiran sebelum pulang semula ke homestay. Sampai homestay, research sikit nak pergi mana ke esokkan harinya dan terus terlena.
Princes Streer

Kedai kiri kanan jalan


Kedai makan

Bersambung..

Thursday 21 March 2019

Melancong ke India (Part 4) - Jaipur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Welcome to Jaipur
Bahagian terakhir perjalanan aku dan isteri ke bumi India. Tempat terakhir yang kami singgah sebelum balik ke Malaysia ialah Jaipur. Bandar yang diberi jolokan pink city dan merupakan ibu negeri negara Rajasthan. Sebagaimana yang aku cerita sebelum ini aku ke sini menaiki kereta api dari Agra.

Lebih kurang 7 malam aku dan isteri sampai di stesen kereta api Jaipur. Oleh sebab peginapan yang aku booking dekat sahaja dengan stesen, jadi kami jalan kaki sahaja ke sini. Hotel yang kami menginap pada malam ini ialah Hotel H R Palace. Cantik hotel nya dengan ada view dari rooftop, bilik pon besar dan ada beranda. Cuaca pada malam itu pon boleh tahan sejuknya. Dinner kami pada malam tu dekat restoren rooftop milik hotel. Sedapnya kacang dhal dia. Masih teringat lagi kesedapan dhal tersebut.
Katil dalam bilik yang disewa

TV

Tandas

Tea dia sedap nya!!
Keesokannya, hari terakhir kami di India dan kami ada satu hari untuk jalan-jalan sekitar Jaipur sebelum berangkat pulang ke Malaysia pada waktu malam. Tidak banyak yang kami sempat singgah di Jaipur memandangkan syndrome last day menyerang kami. Hahahaha.
Sekitar Jaipur

Kedai-kedai tepi jalan

Pak cik ni jual duit lama kot
Kami hanya sempat pergi hawa mahal dan pusing-pusing sekitarnya sahaja. Hawa mahal merupakan tempat wajib pelancong kena singgah jika datang di Jaipur. Dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Mahai Pratap Singh. Dibina seakan-akan sarang lebah setinggi 5 tingkat. Bangunan ini unik sebab dia berwarna pink dan penuh dengan tingkap-tingkap kecil untuk mebolehkan princess-princess dulu untuk lihat rakyat jelata dari tingkap tersebut.
Dari belakang

Dari atas

Tingkap-tingkap

View dari tingkap

Dari depan
Lepas Hawa Mahal kami jalan-jalan sekitar kawasan ini. Kedai souvenier juga nampak banyak sekitar ini. Sekarang ni Jaipur dalam proses nak extension dia punya LRT line, jadi memang berdebu yang sangat teruk. Huhu. Tak tahan dengan debu kami naik ola ke Pink Square Mall. Pusing-pusing dalam mall walaupon tak besar mana pon mall ni.
Masjid

Pekena Teh dulu
Lebih kurang  nak senja kami balik semula ke hotel untuk pick up beg dan makan dinner terakhir di bumi India di restoren rooftop hotel tersebut. Sedapnya vegetable beriyani nya. Haha. Dah kenyang ambil ola terus ke Jaipur international Airport. Rindu Malaysia tapi serius aku tak puas di India, meronta-ronta lagi nak ke sini, wife memang give up dah tak nak datang ke India lagi.
Last view di India

Boarding pass akan jadi gini selepas pelbagai inspection

See you again, INDIA
Terima kasih yang membaca perjalanan aku dab isteri ke bumi India. See you again India, Soon. Really soon. Hahaa




Tuesday 5 March 2019

Melancong ke India (Part 3) - Agra

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berbalik kepada trip aku dan isteri di India. Jadi destinasi kami yang seterusnya ialah Agra. Apa yang ada di Agra, semestinya ikon negara India dan salah satu perkara ajaib di dunia iaitu Taj Mahal. Benda wajib yang kena melawat jika ke India. Biasanya pelancong akan amik route Delhi-Agra-Jaipur (segitiga emas).

Agra Fort

Agra ini terletak di negeri Uttar Pradesh, kira-kira 200km lebih dari New Delhi. Perjalanan lebih kurang 3 jam ke sini. Pelbagai cara macam mana nak sampai ke sini dari Delhi, yang popular nya ialah dengan kereta api atau kereta. Aku ke sini menaiki kereta api di mana tiket ak sudah beli di ITB mula-mula sampai di New Delhi.
Tiket ke Agra
Aku beli tiket jam 6 pagi dari New Delhi Railway Station ke Agra cantonment, nama train dia Bhopal Shabtdi. Train on time, seat dia biasa sahaja dan agak selesa. Siap bagi breakfast lagi. Hehe. Lebih kurang jam 8 pagi sampai di stesen agra cantonment. Sampai agra aku terus book OLA ke hotel Atulya, penginapan kami pada malam ini.
Shatabdi Express

Dalam kereta api

Sarapan pagi
Selepas check in, destinasi pertama kami ialah ke Agra Fort. Agra fort sekali tengok seperti Red fort di delhi cuma skala lagi kecil. Dibina oleh pemerintah mughal, bernama Akhbar. Taj Mahal betul-betul dibina disebelah Agra fort, jadi dari sini kita boleh tengok Taj Mahal cuma waktu aku pergi tu berkabus, view tak lawa. Dalam agra fort pula terdapat pelbagai monument, aku tak ambil tour guide so tak tahu info monument ini dibina untuk apa. Huhu. Bayaran ke sini ialah 600 rupees.
Hotel Atulya
Bilik

Tiket masuk Agra Fort

Pintu masuk  utama

Sistem perparitan untuk defend kota

Salah satu monumen dalam ini


Kolam

Amik kau Selfie. Haha
Selepas agra fort kami lunch di Karim's restaurant(cawangan) induk dia di New Delhi. Sesiapa yang datang ke agra, sila makan di sini, sememangnya berbaloi lebih-lebih lagi ayam goreng dia. Sampai 2 kali kami ke sini.
Menu

1st day lunch

2nd day lunch

Pada sebelah petang, kami ke Kinara Bazar, tiada apa yang menarik di sini dan barang jualan pula macam nak scam pelancong. So kami tak lama di sini terus keluar ke TDI mall. Mall pon sama tiada benda yang menarik just untuk habiskan masa boleh la.
Lorong market


Tandas awam

Dinner
Hari ke-2 di Agra, selepas breakfast kami menuju ke Taj Mahal, opening hours untuk melawat Taj Mahal ialah 30 minit sebelum sunrise dan 30 minit sebelum sunset. Ada juga dibuka malam, iaitu pada bulan penuh setiap bulan. Bayaran masuk ke sini ialah 1300 rupee, memang mahal termasuk air mineral dan sarung kasut. Discounted 50 rupee jika cashless transaksi. Untuk pengetahuan semua hari Jumaat tutup ye, dikhaskan untuk umat islam India menunaikan solat jumaat di sini.
Kaunter tiket

Dapat air mineral dengan sarung kasut
Untuk ke sini ada 2 entry, so boleh pilih pintu masuk yang dekat dengan penginapan kita, macam aku dekat dengan pintu timur. Dekat-dekat dengan pintu masuk banyak kedai-kedai yang jual souvenier, so boleh menyinggah di sini untuk beli cenderahati seperti keychain, fridge magnet dan baju.

Taj Mahal dibina oleh Raja Shah Jehan untuk meperingati kematian isteriya Mumtaz yang mati ketika melahirkan anak. Betapa sayangnya dia kepada isterinya ini dibina satu tempat yang sangat gah ini. Kota Taj Mahal ini dibina simentri, seimbang kiri kanan dan depan belakang. Binaanya, hiasannya, ukirannya memang mengagumkan dan memang patut masuk antara 7 binaan yang ajaib di dunia. Untuk lebih faham tentang sejarah dan senibina Taj Mahal, sila ambil tour guide. Recomended.
Pintu utama

Kabus + Jerebu

Lawa view belakang itu

Masjid

Another view

View lain
Selepas melawat Taj Mahal, kami check out dan bersiap sedia ke Agra Fort station untuk naik kereta api ke destinasi seterusnya iaitu Jaipur. Area Agra station ini ada Jama Masjid, so boleh la nak melawat ke masjid ini, atau solat di sini. Train ke Jaipur akan betolak pada 2.50 pm dan dijangka tiba di Jaipur pada jam 7 malam.
Masjid Jama Agra

View dari stesen kereta api

Train ke Jaipur

Tempat basuh muka.hehe

Next Pakistan??

Bersambung...