Wednesday 26 July 2017

Melancong ke Ho Chi Minh City (Trip Throwback)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ini aku ingin berkongsi sedikit trip “Throwback” pada awal tahun ini, iaitu ke Ho chi Minh City. Trip kali ini aku pergi bersama kawan aku Payek, kawan baik sejak dari Sekolah Menengah lagi. Asal trip ini sebenarnya nak pergi berempat, semua nya satu kelas waktu sekolah, tapi apakan daya 2 orang lagi kawan aku tu, kerajaan Malaysia tak bagi dia orang keluar.haha. Faham-faham sendiri la.

Kenapa pilih Ho Chi Minh, sebab waktu tu MAS buat promosi dan nak buat short trip negara yang dekat dengan rakan-rakan sekolah.  Trip ini tak lama pun, 4 hari 3 malam. Cerita dekat sini pon ringkas-ringkas sahaja maklumlah dah lama trip ini.
Last guna passport ini..lepas 5 tahun berjasa..haha

Hari yang dijanjikan, kami bertemu di airport KLIA, flight MH766 ke HCM city dijadualkan berlepas pada pukul 5.10 petang.  Seperti biasa penerbangan dengan Malaysia Airlines berjalan dengan lancar dan kami tiba Thang So Nhat international airport pada pukul 6.05petang. Di sini masa  dia lewat satu jam dengan kita. Keluar dari Airport terus pergi tempat naik bas, landmark nya keluar airport amik kiri akan nampak kiosk Burger King, seberang jalan dan disitu boleh ambil bas ke downtown HCM city (Ben Thanh market).  Harga tiket yang dikenakan 20K dong untuk satu trip. Bas ini betul-betul akan berhenti di hentian bas dekat Ben Thanh market.
Flight MAS..Cukop muat2 je..

Atas bas ke Ben thanh

1st night di HCM city

Katanya sama ngan menara TM di Malaysia
Sepanjang di HCM city, tempat tinggal kami tempah melalui airbnb di area district 4, RM 236 untuk 3 malam untuk satu bilik. Host dia sangat sporting dan mudah nak minta tolong. Nak ke sini lebih kurang 10 minit jalan kaki dari ben thanh market. Dok sini luar kawasan tourist dan lebih kepada suasana local Vietnam.

Malam tu juga kami keluar kejap ke ben thanh market dan area kawasan malam sekitar ben thanh market. Tidak beli apa-apa pun just pusing-pusing survey harga dulu. Malam itu kami makan malam di Halal Amin. Ya Allah sedap nya pho daging.haha. Memang recommended la makan di sini. Harga pun sangat-sangat berpatutan. Kami juga menempah pakej ke Mekong river cruise dengan anak tokey Halal Amin tu, kak Sakinah untuk ke esok kan hari nya.
Pho daging dekat halal amin,,Sedapnya

Plus kopi kaw..terus ke syurga rasa

Hari ke-2 kami di sini, seawal 8 pagi lagi telah terpacak di depan kedai Halal Amin nak ke Mekong River Cruise. 8 orang semua nya termasuk kami. Pengangkutan yang digunakan ialah van. Sepanjang perjalanan tour guide akan bercerita sedikit pasal HCM city dan tempat yang nak kami tujui. Separuh perjalan van akan berhenti di satu tempat untuk pelancong-pelancong macam kami ini untuk ke tandas ke, minum air ke nak habiskan dong ke sebab dekat sini juga ada jual souvenier. Selepas itu, perjalanan di sambung semula ke Sungai Mekong.
Ni la van ke Mekong Cruise
 Sampai di jeti Sungai Mekong , kami naik bot pula untuk meneruskan misi menyusuri Sungai Mekong ni. Destinasi pertama ialah kilang membuat gula-gula kelapa, di sini kita diajar bagaimana gula-gula dari kelapa ini diproses. Banyak tester diberi disini so perut kenyang, haha. Lepas itu, dari sini kami naik kereta kuda dalam 10 minit, jalan-jalan pusing kampong sampai la ke satu jeti kecil.
Dari sini naik pula sampan yang dikayuh oleh makcik-makcik, kali ini menyusuri sungai kecil untuk ke bot besar yang tinggal di kilang gula-gula tadi. Walapon makcik ni dah dibayar, tapi tetap minta tips dari kita orang. Takpe la niat sedekah.haha. 
Bot yang bawa sepanjang cruise ni

Naik kereta kuda

Naik perahu kecil yang guna tenaga kayuhan makcik2
Naik je bot, dapat buah kelapa sebiji seorang untuk lepaskan dahaga dan perjalanan diteruskan untuk makan tengah hari di restoren halal yang terdekat. Alhamdulillah sedap juga makanan di sini, nak solat pon boleh disini, pihak restoren ada sediakan surau. Dari restoren ini kami berjalan kaki pula sekitar ini untuk singgah kedai buah-buahan. Di sini kami pula dihidangkan dengan potongan pelbagai jenis buah-buahan sambil mereka memperdengarkan lagu rakyat mereka. Sekali lagi disini mereka akan minta tips, hahhaha. Dok sini jangan harap nak lepas dari tips mengetips ni.hahaha.
Nah air nyo!!

ngan ular

Dijamu buah-buahan tempatan

Orkestra dah start
Lepas itu, kami naik balik atas bot pergi ke destimasi terakhir iaitu ke tempat pembiakan lebah pula. Di sini macam biasa la, kita boleh tengok koloni-koloni lebah, nak rasa madu fresh malah nak pegang ular sawa pon boleh. Disini merupakan tempat terakhir untuk trip cruise Sungai Mekong ini dan dari sini kami naik bot kembali dan patah balik ke jeti yang mula-mula sampai tadi. Lepas itu, perjalanan balik ke HCM city dengan menggunakan van yang sama.

Yen and Lebah
Sampai di HCM city terus balik ke rumah, rehat kejap letih katanya.haha.  Sampai rumah, si Antonio host rumah airbnb bagi simkad, dah request awal-awal dengan dia pasal simkad ini. Request juga dengan dia nak sewa motorsikal untuk baki hari di sini, so perjalanan kami lepas ini banyak guna motor untuk jalan-jalan. Best bawa motor di HCM ini, pengalaman yang baru, faham-faham sendiri la banyak mana motor di bandar ini, hon sana-sini, menyelit sana-sini. Haha. 

Dah dapat motor, apa lagi, destinasi pertama kita orang pergi solat maghrib di Masjid Musulman, Alhamdulillah dapat berjemaah di sini. Lepas solat, kami pergi ke Lotte mart,lepak dekat sini sama naik dengan orang local. Haha. Malam itu sempat juga tengok cinema di mall itu. Lepas layan movie terus ke Malaysian street, makan malam di Musa restoren. Lepas itu, pusing-pusing area ben thanh kejap dan balik ke rumah. Esok pagi dah amik pakej dengan bismillah travel untuk ke chu chi tunnel pula.
Naik moto!!

Pergi Lotte mart..Bukan korea je ada benda ni

Springroll di vietnam, xleh sebut popia nanti kena claim

Yek and Moto

Post Office

HCM statue, popular dia ni
Keesokannya, awal pagi dah tercegat di bismillah travel agency untuk ke chu chi tunnel. Naik van juga kali ini, lupa pula berapa lama perjalanan ke sini, tengok-tengok dah sampai di chu chi tunnel. Aku kalau pasal sejarah ini, memang feveret la, memang lawatan kali ini bagi aku antara lawatan yang sangat menarik la. Lebih-lebih lagi dapar merasa terowong yang sempit itu. BEST. Banyak juga info yang dapat hasil lawatan ke sini. Selepas habis lawatan, van akan terus balik ke HCM city.






* Tak nak komen lebih pasal Vietnam War ni, kena baca kedua-dua belah pihak baru kita boleh buat pertimbangan,hehe

Sampai je di HCM city, kami makan tengah hari di Halal amin dan lepas itu kami balik bilik untuk berehat. Lepas solat maghrib, kami keluar dengan motor ke hard rock cafĂ© dulu. Sembat apa yang patot dekat sini. Haha. Lepas itu kami pergi shopping  di sekitar pasar malam dan Malaysian street. Ada la beli beberapa barang untuk keguanaan sendiri dan bagi dekat orang. Lepas itu kami lepak kejap di area post office area sebelum pulang, di sini juga ada Ho chi Minh statue dan dataran untuk penduduk tempatan lepak dan santai di sini.
HRC HCM city

Gereja



Jumpa artis, local yang fluent Bahasa Malaysia

Hari last di sini, dalam jam 8 pagi dah keluar nak menuju ke war remnant museum. Sampai di sini, banyak betul info pasal peperangan yang dipamerkan di sini, bermula perang dengan perancis sehingga lah perang dengan Amerika. Memang best dekat sini, history lover you can not miss this place. RECOMMENDED. Haha. Dalam 2 jam juga la aku habis dekat sini. Puas hati rasanya. Lepas itu, kami balik semula ke ben thanh market untuk last minute shopping katanya. Aku layankan je kawan aku ni, dia nak beli kain meter untuk majlis perkahwinan adik dia nanti.
War remnant museum

Please Jollibee come to Malaysia
Nak jadikan cerita waktu tengah syok mencari kain tu, kawan aku baru perasan yang passpot nya telah hilang. Memang mengelabah habis la waktu tu, dah la flight balik ke Malaysia petang tu dah. Yang dia ingat last dia tengok passport tu di War Museum tadi, tanpa fikir panjang terus la kami ke War Museum tadi, Alhamdulillah ada hamba Allah yang terjumpa passport dia dan serahkan kepada guard di situ. Fuhh, boleh tarik nafas lega dan boleh teruskan misi mencari kain.haha.


Lepas diyakini semua barang yang mahu dibeli sudah dibeli, terus balik ke rumah untuk kemas-kemas. Lepas urusan check out, kami tempah grab car untuk ke airport. Lepas urusan check in semua, sempat juga kami mengopi di Highlander coffee dekat situ, nak habiskan dong yang masih ada. Tepat jam 6.55 pm, flight MH767 dari Thang So Nhat selamat berlepas dan tiba di KLIA jam 9.50pm. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik untuk trip kami kali ini.
Pak cik ni la bagi sewa moto dia

Last ngopi

Di Tan SOn Nhat airport HCM city

KLIA, Malaysia

Saturday 1 July 2017

Mengejar Sakura di Negara Matahari Terbit (Bahagian Akhir)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Akhirnya, bahagian terakhir penceritaan pengembaraan aku dan isteri di Negara Jepun dapat disiapkan juga. Dekat sebulan juga baru siap ni.haha

27-28/5/2017 (Sabtu-Ahad)

Hari ini merupakan hari ke-2 last di bumi samurai ini. Esoknya jam 9.30 pagi penerbangan pulang ke Malaysia, so dah plan awal-awal hari ini nak all out shopping. Rakyat Malaysia tidak boleh lari dengan istilah shopping ini.haha. Padahal barang dekat sini mahal kot.

Hari ini hari paling lewat keluar dari rumah sepanjang dok Jepun ini, dalam pukul 10 pagi keluar dan hari ini merupakan hari pertama ramadhan. Misi utama nak mencari Tefal yang magic hand tu la, oleh sebab itu kedai don quijote(donki) menjadi pilihan hati. Sepanjang berada di Jepun ini, dah banyak don quijote yang kami singgah, di Sapporo, Kanazawa dan di Osaka. Apa yang kami perhatikan harga di setiap donki ini berbeza. Kami tidak beli pon awal-awal sebab nak memikul sepanjang journey memang tak la.

Antara yang dibeli
Jadi kami mengharapkan harga di donki area Tokyo murah lagi tapi sangkaan kami meleset donki di Osaka paling murah untuk periuk Tefal tu, dalam 1000 yen juga la murahnya. Tidak silap kami singgah di 4 kedai donki sekitar Tokyo malah kami pergi juga donki di Yokohama masih tidak dapat harga di Osaka. Dak tiada rezeki.haha.
Shinjuku

Godzilla

Robot cafe
Donki di Yokohama, heaven nya tidak ramai orang, jadi kami amik peluang beli coklat dan jajan dekat situ. Lepas balik dari Yokohama singgah pula donki di Shibuya untuk beli Tefal lak. Untuk pengetahuan semua, sila bawa passport waktu berbelanja di sini, boleh dapat Tax free. Untung taw!!. Sempat singgah solat di Shibuya Mussolla, di tingkat 11 dalam bangunan Noa Dougenzaka.
G-shock lagi
Singgah jap di Big Camera Shinjuku, rembat 2 utas g-shock lagi.haha. Sedang asyik-asyik shopping tidak sedar waktu berbuka dah hampir, so terus pergi area shin-okubo dan kami berbuka puasa di restoren merah putih. Alhamdulillah sedap juga makanan dekat sini tapi harga dia agak mahal la sikit. Lepas kenyang, kami amik keputusan nak balik rumah, nak letak barang rembatan pada hari ini, dan plan lepas solat dan terawih keluar pula untuk pusing-pusing tokyo lagi.
Berbuka puasa di Merah Putih Restoren
Dalam pukul 10, kami keluar balik dan destinasi kali ini masih di Shinjuku. Keluar je dari stesen Shinjuku, jalan-jalan sekitar kabukicho area, seperti biasa area ini masih happening dan kedai-kedai ada yang masih buka walaupon dah agak malam. Masuk kedai 100 yen, starbuck dan donki lagi, nak habiskan sisa yen yang tertinggal.haha. Memang puas hati la shopping pada hari ini, lebih-lebih my wife dapat apa yang dia inginkan.
Ketam

Last night
Sebenarnya kita orang risau sebenarnya sebab hari ini hari last JR pass ini laku, sebab lepas pukol 12 dah tak boleh guna JR pass ni, tapi malam tu kami buat bebal lalu je gate train walaupon dah lebih pukul 12. Nasib baik tak kena tahan.haha. Sorry JR. Lain kali tak buat lagi. Sampai di Oji station singgah family mart untuk terakhir kali, beli makanan untuk sahur pada hari itu. Balik rumah, Ya Allah letihnya, nak kena kemas lagi dahtu awal pagi dah kena gerak sebab flight 9.30 pagi.

Lebih kurang 6 pagi, kami gerak keluar dari rumah, dan dari Oji ke Nippori station dan dari Nippori naik limited express Keisei line terus ke Narita International Airport terminal 1. Sebelum pukul 8 pagi dah sampai airport, selepas check in ambil peluang pusing-pusing dalam airport jap, memandangkan baki yen masih ada ini. Sempat juga beli baju uniqlo dekat sini.haha

Keisei Line

Narita

International

Airport
Dapat priority skyteam dari Vietnam airlines, so boleh skip orang beratur untuk urusan borading dan imigresen, rezeki betul la puasa-puasa ini. Kat dalam pon masih banyak lagi kedai-kedai jika masih nak shopping. Aku sempat beli coklat royce, memang rugi sesiapa tak beli coklat royce ini, memang sedap sangat. Dekat midvlley sekotal Rm50+, dekat sini baru je Rm 30. Sila habiskan yen anda!!
Last selfie di Narita Airport
Tepat jam 9.30 pagi penerbangan vietnam airlines VN301 dari Narita ke HCM city berlepas dan VN675 dari HCM city ke KL pada pukul 3.05 petang. Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA pada jam 6.05 petang. Seperti biasa penerbangan dengan vietnam airlines tidak mengecewakan walaupun makanan yang dihidangkan tidak dapat makan sebab berpuasa, tapi kami tapau.haha.

Berakhir la sudah perjalanan kami sepanjang berada di bumi sakura, samurai, matahari terbit.haha.
Shinkansen!!!!

Sekian terima kasih,