Saturday 10 November 2018

Business Class KLM Airlines review.

Asslamualaikum dan salam sejahtera

Untuk posting kali ini, aku ingin membuat review tentang kelas perniagaan (Business Class) untuk KLM airlines dari Jakarta ke Kuala Lumpur yang aku naik baru-baru ini waktu pergi tonton Sukan Asia Jakarta.

Aku beli untuk satu hala sahaja dari Soekarno Hatta Terminal ke Kuala Lumpur International Airport, tiket harga RM680 dan aku beli terus dari webiste KLM airlines. Penerbangan KLM ini sebenarnya dari Jakarta ke Amsterdam, Belanda dan flight akan layover kejap di KLIA untuk ambil  penumpang dari sini.

Penerbangan KLM ini menggunakan pesawat boeing 777-200, kod KL0810 berlepas pada 7.25 pm dan dijangka tiba di KLIA pada 10.30 pm. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja, boleh la merasai juga naik business class KLM walaupun sekejap sahaja. Hehehe. Untuk lounge KLM tumpang garuda airlines lounge, So, aku datang awal untuk enjoy lounge Garuda ailines di Terminal 3. Urusan check in di kaunter juga berjalan dengan lancar.
Front desk
Komen dari segi Garuda lounge, bagi aku cantik, sebab semuanya barang baru kan. Dari segi makanan, tak banyak pilihan yang disediakan dan yang paling aku suka dia ada kerusi mengurut ala-ala Ogawa dekat sini. Bilik wayang juga ada dekat sini. Tandas dalam lounge jauh sikit nak kena jalan.
Ruang legar

Kerusi urut kaki

Bilik TV

Ruang makanan


Boarding process berjalan dengan lancar, kelebihan kelas business akan diberi keutaamaan untuk masuk pesawat. Masuk dalam pesawat, terpegun dengan kecantikan pesawat boeng 777, sangat besar dan selesa. Konfigurasi tempat duduk dalam kelas business ialah 2-2-2 dan yang paling bestnya kerusi boleh flat bed. Setiap penumpang juga diberi amenities kit yang diletak dalam pouch bag.
2-2-2

Flat bad

Tempat caj

Kaki boleh melunjur
Dari segi makanan, inspired by Farah Quinn dan dia merupakan antara chef selebriti di Indonesia, dari segi rasa aku rasa biasa-biasa sahaja. IFE memang terbaik, sarat dengan cerita tetapi tidak sempat sebenarnya nak habiskan satu movie pun. Haha. Layanan anak kapal pula, OK sahaja, dia orang pun tidak sempat mana nak melayan satu-satu sebab penerbangan yang sangat cepat dan dia orang nak kena pula prepare untuk penerbangan seterusnya ke Amsterdam. Overall, memang aku berpuas hati dengan KLM airlines ini.
Pouch bag



Menu

Dinner malam tu

Semoga boleh naik KLM lagi

Next destinasi...




Saturday 20 October 2018

Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang!!!

Assalamulaikum dan Salam sejahtera



Bertemu kembali untuk entry yang terbaru. Di sini aku akan menceritakan pengalaman aku ke Sukan Asia Jakarta-Palembang yang baru tamat. Segaimana yang kita tahu Sukan Asia yang ke-18 ini dilangsungkan di negara Indonesia dan lebih tepat lagi di sekitar Jakarta dan Palembang. Alhamdulillah negara tercinta Malaysia berjaya mencapai sasaran iaitu 7 emas. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang aku di sini.

Lepas tengok hoki lawan India

Perjalanan aku ke Indonesia untuk sukan asia in sebanyak 2 kali :

Trip pertama pada 24/8/2018 - 26/8/2018 dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines.


Trip ini merupakan trip bertiga, aku, isteri dan adik ipar, kami sampai awal di KLIA walaupun penerbangan MH727 pada jam 10 malam. Oleh kerana mahu claim voucher Malaysia airlines lounge punya pasal. Hahaha. Seperti biasa Malaysia airlines regional lounge tidak mengecewakan. Kami sampai lebih kurang jam 11.05 waktu Indonesia di Terminal 3, terminal baru dan sangat besar. Dinasihatkan sesiapa yang bawa warga emas sila booking wheel chair ya.
Lounge Malaysian Airlines Satelit Regional

Apartment telah ditempah melalui airbnb sekitar jalan sudirman, apartment cantik dan selesa ada dua bilik. Paling penting sangat murah dengan harga yang ditawarkan. Sepanjang perjalanan kami di sini banyak menggunakan GRAB car dan ada juga naik transway jakarta bas. Musim Sukan Asia ini trasnsway bas ini GRATIS.
Umah sewa airbnb

Sepanjang 3 hari 2 malam ini tidak banyak tempat yang kami dapat jejak kerana banyak habis masa di GBK (Gelora Bung Karno) kompleks dan jalan nya yang MACET. Antara yang kami dapat pergi yang tiada kaitan dengan sukan ialah Plaza Semanggi, Senayan Mall dan Blok M sahaja. Tidak banyak dibelanjakan hanya untuk makan-makan sahaja di sini.
Makan2 di sana
Untuk games pula hanya sempat lihat Karate-do sahaja tu pun atlit Malaysia dapat gangsa sahaja. Sedih sebab prospek pingat emas tidak dapat sasaran. Dari segi penganjuran negara Indonesia untuk sukan asia ini bagi pandangan aku masih banyak kekurangan nya.
At last, dapat juga tiket

Tengok karate-do

Orang beratur nak masuk merchandise store
Dah nak balik

Last meal atas Mas Airlines
Trip kedua pula pada 29/8/2018 - 2/9/2018, kali ini pergi naik pesawat airsia dan pulang dengan KLM airlines. Untuk trip kali ini juga bertiga, aku, isteri dan anak saudara. Pesawat QZ 207 tepat pada waktunya dan selamat tiba di Terminal 3 Soekarno Hatta Airport. Oleh kerana kali-2 dalam masa satu minggu ke sini, perjalanan kami agak lancar kali ini, dah tahu selok belok nak ke mana, nak naik apa, nak beli tiket macam mana, nak makan di mana.

Kali ini kami sempat lihat sukan basikal trek, Hoki dan Squash. Memang puas hati boleh tengok atlit-atlit Malaysia beraksi kali ini dan ada beberapa emas yang dapat capai, cuma aku agak kecewa dengan final hoki sahaja. Sebagai peminat susah mati pasukan hoki negara, sampai hari ini aku masih tidak boleh move on dengan kekalahan pada malam itu. Rezeki Jepun, huhuhu. Untuk kali ini juga, kami sempat pergi Sarinah mall, senayan mall lagi, Lotte mart, IPC permata hijau dan beberapa mall lagi. Ke sini untuk belanja dan makan sahaja.
Antara yang jumpa di sana
Untuk trip ke Jakarta kali ini aku nak simpulkan perkara yang aku puas hati dan tidak puas hati dengan kota Jakarta :

Berpuas hati :
- Makanan yang sangat lazat terutama BEBEK(itik).
- Sistem GRAB. GOJEK yang meluas
- Rakyat nya peramah
- Mall merata-rata mudah nak lepak-lepak
- Tandas yang sangat bersih

Yang boleh diperbaiki :
- Sistem pengangkutan awam nya, tolong la siapkan cepat MRT tu.
- MACET
- Pengangjuran Sukan Asia, tolong perbetulkan dahulu sebelum angan-angan nak anjur Sukan Olimpik.

Sampai sini sahaja penceritaan aku ke Jakarta demi menyokong atlit Malaysia tercinta.

Next...

Saturday 15 September 2018

Ke TAIWAN kita!! (Part Akhir)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya part terakhir cerita perjalanan aku ke bumi Taipei, Taiwan ini.
SYS memorial hall dengan berlatarkan Taipei101

Hari ke empat (2/7/2018, Isnin)

Hari ke-4 ini tujuan aku dan isteri ialah ke Hualien, salah satu provinsi di Taiwan, ke selatan tapi tidaklah jauh pun dari Taipei hanya 2 jam 30 minit sahaja dengan train. Untuk ke sini, pelbagai cara boleh sampai ke sini sama ada dengan train, bas, private guide atau pandu sendiri ke sini. Apa yang special sangat di sini ialah semestinya pemandangan yang sangat cantik di TOROKO NATIONAL PARK (Toroko Gorge).
TOROKO
Aku ke sini dengan menaiki train, sila beli online untuk tidak kecewa di kaunter tiket jika beli on the spot. Aku amik tiket dari Taipei main station dan berhenti di Xincheng station, other option boleh juga berhenti di Hualien station. Untuk option  lebih murah lagi boleh ambil combo tiket dengan menaiki bas dari Taipei berhenti di Luodong station dan dari Luodong ke Hualien atau Xincheng. Tepuk dada tanya selera. Hehe
Train ke Xincheng
Xincheng station

Xincheng Station
Jadi setelah sampai di Xincheng atau Hualien station, untuk bergerak ke Toroko boleh explore dengan bus yang disediakan, ada 2 jenis bas iaitu route no 1133A atau 302, laluan lebih kurang sama tapi oleh syarikat bas yang berbeza. Ada yang tawarkan one day pass, tapi jika kita beli one day pass untuk syarikat ini, tidak boleh naik bas untuk yang satu lagi, jadi cadangan nya guna saja GO CARD, yang mana bas sampai dulu naik yang tu.
Papan tanda tempat yang menarik di Toroko
Dah tahu cara nya, let's explore Toroko. Di sini kita boleh lihat suasana hijau dengan aliran-aliran sungai dan lereng-lereng bukit yang sangat menarik. Di Toroko ini banyak trek-trek yang kita boleh jajah cuma sempat atau tak sahaja dan tengok juga tahap stamina masing-masing. Ada sesetengah trail kena request sepecial permit jika nak explore. Antara-antara tempat yang menarik yang biasanya pelancong buat day trip ialah Shakadang trail, Eternal Spring Shrine trail, Buluowan area, Baiyang waterfall, Kinhua Pond trail dan Swallow Grotto.

Shakadang trail area




Jambatan gantung


Swallow grotto

Jambatan gantung


Lepas habis explore toroko (tak explore mana pon, 2-3 tempat saja sempat cover), terus kami balik ke Taipei, solat di surau yang disediakan di Taipei main station dan naik mrt ke Sat Yut Sen station, tujuan ialah ke kedai ice monsters.
Naik kereta api pulang ke Taipei

Berhenti Loudang station untuk naik Bas

Stesen bas

Contoh tiket COMBO
Makan ABC versi taiwan. Alhamdulillah sedap sangat, dia punya ice gebu sangat. Yang tak tahan nya lepas makan ABC, pergi makan Taiwan beef noodle pula. Hahahaha. Eh! sebelum itu kami lepak di Sat Yut Sen memorial hall kejap. Selepas itu balik bilik tidur.
Ice monster


Halal certification

Menyelerakan

Hari ke lima(3/7/2018, selasa)

Hari terakhir di Taiwan sebelum berangkat pulang ke Malaysia jam 3.10 petang, selepas check out menuju ke Taipei main station untuk letak beg di locker dan amik mrt ke stesen chiang kai shek untuk melawat Chiang Kai Shek memorial hall. CKS ini merupakan bekas presiden Taiwan dulu, seorang yang sangat berpengaruh.
CKS statue

CKS memorial hall

Sekitar CKS

CKS memorial Hall, ada guard dalam ni.
Guard
CKS memorial boleh tahan besar nya dan ramai remaja-remaja Taiwan di sini, kebanyakkan mereka buat latihan pancaragam dan menari. Selepas pusing area sini untuk terakhir kali nya singgah untuk makan Taiwan beef noodle. Hahaha. Memang sedap la beef noodle Taiwan ini. Sangat-sangat berbaloi.
Taiwanese Beef Noddles



Selepas makan, ambil beg di main station dan amik aiport MRT line ke Taoyuan International Airport. (dapat token free dari Matta Fair).

Taiwan sangat-sangat berbaloi untuk dilawati, rugi hanya 5 hari di sini, rasa sekejap sahaja. Sekian terima kasih kepada yang sudi membaca.

Next...