Saturday 15 September 2018

Ke TAIWAN kita!! (Part Akhir)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya part terakhir cerita perjalanan aku ke bumi Taipei, Taiwan ini.
SYS memorial hall dengan berlatarkan Taipei101

Hari ke empat (2/7/2018, Isnin)

Hari ke-4 ini tujuan aku dan isteri ialah ke Hualien, salah satu provinsi di Taiwan, ke selatan tapi tidaklah jauh pun dari Taipei hanya 2 jam 30 minit sahaja dengan train. Untuk ke sini, pelbagai cara boleh sampai ke sini sama ada dengan train, bas, private guide atau pandu sendiri ke sini. Apa yang special sangat di sini ialah semestinya pemandangan yang sangat cantik di TOROKO NATIONAL PARK (Toroko Gorge).
TOROKO
Aku ke sini dengan menaiki train, sila beli online untuk tidak kecewa di kaunter tiket jika beli on the spot. Aku amik tiket dari Taipei main station dan berhenti di Xincheng station, other option boleh juga berhenti di Hualien station. Untuk option  lebih murah lagi boleh ambil combo tiket dengan menaiki bas dari Taipei berhenti di Luodong station dan dari Luodong ke Hualien atau Xincheng. Tepuk dada tanya selera. Hehe
Train ke Xincheng
Xincheng station

Xincheng Station
Jadi setelah sampai di Xincheng atau Hualien station, untuk bergerak ke Toroko boleh explore dengan bus yang disediakan, ada 2 jenis bas iaitu route no 1133A atau 302, laluan lebih kurang sama tapi oleh syarikat bas yang berbeza. Ada yang tawarkan one day pass, tapi jika kita beli one day pass untuk syarikat ini, tidak boleh naik bas untuk yang satu lagi, jadi cadangan nya guna saja GO CARD, yang mana bas sampai dulu naik yang tu.
Papan tanda tempat yang menarik di Toroko
Dah tahu cara nya, let's explore Toroko. Di sini kita boleh lihat suasana hijau dengan aliran-aliran sungai dan lereng-lereng bukit yang sangat menarik. Di Toroko ini banyak trek-trek yang kita boleh jajah cuma sempat atau tak sahaja dan tengok juga tahap stamina masing-masing. Ada sesetengah trail kena request sepecial permit jika nak explore. Antara-antara tempat yang menarik yang biasanya pelancong buat day trip ialah Shakadang trail, Eternal Spring Shrine trail, Buluowan area, Baiyang waterfall, Kinhua Pond trail dan Swallow Grotto.

Shakadang trail area




Jambatan gantung


Swallow grotto

Jambatan gantung


Lepas habis explore toroko (tak explore mana pon, 2-3 tempat saja sempat cover), terus kami balik ke Taipei, solat di surau yang disediakan di Taipei main station dan naik mrt ke Sat Yut Sen station, tujuan ialah ke kedai ice monsters.
Naik kereta api pulang ke Taipei

Berhenti Loudang station untuk naik Bas

Stesen bas

Contoh tiket COMBO
Makan ABC versi taiwan. Alhamdulillah sedap sangat, dia punya ice gebu sangat. Yang tak tahan nya lepas makan ABC, pergi makan Taiwan beef noodle pula. Hahahaha. Eh! sebelum itu kami lepak di Sat Yut Sen memorial hall kejap. Selepas itu balik bilik tidur.
Ice monster


Halal certification

Menyelerakan

Hari ke lima(3/7/2018, selasa)

Hari terakhir di Taiwan sebelum berangkat pulang ke Malaysia jam 3.10 petang, selepas check out menuju ke Taipei main station untuk letak beg di locker dan amik mrt ke stesen chiang kai shek untuk melawat Chiang Kai Shek memorial hall. CKS ini merupakan bekas presiden Taiwan dulu, seorang yang sangat berpengaruh.
CKS statue

CKS memorial hall

Sekitar CKS

CKS memorial Hall, ada guard dalam ni.
Guard
CKS memorial boleh tahan besar nya dan ramai remaja-remaja Taiwan di sini, kebanyakkan mereka buat latihan pancaragam dan menari. Selepas pusing area sini untuk terakhir kali nya singgah untuk makan Taiwan beef noodle. Hahaha. Memang sedap la beef noodle Taiwan ini. Sangat-sangat berbaloi.
Taiwanese Beef Noddles



Selepas makan, ambil beg di main station dan amik aiport MRT line ke Taoyuan International Airport. (dapat token free dari Matta Fair).

Taiwan sangat-sangat berbaloi untuk dilawati, rugi hanya 5 hari di sini, rasa sekejap sahaja. Sekian terima kasih kepada yang sudi membaca.

Next...

8 comments:

  1. dr izzat... terbaik
    boleh bantu saya, sy nak apply visa utk ke bangladesh pada 10hb 12 ni.. utk tournament international challange.... boleh tak guide saya, dan perkenal rakan yg ada disana...

    ReplyDelete
  2. boleh bantu permudahkan urusan saya, sbb tuan pernah ke sana, dhaka kebetulan stadium hoki tu berdekatan dgn stadium badminton utk sy bertanding...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Visa tu susah sikit sebab nak kena dapat invitation letter dari sana. Nanti saya cuba usahakan kenalan dari sana. Tq

    ReplyDelete
  4. Hi nak tanya kalau naik bas ke luodong tu berapa rm? Berapa tambang tren ke hualien pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, serious saya lupa berapa tiket tu, tapi tgok ke gambar yg saya post tu 122 + 59 = 181. Cakap dekat kaunter tiket nak tiket combo. memang akan jadi jimat cuma perjalanan jadi lewat sikit je sampai

      Delete
  5. Jat, helpful gila blog ko. Haha. Tp ko x g jiufen ke weh.
    -paen-

    ReplyDelete