Tuesday 14 November 2017

Melancong ke Dhaka, Bangladesh (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum aku lupa, di sini aku sambung cerita aku bertiga jalan-jalan di Dhaka, Bangladesh.
Berkibar~~

Hari Pertama 18/10/2017 (Rabu)

Hari yang dijanjikan, aku dan ayih (anak buah) sampai semalam lagi, kami naik penerbangan dari Kota Bharu ke KLIA2, dan bermalam di Tune Hotel KLIA2, wife aku tunggu kita orang dari sini. Selepas sarapan pagi, wife hantar kami ke KLIA, sebab penerbangan Malindo OD 164 berlepas dari KLIA. Payek dah sampai dulu di sini, jadi lengkaplah kami bertiga penyokong hoki setia Malaysia ke Dhaka, Bangladesh.
OD 164
Penerbangan Malindo on time, macam biasa aku memang puas hati naik Malindo ke mana-mana destinasi lebih-lebih lagi ke luar Negara. Makanan sedap, ruang kaki selesa untuk orang tinggi macam aku ini, flight entertainment memuaskan. Puji mengunung aku untuk Malindo Airlines ini.haha. Penerbangan ke Dhaka lebih kurang 3 jam 30 minit dan waktu di Bangladesh ialah lewat 2 jam dari waktu Malaysia. Sempat juga berkenalan dengan Mr.Syeikh, dimana dia ada bisnes di Malaysia, selalu ulang-alik Malaysia-Bangladesh, dia sempat lagi tawarkan diri nak bawakan kita jalan-jalan sekitar Dhaka pada ke esokannya. Ragu-ragu juga kita orang ini sebenarnya. Nanti aku akan cerita lebih lanjut di entry seterusnya.

Hazrat Shajalal International aiport dia tak gah macam aiport KLIA kita, kecil sahaja tetapi lengkap. Urusan di imigresen dia juga cepat. Kejap sahaja dah berada di luar. Sempat juga tukar duit Bangladesh Taka di sini, dan yang menariknya tukar Taka di sini lagi untung berbanding tukar di Malaysia. Untuk 2 hari yang pertama kami stay di Hotel 71 area Purana Pultan, pilih hotel ini sebab dekat dengan stadium Hoki Mualana Bashani, dimana kawasan ini diluar kawasan dari kawasan elit Dhaka seperti Gulshan area.
Turun dari kapal terbang, ada shuttle bas ke terminal

Dalam terminal

Dari luar
Dah buat penempahan awal untuk airport transfer dari pihak hotel 71, janji nak tunggu kita orang pegang placement kad dekat ketibaan, sekali keluar habuk pon tiada, nasib baik ada simpan number orang yang bertanggungjawab nak ambil kami dari sini. Terpaksa la beli Sim Kad tempatan di sini, nak telefon orang tu punya pasal, sebab pesan Mr.Syeikh beli simkad di airport mahal berbanding dekat luar.

Dekat sejam juga la kami menunggu di airport, baru la van dari Hotel 71 sampai. Cilakak, dah la game Malaysia dengan Pakistan jam 3 petang. Lepas itu, sejam juga dari airport baru sampai di hotel, jalan jangan cakap la memang jem teruk dekat sini, hon sana sini kalah bunyi hon di Vietnam. Udara dia agak kotor, persekitaran juga agak kotor, sampah merata-rata. (Kutuk negara orang, tak baik, haha).Tapi sebenarnya pengalaman baru untuk kami bertiga.


Plug di Bangladesh, tidak perlu bimbang
Urusan check in juga berjalan dengan lancar, bilik besar sangat untuk 3 orang. Letak sahaja beg, terus kami jalan kaki ke stadium, tidak sempat nak rebahkan badan rehatkan diri. lebih kurang dalam 15 minit jalan kaki, kami tiba di stadium. Masuk tengok percuma sahaja, nak masuk ke dalam stadium kena scan badan bagai, security dia agak ketat. Alhamdulillah Malaysia menang 3-2 dengan Pakistan. Puas hati betul.
Bilik hotel

Katil single

Katil Double

Menang!!!
Berdekatan stadium, terletal Baitul Mukarram National Mosque Bangladesh, memang besar masjid ini. Umat solat jemaah di sini masyaAllah memang ramai, penuh dengan jemaah tapi satu sahaja yang mencacatkan di sini persekitaran dia kotor, sampah merata-rata, tandas dia bau hancing. Satu lagi yang aku perhatikan dekat Dhaka ini, jemaah masuk masjid majoriti akan bawa selipar/kasut masuk sekali, mungkin takut dicuri mungkin.
Persekitaran Masjid

Pelbagai kekacang
Selepas itu, perut kami mula berkeroncong, minta di isi mungkin, misi kami kali ini mencari makanan tempatan untuk di rasa. Pusing nya pusing terjumpa KFC terlebih dahulu, haha. Saja singgah, tengok kot-kot ada menu yang tiada di Malaysia, ternyata ada ayam bakar di KFC Bangladesh, apa lagi terus beli. Crusher dekat sini pon masih ada lagi. Masih tak puas hati, misi mencari makanan diteruskan, sebenarnya banyak je sebenarnya kedai-kedai tepi jalan, tetapi kebersihan diragukan, hari pertama pula tu, tak pasal dapat cirit-birit.
Rare kan, plastic bag KFC
Terjumpa restoren yang agak besar sedikit, pintu tertutup rapat, kedai berhawa dingin. Apa lagi, kami terjah masuk ke restoren ini, buka je pintu, semua orang pandang kami, macam tidak pernah nampak pelancong asing dekat sini.haha. Salah seorang pelayan restoren menyapa kami, dan menunjukkan tempat untuk kami bertiga duduk. Menu dalam BI diberikan, tetapi banyak makanan yang ditulis kami tidak faham masakan apa itu. Yang faham nya, beriani, beef, lamb, eggs, nan. Hahaha
Aku pesan roti dengan kambing dhal manakala payek pesan nasi beriani ayam. Alhamdulillah makanan dia sedap sangat. Dhal dia lain rasa dengan dhal dekat sini, nasi beriani dia pun warna putih. Harga berpatutan sangat dengan apa yang kami makan. Lepas makan, terus masuk bilik dan tidur. Subuh di sini 4.15 pagi, awalnya. Bimbang takut terbabas. Haha
Chicken Beriyani

Mutton Dhal

Chicken Nan


Bersambung...



Wednesday 8 November 2017

Visa ke BANGLADESH

Visa ke Bangladesh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf la ya, sudah lama tidak kemaskini apa-apa dekat blog ini(macam la ada orang baca blog aku ini,hahaha). Seperti yang aku post kan pada entry yang lepas, aku ada beli tiket penerbangan pada waktu matta fair bulan September hari tu. Ke mana aku beli ialah penerbangan ke DHAKA, Bangladesh. Ye, Bangladesh.

Kenapa ke Dhaka, tempat yang jarang orang nak pergi melainkan ada misi kemanusian(Rohingya). Aku ke sini sebenarnya untuk tengok Asian Hockey Cup 2017 yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh. Peminat setia Hoki Malaysia katakan. Aku pergi bukan berseorangan, tetapi bersama kawan aku(Payek) dan anak buah aku seorang(ayih). Semua minat hoki.

Tidak sangka pula nak ke Bangladesh ini memerlukan Visa, seriously tidak tahu, logic la kan orang Bangla ke sini kena perlu buat visa, mesti la kita orang Malaysia ke sina juga dikenakan Visa. Visa ke sini adalah visa yang paling susah aku pernah buat, rumit nya berbanding Visa ke Jepun(sebelum free visa untuk warga Malaysia), visa Umrah dan visa Australia. 2-3 kali juga pergi kedutaan Bangladesh di KL baru dapat visa ke sini.

Dekat sini aku kongsikan bagaimana nak buat Visa ke Bangladesh:
  1. Kena isi online boring permohonan Visa ke Bangladesh di laman web, dah siap isi boring kena print out dan kepilkan beberapa dokumen-dokumen lain yang diperlukan.
  2. Gambar Visa passport 3 keping, background biru
  3. Visa fee sebanyak RM41, kena buat payment di Maybank, tidak boleh online, kena buat manual.
  4. Invitation letter dari Bangladesh (dalam kes ini aku guna lecturer aku orang Bangladesh- pastikan copy ID/passport dia kepil sekali).
  5. Guarantee letter dari pejabat kerja kita, jika pelajar kena minta di pejabat sekolah/HEP.
  6. Nak bagi gagah lagi- kepil sekali flight ticket dan voucher hotel.
  7. Kepil semua sekali dan hantar ke kedutaan Bangladesh di Jalan Genting Klang, KL,sebelum pukul 1 tengah hari, dan visa akan siap dalam 3 hari bekerja, masa ambil visa dalam jam 4-5 petang.
Macam ini rupa VISA Bangladesh


Persedian ke Dhaka la yang aku rasa paling ringkas pernah aku buat, tiada itineary yang tetap sebab fokus utama nak tengok perlawanan hoki, so plan kali ini go and easy je, ikut flow orang kata. Hotel booking pon 2-3 hari baru buat sebelum pergi. Haha. Search tempat-tempat menarik di Dhaka pon, waktu tunggu flight nak take off.hehe.

Ketemu untuk entry berikutnya...