Wednesday 8 November 2017

Visa ke BANGLADESH

Visa ke Bangladesh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf la ya, sudah lama tidak kemaskini apa-apa dekat blog ini(macam la ada orang baca blog aku ini,hahaha). Seperti yang aku post kan pada entry yang lepas, aku ada beli tiket penerbangan pada waktu matta fair bulan September hari tu. Ke mana aku beli ialah penerbangan ke DHAKA, Bangladesh. Ye, Bangladesh.

Kenapa ke Dhaka, tempat yang jarang orang nak pergi melainkan ada misi kemanusian(Rohingya). Aku ke sini sebenarnya untuk tengok Asian Hockey Cup 2017 yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh. Peminat setia Hoki Malaysia katakan. Aku pergi bukan berseorangan, tetapi bersama kawan aku(Payek) dan anak buah aku seorang(ayih). Semua minat hoki.

Tidak sangka pula nak ke Bangladesh ini memerlukan Visa, seriously tidak tahu, logic la kan orang Bangla ke sini kena perlu buat visa, mesti la kita orang Malaysia ke sina juga dikenakan Visa. Visa ke sini adalah visa yang paling susah aku pernah buat, rumit nya berbanding Visa ke Jepun(sebelum free visa untuk warga Malaysia), visa Umrah dan visa Australia. 2-3 kali juga pergi kedutaan Bangladesh di KL baru dapat visa ke sini.

Dekat sini aku kongsikan bagaimana nak buat Visa ke Bangladesh:
  1. Kena isi online boring permohonan Visa ke Bangladesh di laman web, dah siap isi boring kena print out dan kepilkan beberapa dokumen-dokumen lain yang diperlukan.
  2. Gambar Visa passport 3 keping, background biru
  3. Visa fee sebanyak RM41, kena buat payment di Maybank, tidak boleh online, kena buat manual.
  4. Invitation letter dari Bangladesh (dalam kes ini aku guna lecturer aku orang Bangladesh- pastikan copy ID/passport dia kepil sekali).
  5. Guarantee letter dari pejabat kerja kita, jika pelajar kena minta di pejabat sekolah/HEP.
  6. Nak bagi gagah lagi- kepil sekali flight ticket dan voucher hotel.
  7. Kepil semua sekali dan hantar ke kedutaan Bangladesh di Jalan Genting Klang, KL,sebelum pukul 1 tengah hari, dan visa akan siap dalam 3 hari bekerja, masa ambil visa dalam jam 4-5 petang.
Macam ini rupa VISA Bangladesh


Persedian ke Dhaka la yang aku rasa paling ringkas pernah aku buat, tiada itineary yang tetap sebab fokus utama nak tengok perlawanan hoki, so plan kali ini go and easy je, ikut flow orang kata. Hotel booking pon 2-3 hari baru buat sebelum pergi. Haha. Search tempat-tempat menarik di Dhaka pon, waktu tunggu flight nak take off.hehe.

Ketemu untuk entry berikutnya...

17 comments:

  1. Salam. Nak tanya, saudara apply melalui MRV ya? Sebelum isi borang( payment details) tu kena buat pembayaran dulu la kan?
    Lepas tu kena print dan still kena pi hantaq kat kedutaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ye Apply melalui situ..dah sila buat payment visa fee di Maybank dahulu.

      still kena print dan hantar ke kedutaan, kepil sekali semua doc yang diperlukan

      Delete
    2. Saya nak tanya mohon visa dulu ke atau beli tiket flight dulu baru isi visa online dan bawa semua dokumen berkaitan ke kedutaan?

      Delete
  2. salam . saya nak tanya full detail website tu apa ya

    ReplyDelete
  3. salam. nk tanya. visa ke bangladesh nih mang kene pgi on our own ke or boleh kirim kt member macam visa ke china? tq

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sangat rumit pula pengurusannya. fikir nak melancong sana tapi pengurusan rumit, boleh tawar hati pula hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tawar hati..huhu..saya kali ke-3 pergi baru lepas.

      Delete
    2. Kali ke 3 pegi tu, kena bayar sekali shj kan? Rm41 utk single entry? Visa tourist ke

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. ye pn, single entry. Tourist visa

      Delete
  6. Am a work in singapor is it dificlutif i want to go bangladesh

    ReplyDelete
    Replies
    1. same procedure to go Bangladesh either you are malaysian or singaporean

      Delete
  7. Assalam. Saya ada prob nak upload gambar dalam sistem. Ada tips?

    ReplyDelete