Saturday 1 July 2017

Mengejar Sakura di Negara Matahari Terbit (Bahagian 8)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mesti dah ramai yang mula masuk kerja kan? Aku sambung cuti balik lepas raya ke-3 dan ke-4 kerja. Selamat bekerja guys!!

26/5/2017 (Jumaat)

Pagi hari ke-7 dimulakan dengan menaiki shinkansen Kodama ke Nagoya. Buat apa di Nagoya, nak ke kedai Komehyo, sebab nak pergi cari jam G-shock. Untuk dipakai sendiri dan kiriman dari rakan-rakan. Komehyo ni macam retails shop la, seperti Big Camera, Labi, yang di Nagoya ni yang paling besar. Kejap je dari Kyoto dah sampai di stesen Nagoya.

Sampai di Stesen Nagoya naik subway berhenti di stesen Osukanon. Sampai sebelum kedai buka lagi, so lepak di Family mart nearby untuk breakfast. Beli Tokayaki instant, Alhamdulillah sedap. Yang spoiled hari itu hujan yang agak lebat juga. Dekat-dekat 10.30 am keluar dari family mart dan berjalan ke kedai komehyo itu. Kawasan ini sebenarnya shopping district juga, banyak kedai-kedai cenderahati di sini. Harga pon boleh tahan murah, tidak mahal mana.

Kedai Komehyo yang dituju ini, 7 tingkat semuanya setiap tingkat ada speciality masing-masing. Aku tidak membazir masa terus ke 3rd floor untuk tengok jam yang dijual. Memang satu floor tu hanya jual jam sahaja, yang baru ada yang 2nd hand pon ada. Rembat juga la beberapa utas dekat sini. Puas hati.haha


Antara G-shock yang dirembat

Lepas beli belah dekat sini, patah balik ke Nagoya stesen dan naik shinkansen Hikari ke Tokyo station. Dari Tokyo station ke Oji station, stesen terdekat dengan rumah penginapan selama di Tokyo ini. Tempah melalui airbnb. Sampai di Oji station, tuan rumah mari pick up di stesen dan lebih kurang 8 minit sampai di rumah dia. Bilik private tapi berkongsi tandas dan dapur.
Are stesen Oji, ulang alik sini sepanjang di Tokyo
Lepas mandi, solat semua, keluar balik dan destinasi pertama di sini ialah Ueno station. Sebab apa ke sini dulu, sebab nak makan.haha. Kami makan di Chicken Man Ueno, Alhamdulillah makanan dia sedap sangat dan harga amat murah bagi aku untuk standard Jepun. Tuan kedai pon peramah, sempat tanya tuan kedai confirm ke esok puasa, dia jawab "Ya".So, malam ini misi nak cari masjid nak tunaikan terawih di Jepun. Kedai ini terletak di Ameyoko street ye dan terdapat beberapa lagi kedai halal area ini.

Lepas makan, kami stroll out jap area Ameyoko street ini, OK juga area ini, barang jualan di sini pon bermacam-macam jenis dan harganya berpatutan. Kami jalan sampai ke Takeda store building, kedai ini sama je konsep macam komehyo dan don quijote. Macam-macam ada tapi kami tidak beli apa-apa pun dekat sini. Stesen Jr terdekat ke sini ialah okachimachi station. Selepas itu, aku ajak wife ke akihabara alang-alang satu station je dari sini. Ingat nak singgah solat maghrib di laox akihabara, kedai laox ni tutop pula. Pusing-pusing akihabara ternampak kedai gindaco takoyaki, beli satu set makan dekat situ juga.
Gindaco Takoyaki
Lepas itu, kami terus ke Otsuka station dari Akihabara station. Plan utama ke sini, nak ke Masjid Otsuka, nak solat sekaligus terawih pada malam pertama Ramadhan. Alhamdulillah dapat juga merasa solat terawih di sini, masjid full packed bak hang. Lepas terawih, ada berbual-bual dengan rakyat Malaysia kerja dekat sini, siap bawa anak dan isteri lagi stay sini. Yang ni serius aku jeles.haha.

Next, kami ke Shibuya station, sempat lagi nak merasa crossing paling popular di Jepun dan dikatakan paling ramai orang melinitas di dunia. Walapon dah malam, makhluk yang melintas shibuya ni masih ramai woi, entah dari mana makhluk-makhluk ini datang.haha. Sempat juga singgah mega don quijote dekat sini, kedai ini baru buka dan kami survey-survey harga dekat sini. Plan utama nak merembat dekat sini periuk Tefal yang magic hand tu, tiada dijual di pasaran Malaysia model ni.

Tefal ni la beli nya
Jam nak dekat 12 malam dah, tak sedar dok pusing-pusing area shibuya ini, terus kami amik keputusan balik rumah. Sampai di Oji station, singgah jap di Family mart cari makanan untuk sahur pada hari itu, esok merupakan puasa pertama. Puasa di bumi Jepun kot, subuh pukul 2.45 pagi, amik kau merasa la puasa panjang.haha.

Bersambung..
p/s: Gomenasai gambar tak banyak



No comments:

Post a Comment