Tuesday 13 February 2018

EURO TRIP (PART 6) - Madrid


Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Sudah lama rasanya tidak update sambungan trip aku dan family ke bumi eropah ini,huhu. InsyaAllah akan percepatkan penulisan ini.

30/11/2017 (Khamis)


Hari ke-2 kami di bumi Madrid ini, selepas makan pagi yang ala kadar di sini kami teruskan misi untuk melawat beberapa tempat menarik di sini. Antara tempat yang kami pergi pada hari ini ialah :

1    a) Retiro Park – Salah satu taman di Madrid dan antara yang tercantik dan paling besar di sini. Bagi aku tempat in OK sahaja, sebab aku pernah pergi taman yang lagi cantik. Masuk sini FREE sahaja. Tempat ini agak besar, jika nak cover satu taman makan masa setengah hari juga. Di sini juga ada terletak crystal palace. Nak ke sini subway turun di stesen retiro (L2)







2    b) Museo Del Prado – Dikatakakn muzium galeri yang terbesar di sunia. Berhampiram Retiro Park sahaja, kami tidak masuk pun hanya mengambil gambar depan bangunan sahaja.

3    c) Santiagao Bernabeu Estadium (Stadium Real Madrid) – Wishing list dari anak saudara aku, minat sangat Bola sepak katanya. Jadi pergi sini dia dan abang ipar aku sahaja masuk muzium tour yang lain semua mereput di luar stadium. Dah la sejuk, nasib baik ada mall sebelah stadium ini, lepak sini sambil online. Nak ke sini behenti di stesen santiago bernabeau(L10)






4    d) Mercado de San Miguel – Old traditional market, pergi sini ingat nak pergi makan-makan cari Tapas ke, tapi tengok kedai makanan laut sebelah menyebalh dengan hidangan daging Babi, terus loya tekak semuanya. Tapi makanan dekat sini murah dan hipster sangat. Nak ke sini turun di stesen Opera



5    e)  Plaza Mayor – Berdekatan dengan Mercado de san Miguel sahaja, sama mcam plaza-plaza yang lain, berbentuk segi empat denga dikeliling oleh bangunan-bangunan antik





6    f) San Gines – Singgah sini lagi untuk Last churros dan Poras. RIndu weyhhhh kesedapan nya. Area ini juga banyak kedai souvenier.



Lepas harungi hari yang agak penat pada hari ini, balik rumah dalam keadaan yang penat, esok pagi kena bagun awal pagi lagi sebab keesokannya train dari Madrid ke Cordoba pula.

Bersambung..

Total cost : 0 Euro..Hanya pembelian masing-masing untuk saouvenier

No comments:

Post a Comment