Tuesday 21 March 2017

Melancong ke Manila, Filipina (Bahagian 2)

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Bersambung kepada cerita ak dan wife di Manila, Filipina

24/2/2017 (Hari Kedua)

Pada hari ke-2, memang plan ak di manila ni hanya sekitar Manila, tak buat langsung day trip mana-mana yg terdekat keluar dari Manila, so jam 10 pagi baru gerak keluar dari rumah. Seriously katil umah ni empuk, membuatkan tidur lebih lena..hahaha..Untuk day trip luar Manila bnyk juga sebenarnya, korang boleh search di google..bersepah, dri DIY ke yg tour by private company. Antaranya ke Taal lake area Tagaytay.
Taal Lake, Tagaytay
So, hari ke-2 ni plan nak ke intramuros, kota tinggalan kerajaan Sepanyol, dibina waktu Filipina di jajah oleh Sepanyol. Tapi musnah teruk waktu perang manila antara US ngan Jepun. Hanya beberapa kerat je yang tinggal.

Plan arini nak naik ferry ke Intramuros, mcam yg ak post sbelom ni, Manila ada pengangkutan air diapnggil PASIG ferry service. Memang area yang aku stay ni dekat ngan station Hulo. Jadi dri sini aku naik ke station Plaza Mexico(Intramuros) dalam 45 pesos. Memang best naik ferry ni, x jem sambil layan pemandangan kiri kanan. Trip ni juga lalu Malacanang palace, bila ferry lalu sini, dia slow down speed, dan x boleh ambil gambar palace ni.

Map Pasig Ferry

Contoh ferry, gambar dari google

Sampai di stesen Plaza Mexico, boleh jalan ke area Intramuros ni. Kat sini mcam satu kawasan besar, ada mcam2 attraction dalam ini. Nak round kawasan ni atas stamina korang, macam ak ngan wife jalan kaki je dalam kawasan ni. Kalo korang malas, leh naik kereta kuda, beca atau beca elektrik. Harga pandai2 la korang tawar menawar..ada la nanti pemandu beca approach korang..tolak ngan baik klo x nak guna mereka.

Map Intramuros

Antara attraction dalam ni la, fort santiago - dalam ni ada rizal shrine(museum sebenarnya), tempat di mana si Rizal ni kena kurung sebelum ditembak. Nak masok fort santiago ni berbayar ye. 70 pesos rasanya. Selain itu, leh juga tgok church2 dekat sini, antaranya Manila Cathedral dan San Augustin Church. Design dia terbaik. Ada Plaza de roma juga, ala2 Italy la..Kalo korang tipu amik gambar caption di rome ke, memang org percaya la..haha..Ada juga museum kecil2 dalam sini, ada bertiket ada yg free.

Agak lama gak ak di intramuros, sbb ak ni History Lover, memang banyak membaca kerja nya ak dalam sini. Wife tak minat sejarah, tapi terpaksa melayan perangai husband dia.hhuhuhu.

Dari sini kita org bergerak ke Museum yg berhampiran intramuros iaitu national museum of philiphines. Masok sini Free je. Tapi ak kurang berminat skit dekat sni sebab dia lebih kepada Art. Sesiapa yang berminat pasal Art, dipersilakan sini tempat anda. Bertingkat2 museum dia. Besar dan sangat selesa. Nak BO(bowel output) pon selesa, berpaip..bersambung ye ~~

Antara gambar-gambar di ambil sekitar intramuros



Manila Cathedral




Fort Santiago, dalam ni ada Rizal shrine

No comments:

Post a Comment