Thursday 14 December 2017

Melancong ke Dhaka, Bangladesh (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minta maaf sebab lama tidak kongsi perkembangan terbaru di sini. Sudah bersawang rasa nya blog ini.

Jadi aku sambung perjalanan kami ber tiga ke bumi Dhaka, Bangladesh ini.

Lalbalgh Fort
Hari ke Dua 19/10/2017(Khamis)


Hari ke-2 di sini, dalam jam 8 pagi kami turun untuk sarapan, sarapan termasuk sekali dengan harga penginapan. Sarapan dia pon sedap sangat, awal-awal pagi dah ada kari kambing tak ke menarik tu. Hahaha. Selepas sarapan, lami naik semula ke bilik. Perlawanan hari ini melibatkan Malaysia dan India bermula jam 5 petang, jadi aku dah rancang nak melawat beberapa tempat menarik sekitar bandar Dhaka ini.

Dalam pukul 10.15 pagi, kami bertiga keluar dari hotel, tempah UBER car, jangan ingat di Bangladesh tiada UBER tau. Haha. Sebab aku guna UBER, kerana majority pemandu UBER dapat berbahasa Inggeris senang untuk kita berkomunikasi. Destinasi pertama kami ialah ke Lalbagh Fort, bangunan peninggalan sejarah kerajaan Moghul dahulu.

Sedikit pasal pengangkutan awam di sini, majority rakyat Bangladesh menggunakan beca(trishaw) yang dikayuh oleh tenaga manusia untuk ke tempat berdekatan. Jika beca yang canggih sedikit, dia guna enjin untuk bergerak. Ada juga CNG, seperti tuk-tuk di Thailand, comel je bentuknya, bertutup rapat. Macam lemas je jika guna CNG ini. Lain-lain pengangkutan ada bas, bas pon klasik yang amat, memang dah tiada bas seperti dekat Malaysia. Taxi ada tapi tidak banyak.

Apa yang menarik di Lalbagh Fort? Bagi aku tiada apa yang menarik, cuma sisa-sisa peninggalan kerajaan moghul terdahulu. Bangunan utama dia menepatkan makam seorang isteri raja moghul zaman dahulu. Persekitaran dalam ini, memang dijaga denagan baik, bersih dan teratur. Rakyat tempatan pun banyak datang ziarah ke sini. Selapas kami melawat sini, pekana kacchi beriani dekat sekitar ini. Kami singgah di Sultan Restaurant, Alhamdulillah sedap sungguh Kacchi beriani dia. Kacci dalam bahasa Malaysia ialah kambing. Satu set siap dengan desert, desert dia pon sedap. Selepas makan, rancangan asal seterusnya nak ke Ahsan Manzil, satu lagi tempat peninggalan sejarah.




Sekitar Lalbalgh Fort

Carian di Google Maps menunjukkan jarak ke Ahsan Manzil dari Lalbagh Fort lebih kurang 30 minit jalan kaki, eh 30 minit sahaja, dekat sahaja sebenarnya. Jadi kami amik keputusan nak jalan kaki ke sini. Perjalanan ke sini, memang tempatan habis la, dengan orang ramai lalu lalang, dengan beca sana-sini, jalan becak, anjing simpang siur, haha memang satu pengalaman baru. Siap seluar anak saudara aku kena rempuh anjing lagi. Fobia dia kejap.

Kacchi Beriyani

Desert
Lebih kurang 20 minit berjalan, tengok jarak masih jauh lagi, penipu juga pak cik google ini. Lepas itu terbaca dekat website dia, cakap Ahsan Manzil ditutup hari ini(Khamis). Ini semua bala!!haha. Tukar rancangan terus ke stadium, yang masalahnya tiada satu pon UBER yang nak masuk ke kawasan kami berada sekarang. Jadi terpaksa la jalan untuk ke jalan yang lebih besar sedikit. Agak lama juga kami berjalan, selepas aku nampak anak saudara aku dah tidak berapa larat nak teruskan jalan, akhirnya tahan beca cakap nak pergi stadium. Yang masalahnya si pengayuh beca ini, tidak faham BI, nasib baik la ada penjual bunga tepi jalan tolong cakap dekat tuan beca tu ke stadium. Dah la Malaysia kena titik ke India perlawanan hari ini. Malang sungguh nasib hari ini.
Kecewa kena titik dengan India

Makanan street food - Cereal

Ni macam kacang dhal

Burger

Yogurt

KFC lagi
Lepas perlawanan, singgah balik KFC semalam, Ayih nak makan KFC lagi, jadi kami semua makan malam dekat KFC. Tiba-tiba nasib malang kami bertukar dimana waktu aku nak bayar, ada orang Bangla sebelah tolong bayarkan, dia perkenalkan diri Mr.Kamal, seorang usahawan Bangla yang berjaya, ada 2 biji kedai di KL dan 2 biji kedai di Tokyo. Dia juga fasih berbahasa Melayu, banyak benda kami bualkan dengan dia, Alhamdulillah ditemukan dengan orang yang sangat baik hati di sini.

Lepas bertukar-tukar nombor telefon, kami minta undur diri untuk baik ke hotel. Sudah penat sangat badan kami semua rasa. Tak tahan nya, dalam perjalanan pulang sempat juga singgah di Hypermarket Shwapno, salah satu retail hypermarket di Bangladesh. Habis juga la Taka Bangladesh di sini. haha 

Okey, sambung untuk hari seterusnya..

5 comments:

  1. kalau datang lagi ke Bangaladesh..ramai ja Malaysian yg berkerja di sini..should go AArong or Artisan you will gets cheaps branded baju2 . Im stay here dh nk masuk 3 tahun , but in Gazipur . Byk lg blh jalan2 di Bangaldesh ni ,goggle shylets

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye boss. Shopping dekat aarong hari tu..cantik kain baju di situ.

      Delete
    2. Next year mmg saya Ada plan nak kesana boleh la guide saya nanti

      Delete
  2. shuib daughter apa name fb or fon.num..kita ada plan ke bangladesh

    ReplyDelete
  3. This blog is so nice to me. I will keep on coming here again and again. Visit my link as well.. Invisalign Northampton

    ReplyDelete