Saturday 2 June 2018

Sukan Komenwel GOLD COAST (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Welcome to Gold Coast


Berjumpa kembali kita di sini, entry kali ini mengenai trip aku ke Gold Coast, Queensland, Australia. Trip kali ini mengenai perjalanan aku dan isteri untuk melihat Team Malaysia beraksi di pentas Sukan Komenwel edisi ke-21. Sukan Komenwel ini dibuka secara rasmi pada 4 April dan tamat pada 15 April. Seperti yang semua maklum negara kita telah mecapai 7 emas 5 perak dan 11 gangsa. Mencapai sasaran melebihi sukan komenwel yang ke-20 tetapi tidak mencapai sasaran untuk berada di kedudukan 10 terbaik (Malaysia no.12).

Malaysia tangga ke-12 keseluruhan
Ini merupakan kali-3 aku pergi ke sini, jadi aku tidak berasa janggal sangat la dan tiket pun kami beli agak lambat juga iaitu pada bulan Februari untuk trip dari 5/4 hingga 10/4. Harga yang kami kena pun tidak la mahal lebih kurang 800 seorang sekali dengan beg dan makanan dalam penerbangan (Kami beli waktu final call Airasia).

Gold Coast di sebelah kanan(timur) Australia
PERSEDIAN

Penginapan

Persedian kami ke sini agak last minit, lepas aku beli je tiket penerbangan pada bulan 2, terus search penginapan di sini, sudah tentu la harga peginapan akan melambung naik sebab tengah peak season. Aku stay 5 malam di area Mermaid Water melalui aplikasi Airbnb, kena dalam 1100 untuk 5 malam, tu pun sewa bilik sahaja. Tapi jika perasan penginapan di Gold Coast memang mahal berbanding tempat lain di Australia.
Aku sewa bilik dalam rumah mak cik Vera

Balkoni umah ni
Tips : Penginapan yang paling best ialah sekitar Surfer Paradise, kira centre GC la kira tempat ini selain kawasan broadbeach pun boleh dipertimbangkan. Tapi jangan bimbang pengangkutan di sini sangat-sangat efisien, so jika stay jauh sikit pun tidak mengapa. Banyak hometsay, hostel dan Hotel di sini, jangan bimbang cuma sedia Cash sahaja. Haha

Visa

Nak ke Australia, tak leh masuk macam tu saja ye! Kena buat Visa, (Electronic Tourist Authority). Macam mana nak buat boleh apply di laman web rasmi imi Aus tapi charge mahal sikit dalam 20AUD. Atau boleh apply di travel agent atau online(Syarikat yang buat atas talian) dalam 25-30 ringgit sahaja.

Mata wang

Australia guna mata wang Australian Dollar, waktu aku pergi 1 AUD = Rm 3

Makanan

Australia Kastam sangat strict dengan makanan yang dibawa dari luar masuk ke dalam Australia. Please DECLARE food yang kita bawa tu, insyaAllah lepas makanan yang kita bawa itu. Jangan TIDAK DECLARE makanan sedangkan kita bawa makanan. Kantoi memang nanya la.
Coles

Woolies
Makanan Halal di GC banyak je sebenarnya, lebih-lebih lagi di kawasan Surfer Paradise. Tiba-tiba teringat nasi beriyani kedai Afghanistan di situ. Haha. Local Malaysian food pun ada dekat sini, pappaRoti pun ada. Groceries nak murai, boleh beli di COLES, WOOLWORTH, ALDI, Berbaloi-baloi.
Nasi Kabsah




No comments:

Post a Comment