Monday 9 July 2018

Sukan Komenwel GOLD COAST (Finale)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersambung cerita aku dan isteri ke Gold Coast untuk tengok games di Sukan Komenwel ini. Hari-hari saterusnya sampai ke hari terakhir di sini, aktiviti aku banyak berkisar tentang tengok games di sini hanya ada la beberapa aktiviti yang kami buat yang tidak terlibat dengan games.

Gambar-gambar kami sekitar games :
Pasukan Hoki

Pasukan Angkat berat

Tengok Badminton

Dengan Borobi
Antara akitiviti yang kami buat disini ialah :

1) Naik Aquaduck, bot amfibia yang boleh bergerak atas jalan raya dan juga atas air. Aku ambil pakej ini di Surfer Paradise dalam 38 Aud per pax. Lebih kurang 45 minit juga perjalanan naik Aquaduck ini. Satu pengalaman yang menarik walaupun aku rasa tidak berbaloi.





2) Carrara Market + Car boot sale. Hanya weekend sahaja market ini buka. Biasa-biasa sahaja tidak semeriah Victoria Market di Melbourne atau Paddy's Market di Sydney.




3) Peter Fish Market - Di sini jika nak beli Seafood mentah yang segar boleh dibeli di sini.



4) Hard Rock Cafe di SP - Singgah sini beli baju HR untuk abang.

5) Antara pantai-pantai yang kami pergi sepanjang di sini ialah - Surfers Paradise, Broadbeach dan Mermaid waters.






6) Untuk beli belah di sini, kami singgah di Pasific Fair Shopping centre. Best di sini, pelbagai kedai dan hypermarket ada, kira All in One. Dah la dekat dengan town boleh jalan kaki je dari stesen train Broadbeach south station. Kedai-kedai di sekitar SP pun tidak kurang menarik juga.

7) Yang paling best masuk Coles dan Woolworth. Hahaha


Orang cakap pergi GC kena enjoy Theme Park dekat sini, tapi  kami dah cover theme park di sini pada trip yang lepas. Jadi sesiapa yang ke sini WAJIB ke theme park di sini, seriously tidak menyesal theme park di sini seperti Movie World, DreamWorld, Wet and Wild, Sea World dan Currumbin Wildlife Sanctuary.

Aktiviti laut dan pantai pun menarik juga di sini, banyak duit kira jalan semua. Haha

Tentang pengangkutan kami sepanjang kami di sini pula :

a) Public transportation seperti tram dan bas translink termasuk train adalah percuma untuk pemegang tiket games Sukan Komenwel. Untung kami di sini.

b) Sewa kereta selama 2 hari, satu hari untuk ke Brisbane dan satu hari lagi last day untuk ke Airport. Saya ambil dengan BUDGET company.

c) Satu hari sewa scooter, servis sewa scooter ada di SP, banyak kedai menyediakan perkhidmatan ini. Kena rajin untuk survey harga yang paling murah (Rate sini keras).

Sedikit sebanyak tentang penggunaan public transport di sini :

a) Nak senang, efisien lagi menimatkan sila beli Go Card macam card Touch n Go kita di sini. Card ini valid penggunaan untuk tram, bus atau ferry.

b) Tram di sini ada satu line sahaja dari Broadbeach south station sampai ke Helensvale station. Tram ini akan lalu Surfer paradise, main beach, southport dan lain-lain lagi.


c) Untuk ke tempat yang jauh-jauh sikit seperti THEME PARK semua tu, boleh menaiki bas dan memang betul-betul akan drop di depan entrance.

d) Jika mahu buat day trip ke Brisbane atau fligh di Brisbane airport boleh naik Train runs by Queensland train. Biasa nya orang akan naik di Halensvale atau Nerang station.

Basically, pergerakan di Gold Coast memang mudah dan sangat efisien. Sila tempah tiket sekarang ke GC!!!

Sampai situ je la, cerita aku di sini. Jumpa ke destinasi seterusnya.

Ni Haou Taiwan

No comments:

Post a Comment