Sunday, 29 April 2018

Trip Tomodachi ke Jepun (Part 3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

15/1/2018 (Isnin)

Hari ini kami keluar lewat sedikit dari penginapan sebab letih katanya, walaupun semalam aku rasa naik train sahaja perjalanan satu hari, haha. Takpe lah, trip ini bukan trip solo aku jadi kena ikut suara majoriti. Hari ini, plan kami sehari suntuk di Tokyo, jadi let's explore Tokyo. Kami stay 2 malam di penginapan yang sama, jadi semua beg tinggal di sini hanya bawa bagpack yang kecil sahaja. Ringan sikit rasa nya hari ini.

Tips : Sedikit pasal penginapan, se elok-eloknya pilih tempat penginapan yang berhampiran dengan stesen kereta api/metro, mudah nak gerak ke mana-mana. Paling terbaik jika stesen yang berdekatan dengan penginapan kita tu telah dicover oleh Pass yang kita telah beli, so no extra cost needed here. Jimat.

Jadi destinasi pertama kami pada hari ini ialah Asakusa, dari Ueno ambil metro ke Asakusa station, oleh sebab metro ini bukan bawah JR railways, jadi bayaran tambahan dikenakan. Sampai di Asakusa tempat yang wajib orang pergi ialah namikase street dan sensoji temple. Namikase street ini, macam laluan ke Sensoji temple dan kanan kiri nya ada kedai-kedai dimana di sini boleh la nak beli souvenier ke, nak makan senbei(biskut beras) ke, nak beli yukata/kimono ke. Memang meriah street ini dan selalu crowded dengan pelancong malah local pun ramai.
Pintu masuk ke Sensoji Temple



Namikase Street

Dari Asakusa ini juga boleh nampai Tokyo Sky Tree, mercu tanda tertinggi di Tokyo. Nak ke Odaiba dengan boat pon boleh dari sini jika ada extra Yen la, hehe. Kedai Sushi halal pun ada kawasan ini, dan aku dapati area sini penginapan macam hostel dan capsule berpatutan dari area lain. Secara konklusinya, Asakusa memang kena pergi jika kau anda berada di Tokyo.
Budak Jepun ni boleh cakap Melayu

Tips : Pasal pergerakan di Tokyo, bermacam-macam Pass boleh pilih di Tokyo, nak bagitahu yang mana sesuai susah sebab semua bergantung pada itineary masing-masing. Paling mudah jika dalam satu hari itu anda banyak singgah tempat dalam tokyo, amik pass satu hari paling terbaik, sama ada daripada JR atau Metro/Toie.

Destinasi kami seterusnya ialah mengejar view Fuji-San(Gunung Fuji), memang aku telah buat research sebelum sampai ke sini mahu bergambar berlatar belakangkan Fujisan. Orang cakap tak sah jika ke Jepun tidak nampak Gunung Fuji (ye lah tu,haha). Macam cara nak tengok Gunung Fuji ini dan yang paling popular ialah di KAWAGHUCHIKO dan HAKONE. Oleh kerana, ke dua-dua tempat ini memerlukan kos tambahan dan tidak cover oleh JR Pass, jadi aku rancang mahu view di SHIZUOKA, area shimizu port. Tiada cas tambahan, full covered by JR PASS dah la boleh tengok Fujisan dari shinkansen juga.
Fuji-san dalam Shinkansen

Dalam Shimizu Station
Jaid kami naik shinkansen menuju ke Shizuoka dan dari shizuoka amik local line ke Shimizu, amik kau turun sahaja dari train, nampak terus Fujisan. Apa lagi bergambar sakan la kami di sini, Alang-alang dah sampai di Shimizu Port, kami ke fish market dan lunch di sini makan seafood. Konsep berkelah ditepi pelabuhan.Haha
Picnic di Shizuoka


Selepas puas bergambar di sini, terus ambil train pulang ke Tokyo, tapi singgah kejap di stesen Shin-Yokohama sebab mahu singgah big camera dekat station Shin-Yokohama. Mahu cari G-shock katanya. Big Camera ini salah satu kedai elektrik/elektronik antara yang terbesar di Jepun dan cawangan nya ada di seluruh Jepun. Salah satu kedai wajib anda singgah jika berada di Jepun. Kawan aku angkat satu utas G-Shock di sini.

Fuji-San di belakang


Destinasi sterusnya ialah Akihabara. Tujuan utama ke sini ialah untuk makan malam di Ichiya Curry House(Halal). Peminat kari Jepun sila cuba kari jepun di sini, semestinya berbaloi walaupun dekat Rm40 satu pinggan,haha. Selepas kenyang, kami pusing-pusing kejap di sini, kebanyakkan kedai sudah tutup dan tidak banyak yang kami boleh lakukan di sini. Jadi kami amik keputusan balik bilik untuk kemas-kemas barang sebab esok train 6.40am ke Shin-Hakodate(Hokkaido).Jauhhhhh


Pergh, Curry terbaik

Kebetulan ada ilumination

Bersambung...

Wednesday, 25 April 2018

Trip Tomodachi ke Jepun (Part 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku sambung perjalanan kami ke Negara matahari terbit ini dengan hari ini hampir satu hari DENSYA trip ( Trip kereta api).
Di Fukushima Eki

14/1/2018 (Ahad)

Selepas kami check out dari cafe manga Manboo itu lebih kurang jam 4.45 pagi, terus pergi ke musolla di Shibuya, di bangunan Zou Gentaka tingkat 7 untuk menunaikan solat subuh di sini. Surau di kecil sahaja tapi lengkap untuk kami menunaikan kewajipan di sini.

Tips : Sesiapa yang nak ke negara Jepun ini, sila download apps Halal Navi ya, apps yang sangat membantu untuk traveller Islam untuk mencari musolla, masjid dan makanan halal di Jepun. Terima kasih la sesiapa yang buat apps ini. Arigatou.

Selepas Subuh, mula la trip Densya kami pada hari ini. Serba sedikit aku cerita pasal trip pada hari ini, sebenarnya trip kereta api ini memang totally trip yang aku mahu cuba untuk ke Jepun kali ini. Sebab nya aku akan naik dua train shinkansen yang special(Seasonal train), di mana train ini akan bergerak pada sabtu dan ahad sahaja dan trip perjalanan nya hanya satu dan 2 kali sehari sahaja,

Shinkansen yang aku aim hari ini ialah Shinkansen Toreiyu dan Shinkansen Genbi. Aku cerita sedikit tentang train ini :

Seasonal Train Schedule atau special shinkansen


Sesiapa yang pergi jepun dan pengguna JR Pass, apa kata ambil satu hari naik shinkansen yang agak unik ini. Apa salah nya, satu hari rest dalam shinkansen, sambil layan view luar dan keunikan shinkansen tersebut.


Toreiyu shinkansen
Shinkansen yang ada satu gerabak dia kita boleh rendam kaki dalam air panas, tapi dengan tambahan 380 yen untuk 15 minit. Gerabak lain seat dia bukan macam shinkansen biasa, satu meja dan 4 seat saling mengadap antara satu sama lain. Seat dia tatami. Satu Gearabak lagi ada kantin dan seat dia duduk bersila. Satu pengalaman yang baru jika sesiapa sini nak try.

Toreiyu ini boleh naik di Fukushima dan last station dia Shinjo dan patah balik dari Shinjo Ke Fukushima. Trip dia satu hari je sehari dan hanya ada hujung minggu sahaja. JR east Pass pun cover train ini.

Btw, stop di Yamagata pun menarik area sini, Yamadera yang berdekatan ngan sini pon cantik view.
Toreiyu Shinkansen


Bahagian Luar

Selfie katanya

Interior dalam dia, seat Tatami
Kantin

Tempat makan Kantin

Ashiyu - tempat rendam kaki



Dengan Staff Toreiyu

Genbi Shinkansen
Katanya the world fastest art gallery, sebab setiap gerabak dalam ini pameran tersendiri. Shinkansen ini boleh naik di Echigo-Yuzawa ke Niigata(patah balik). Nama operasi dia ialah TOKI, trip dia hanya ada hujung minggu dan 3 kali sehari sahaja.

Sesiapa alang-alang di area Yuzawa, leh ambil masa kejap ke Niigata naik train ini. JR east Nagano pass juga cover train ini. Tapi kena reserve dulu.
Genbi Shinkansen



Seat dalam Genbi

Salah satu gerabak dalam Genbi

Ni pun

Sama

Mewah seat ini



Jadi memang satu hari full trip kami pada hari ini. Di sini aku tulis perjalanan kami sepanjang hari ini bermula dari shibuya eki(stesen)

Shibuya ---> Tokyo ---> Fukushima (10 pagi naik shinkansen toreiyu) ---> Shinjo ---> Niigata ( 4.45 pm naik shinkansen Genbi) ---> Echigo Yuzawa ---> Ueno

Sampai Ueno, kami amik kesempatan kejap pusing area sini, sekitar ameyoko street dan jalan kaki ke restoren Ayam-Ya untuk makan malam. Alhamdulillah kenyang sungguh makan di sini, berpatutan dan sangat sedap ramen nya. Selepas makan terus check in bilik airbnb di area Kanamachi station.

Ramen ngan Karaage Terbaik

Nampai trip pada hari ini macam bazir masa di sini, sebab satu hari kami naik train, tapi pengalaman yang kami dapat dalam train tidak dapat ditemui di tempat lain. KPI trip aku ke jepun kali ini tercapai personally. Hahahaha

p/s : Sepanjang trip hari ini semua di cover oleh JR PASS, tidak keluar langsung kos tambahan untuk pengangkutan.

Bersambung...


Monday, 16 April 2018

Trip Tomodachi Ke Jepun (Part 1)


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Kali ini aku akan bercerita pula trip aku dan kawan-kawan ke Negara matahari terbit yakni Jepun. Kali ini trip BFF selepas trip BFF ke Vietnam pada tahun lepas berakhir aku pergi berdua sahaja, kali ini lebih berjaya iaitu kami pergi bertiga. Haha. Seorang lagi kawan aku tidak dapat join sebab wife dia dalam pantang.
Di Shizuoka

Aku beli tiket Airasia ke Jepun turun di Kansai Aiport sejak dari bulan April 2017 lagi, dan trip ini kami pergi pada bulan Januari 2018. Nampak tak berapa lama di situ gigih menunggu. Trip ke Jepun ini merupakan trip ke-6 aku ke sini dan bagi mereka merupakan kali pertama.Konon-konon jadi tour guide la. Semua itinerary ke sini aku buat, dari segi PASS, penginapan dan tempat nak jejak. Tidak lupa last minutes sepupu aku juga join trip ke sini dan yang pastinya tiket flight dia 2 kali ganda mahal dari kita orang. Haha.

12/1/2018 (Jumaat)

Penerbangan kami dari KLIA 2, dengan penerbangan Airasia D7 1 dari Kuala Lumpur pada pukul 2.15pm dan dijangka tiba di Osaka-Kansai pada Jam 9.40PM. Flight On time dan Alhamdulillah flight tiba Kansai International Airport seperti dijadualkan. Masa di Jepun cepat satu jam. Malam itu memang kami plan nak tidur di airport sahaja, tidak ambil mana-mana hotel. Awal pagi esok akan ambil train ke Higashi Hiroshima.
Naik train ini ke main terminal
                                                      

Ruang solat di Kansai Airport
Tempat Wuduk
Tidur di Kansai Internataional Airport memang tidak menjadi satu masalah, banyak kerusi disediakan untuk rehat. Tapi, akan ada polis akan approach kita untuk tujuan keselamatan sahaja. Surau di Kansai Aiport pun besar dan amat selesa, tapi tidak dibenarkan tidur di situ ye, rehat-rehat kejap boleh la kot. Konbini (convenience store) ada disitu, Lawson dan family mart jika nak pecah note besar di sini pun boleh. Makanan halal pun ada 2-3 kedai di sini, tapi tutup jam 8-9 malam. Jika sampai macam flight kita orang ini pandai-pandai la cari makanan di konbini tak pun bawa bekal siap-siap.
Di Kansai Airport

13/1/2018 (Sabtu)

Selepas solat subuh, aku pergi JR kaunter office di train station untuk tukar JR Pass, yang siap dibeli di Malaysia. Selepas dapat pass masing-masing, terus buat penempahan beberapa tiket yang memang aku plan awal-awal lagi di situ juga. Ada satu tiket untuk mala mini aku tidak dapat, so terpaksa guna plan B. Dari Kansai aiport kami naik HARUKA LTD EXP pada 6.40am ke shin-Osaka dan dari sini naik SAKURA Shinkansen ke Okayama dan dari okayama naik KODAMA Shinkansen ke Higashi-Hiroshima. Lebih kurang 10.10am sampai di sini.
2 pilihan dari kansai, sama ada nak naik Nankai 

JR Pass selepas ditukar
   Pengangkutan awam di Jepun



  • Seriously sesiapa nak pergi ke Jepun kena ada itinerary yang lengkap, ke mana nak pergi, ke mana nak tuju. Sebab dari sini kita boleh decide pengangkutan awam apa kita nak guna sepanjang di sni. Tidak lupa juga bajet yang kita ada.
  • Kebanyakkan orang ke sini tanya nak guna PASS apa, memang PASS boleh jadi amat menjimatkan dan jika tidak pandai guna boleh jadi satu pembaziran.
  • Pengangkutan utama di Jepun yang biasa orang guna ialah kereta api, bas dan kapal terbang. Masing-masing ini pun ada PASS tersendiri.
  • Untuk kali ini, selepas tengok plan yang aku buat dan yakni JAPAN RAIL PASS yang terbaik dan menjimatkan bagi trip aku kali ini. JRP ini kena beli di luar Negara Jepun ye dan PASS ini hanya untuk pelancong sahaja. Aku ambil JRP 7 days, seat biasa dan berharga Rm1055.
  • JR Pass ini aku boleh naik suka hati berapa kali train Under JR company selama 7 hari dan ada beberapa sahaja train under JR yang tidak dapat guna pass ini.
Bersambung cerita aku, kenapa kami pergi Higashi-Hiroshima sebabnya salah  satu kawan aku nak jumpa adik dia yang tinggal di sini, nak bagi barang-barang yang dikirim dari Malaysia. Sampai-sampai je adik dia dah masak makanan tengah hari untuk kami, Alhamdulillah kenyang kami dibuatnya. Kami tidak lama pun di sini, terus naik KODAMA Shinkansen teruskan perjalanan kami ke Hiroshima.
Di Stesen Higashi Hiroshima


Sampai di Hiroshima, naik pula bus “meipuru pu”, bus ini ada tiga line yang akan stop di tempat-tempat menarik di Hiroshima dan yang best nya bus ini FREE jika ada JR Pass ini. Antara tempat-tempat yang kami singgah di Hirsoshima ialah:


  1. Atomic Bomb Dome – Berfungsi balai rakyat pada zaman perang dunia ke-2, telah di bom teruk oleh Amerika, dan sisa bagunan ini salah satu peninggalan yang masih utuh selepas di bom.
  2. Peace Memorial Park – Dibangunkan untuk memperingati perang paza zaman itu, macam-macam statue dapat dilihat di sini.
  3. Hiroshima Peace Memorial Museum – Seriouly 200 yen entrance fee amat-amat berbaloi. Recommended museum.
  4. Hondori Shopping Street – Sesuai sesiapa yang suka shopping.




    Gambar sekitar atomic bomb
Selepas itu, kami patah balik ke station dan naik SAKURA Shinkansen pada jam 6.48 pm ke Shin-Osaka dan dari sini ambil HIKARI Shinkansen ke station Kanagawa. Di Kanagawa tukar Yamanote line ke Shibuya. Kami sampai shibuya lebih kurang 11 malam. Tengok betapa lajunya shinkansen di Jepun kejap sahaja kami di Tokyo.

Seperti biasa Shibuya still happening pada waktu macam ini. Berkesempatan juga ber”crossing” di Shibuya dan tengok si Hachiko di situ. Pusing-pusing dalam mega doki Shibuya dan makan kebab halal di situ.

Shibuya Crossing

Oleh sebab malam ini, plan B kita orang, penginapan pon kami idak tempah jadi kami semua tidur di café internet (manboo)untuk 3 jam. Check in jam 2 pagi.dan check out pada jam 5 pagi. Satu pengalaman baru tidur di café internet, biasanya setiap café dilengkapi dengal full set of komik, free flow air dan siap dengan tempat mandi sekali. Boleh dikatakan selesa dan berbaloi la juga. Hehe. Awal pagi tu kami gerak ke surau di shibuya menunggu waktu subuh. Selepas subuh hari yang baru ini, kami buat trip NAIK TRAIN satu hari.
Man Boo Cafe Manga



Free flow air


Bersambung..