Sunday 29 April 2018

Trip Tomodachi ke Jepun (Part 3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

15/1/2018 (Isnin)

Hari ini kami keluar lewat sedikit dari penginapan sebab letih katanya, walaupun semalam aku rasa naik train sahaja perjalanan satu hari, haha. Takpe lah, trip ini bukan trip solo aku jadi kena ikut suara majoriti. Hari ini, plan kami sehari suntuk di Tokyo, jadi let's explore Tokyo. Kami stay 2 malam di penginapan yang sama, jadi semua beg tinggal di sini hanya bawa bagpack yang kecil sahaja. Ringan sikit rasa nya hari ini.

Tips : Sedikit pasal penginapan, se elok-eloknya pilih tempat penginapan yang berhampiran dengan stesen kereta api/metro, mudah nak gerak ke mana-mana. Paling terbaik jika stesen yang berdekatan dengan penginapan kita tu telah dicover oleh Pass yang kita telah beli, so no extra cost needed here. Jimat.

Jadi destinasi pertama kami pada hari ini ialah Asakusa, dari Ueno ambil metro ke Asakusa station, oleh sebab metro ini bukan bawah JR railways, jadi bayaran tambahan dikenakan. Sampai di Asakusa tempat yang wajib orang pergi ialah namikase street dan sensoji temple. Namikase street ini, macam laluan ke Sensoji temple dan kanan kiri nya ada kedai-kedai dimana di sini boleh la nak beli souvenier ke, nak makan senbei(biskut beras) ke, nak beli yukata/kimono ke. Memang meriah street ini dan selalu crowded dengan pelancong malah local pun ramai.
Pintu masuk ke Sensoji Temple



Namikase Street

Dari Asakusa ini juga boleh nampai Tokyo Sky Tree, mercu tanda tertinggi di Tokyo. Nak ke Odaiba dengan boat pon boleh dari sini jika ada extra Yen la, hehe. Kedai Sushi halal pun ada kawasan ini, dan aku dapati area sini penginapan macam hostel dan capsule berpatutan dari area lain. Secara konklusinya, Asakusa memang kena pergi jika kau anda berada di Tokyo.
Budak Jepun ni boleh cakap Melayu

Tips : Pasal pergerakan di Tokyo, bermacam-macam Pass boleh pilih di Tokyo, nak bagitahu yang mana sesuai susah sebab semua bergantung pada itineary masing-masing. Paling mudah jika dalam satu hari itu anda banyak singgah tempat dalam tokyo, amik pass satu hari paling terbaik, sama ada daripada JR atau Metro/Toie.

Destinasi kami seterusnya ialah mengejar view Fuji-San(Gunung Fuji), memang aku telah buat research sebelum sampai ke sini mahu bergambar berlatar belakangkan Fujisan. Orang cakap tak sah jika ke Jepun tidak nampak Gunung Fuji (ye lah tu,haha). Macam cara nak tengok Gunung Fuji ini dan yang paling popular ialah di KAWAGHUCHIKO dan HAKONE. Oleh kerana, ke dua-dua tempat ini memerlukan kos tambahan dan tidak cover oleh JR Pass, jadi aku rancang mahu view di SHIZUOKA, area shimizu port. Tiada cas tambahan, full covered by JR PASS dah la boleh tengok Fujisan dari shinkansen juga.
Fuji-san dalam Shinkansen

Dalam Shimizu Station
Jaid kami naik shinkansen menuju ke Shizuoka dan dari shizuoka amik local line ke Shimizu, amik kau turun sahaja dari train, nampak terus Fujisan. Apa lagi bergambar sakan la kami di sini, Alang-alang dah sampai di Shimizu Port, kami ke fish market dan lunch di sini makan seafood. Konsep berkelah ditepi pelabuhan.Haha
Picnic di Shizuoka


Selepas puas bergambar di sini, terus ambil train pulang ke Tokyo, tapi singgah kejap di stesen Shin-Yokohama sebab mahu singgah big camera dekat station Shin-Yokohama. Mahu cari G-shock katanya. Big Camera ini salah satu kedai elektrik/elektronik antara yang terbesar di Jepun dan cawangan nya ada di seluruh Jepun. Salah satu kedai wajib anda singgah jika berada di Jepun. Kawan aku angkat satu utas G-Shock di sini.

Fuji-San di belakang


Destinasi sterusnya ialah Akihabara. Tujuan utama ke sini ialah untuk makan malam di Ichiya Curry House(Halal). Peminat kari Jepun sila cuba kari jepun di sini, semestinya berbaloi walaupun dekat Rm40 satu pinggan,haha. Selepas kenyang, kami pusing-pusing kejap di sini, kebanyakkan kedai sudah tutup dan tidak banyak yang kami boleh lakukan di sini. Jadi kami amik keputusan balik bilik untuk kemas-kemas barang sebab esok train 6.40am ke Shin-Hakodate(Hokkaido).Jauhhhhh


Pergh, Curry terbaik

Kebetulan ada ilumination

Bersambung...

No comments:

Post a Comment