Wednesday 25 April 2018

Trip Tomodachi ke Jepun (Part 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku sambung perjalanan kami ke Negara matahari terbit ini dengan hari ini hampir satu hari DENSYA trip ( Trip kereta api).
Di Fukushima Eki

14/1/2018 (Ahad)

Selepas kami check out dari cafe manga Manboo itu lebih kurang jam 4.45 pagi, terus pergi ke musolla di Shibuya, di bangunan Zou Gentaka tingkat 7 untuk menunaikan solat subuh di sini. Surau di kecil sahaja tapi lengkap untuk kami menunaikan kewajipan di sini.

Tips : Sesiapa yang nak ke negara Jepun ini, sila download apps Halal Navi ya, apps yang sangat membantu untuk traveller Islam untuk mencari musolla, masjid dan makanan halal di Jepun. Terima kasih la sesiapa yang buat apps ini. Arigatou.

Selepas Subuh, mula la trip Densya kami pada hari ini. Serba sedikit aku cerita pasal trip pada hari ini, sebenarnya trip kereta api ini memang totally trip yang aku mahu cuba untuk ke Jepun kali ini. Sebab nya aku akan naik dua train shinkansen yang special(Seasonal train), di mana train ini akan bergerak pada sabtu dan ahad sahaja dan trip perjalanan nya hanya satu dan 2 kali sehari sahaja,

Shinkansen yang aku aim hari ini ialah Shinkansen Toreiyu dan Shinkansen Genbi. Aku cerita sedikit tentang train ini :

Seasonal Train Schedule atau special shinkansen


Sesiapa yang pergi jepun dan pengguna JR Pass, apa kata ambil satu hari naik shinkansen yang agak unik ini. Apa salah nya, satu hari rest dalam shinkansen, sambil layan view luar dan keunikan shinkansen tersebut.


Toreiyu shinkansen
Shinkansen yang ada satu gerabak dia kita boleh rendam kaki dalam air panas, tapi dengan tambahan 380 yen untuk 15 minit. Gerabak lain seat dia bukan macam shinkansen biasa, satu meja dan 4 seat saling mengadap antara satu sama lain. Seat dia tatami. Satu Gearabak lagi ada kantin dan seat dia duduk bersila. Satu pengalaman yang baru jika sesiapa sini nak try.

Toreiyu ini boleh naik di Fukushima dan last station dia Shinjo dan patah balik dari Shinjo Ke Fukushima. Trip dia satu hari je sehari dan hanya ada hujung minggu sahaja. JR east Pass pun cover train ini.

Btw, stop di Yamagata pun menarik area sini, Yamadera yang berdekatan ngan sini pon cantik view.
Toreiyu Shinkansen


Bahagian Luar

Selfie katanya

Interior dalam dia, seat Tatami
Kantin

Tempat makan Kantin

Ashiyu - tempat rendam kaki



Dengan Staff Toreiyu

Genbi Shinkansen
Katanya the world fastest art gallery, sebab setiap gerabak dalam ini pameran tersendiri. Shinkansen ini boleh naik di Echigo-Yuzawa ke Niigata(patah balik). Nama operasi dia ialah TOKI, trip dia hanya ada hujung minggu dan 3 kali sehari sahaja.

Sesiapa alang-alang di area Yuzawa, leh ambil masa kejap ke Niigata naik train ini. JR east Nagano pass juga cover train ini. Tapi kena reserve dulu.
Genbi Shinkansen



Seat dalam Genbi

Salah satu gerabak dalam Genbi

Ni pun

Sama

Mewah seat ini



Jadi memang satu hari full trip kami pada hari ini. Di sini aku tulis perjalanan kami sepanjang hari ini bermula dari shibuya eki(stesen)

Shibuya ---> Tokyo ---> Fukushima (10 pagi naik shinkansen toreiyu) ---> Shinjo ---> Niigata ( 4.45 pm naik shinkansen Genbi) ---> Echigo Yuzawa ---> Ueno

Sampai Ueno, kami amik kesempatan kejap pusing area sini, sekitar ameyoko street dan jalan kaki ke restoren Ayam-Ya untuk makan malam. Alhamdulillah kenyang sungguh makan di sini, berpatutan dan sangat sedap ramen nya. Selepas makan terus check in bilik airbnb di area Kanamachi station.

Ramen ngan Karaage Terbaik

Nampai trip pada hari ini macam bazir masa di sini, sebab satu hari kami naik train, tapi pengalaman yang kami dapat dalam train tidak dapat ditemui di tempat lain. KPI trip aku ke jepun kali ini tercapai personally. Hahahaha

p/s : Sepanjang trip hari ini semua di cover oleh JR PASS, tidak keluar langsung kos tambahan untuk pengangkutan.

Bersambung...


No comments:

Post a Comment