Friday 4 May 2018

Trip Tomodachi ke Jepun (Part 4)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1st tengok salji LIVE

16/1/2018 (Selasa)

OVERSLEPT. Amik kau, tiket ke Hokkaido dah terlepas, sepatotnya jam 6.40 am dari Tokyo station, ni bangun pun dah 6 pagi. So, tiket burn macam tu saja, tapi sebab kami pemegang JR pass boleh sahaja amik untuk train seterusnya tanpa bayaran tambahan. Ini lah kelebihan utama JR pass sebenarnya. Plan ke Hokkaido tetap berjalan seperti biasa.

Perjalanan lebih kurang 1100km bermula dengan kami menaiki Shinkansen Yamabiko di Euno station pada jam 8.14am. Train ini berhenti di station Omiya dan dari sini kami menaiki Shinkansen Hayabusa ke Shin Hakodate station dan tukar pula limited express Hakuto ke Sapporo station. Alhamdulillah lebih kurang 4 petang kami sampai di bumi Sapporo, Hokkaido.

Tips: Shinkansen yang menghubungkan dari tokyo ke Hokkaido nama nya ialah HAYABUSA, tiket train ini kena reserved terlebih dahulu, tidak boleh terjah macam shinkansen yang lain. Track shinkansen ialah sampai di Shin Hakodate station sahaja, dan dari sini nak ke sapporo kena tukar limited express Hakuto ye, track shinkansen ke Sapporo dalam pembinaan. Akan datang bila dah siap perjalanan ke Sapporo lagi cepat la nampaknya.

Berbalik kepada perjalanan kami, sampai sahaja di Sapporo terus ke Shinkawa station, untuk check ini penginapan airbnb kami. Alhamdulillah dapat rumah yang sangat selesa dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Oleh kerana sekarang ialah musim sejuk dan berada di Hokkaido pula, keluar je station, amik kau timbunan salji hampir sama tinggi dengan aku. Hahaha. Jalan pun kena hati-hati sebab sangat licin.

Timbunan salji nak sama ketinggian dengan kami
Selepas rehat kejap, kami semua keluar balik ke Sapporo area nak cari makan malam. Dari sini kami jalan kaki ke Odori Park, tempat yang wajib singgah jika anda di Sapporo. Di sini kami sempat singgah di Clock tower dan TV tower, bergambar kejap. Kami meneruskan misi dinner kami ke are Susukino area untuk makan di Horyu Ramen. Perghhh, sedap sungguh ramen yang pak cik ini hidang kena pula ngan gyoza. Tidur lena kami malam tu.haha

Clock Tower

TV Sapporo Tower

Konon-Konon nak tunjuk keluar asap

Ramen
Gyoza

Semangkuk Besar

17/1/2018 (Rabu)

Kenyang semalam, letih tambah pula cuaca yang sejuk sekitar -2c, masing-masing liat nak bangun pada hari ini. Kami keluar dari rumah lebih kurang jam 11 pagi di mana destinasi hari ini ialah ke Otaru. Nak ke sini, boleh ambil train JR dari sapporo ke otaru station.

Otaru merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati jika anda berada di Hokkaido dan perjalanan ke sini lebih kurang 45 minit sahaja. Ada apa di sini? Biasanya orang akan melawat Otaru canal dan sekitar nya. Tempat dia betul-betul sebelah laut, memang lawa. Kami sampai di sini, sebelum ke Otaru canal singgah kejap di supermarket yang berdekatan di sini, beli makanan yang mana patut.

Tips: Jika nak beli makanan ke minuman ke se baik-baik nya beli di supermarket, jauh lebih murah dari konbini(convenience) shop. Dekat supermarket macam-macam ada dijual, bahan mentah pun ada.

Lepas itu kami manapak ke otaru canal dan lepak-lepak di tepi canal berkelah di sini. Tapi cuaca yang extreme menghalang kami nak lepak lagi lama di situ. Alang-alang dah masuk waktu zohor, kami terus menuju ke Otaru Masjid untuk menunaikan solat jamak di situ. Besar Masjid nya, Alhamdulillah.
Otaru Canal


Cantik




Otaru Masjid

Lepas solat semua, niat nak pergi makan ketam di Nijo Kani Market di Sapporo. Jadi dari Otaru kami patah balik ke Sapporo station dan sebab nak merasa naik metro di sini, naik Tozai line dan berhenti di station Hosue-Susukino. Dari sini kami jalan kaki ke pasar ketam. Sampai di sini, banyak kedai dah nak tutup ada la beberapa kedai yang masih buka. Berakhir dengan tidak beli pun tai sempat la merasa tester.
TV Tower dri jauh


Bila lagi nak buat macam ni



Favourite
Seterusnya, kami ke Tanikoji street untuk cuci mata dan beli apa yang patut untuk dibawa pulang. Di sepanjang street ini pelbagai kedai yang boleh kita jumpa, dari souvenier, makanan, pakaian dan macam-macam lagi. Oleh sebab brand chocolate ROYCE dari sini, pelbagai jenis cokelat royce mudah jumpa disini. Lepas penat pusing-pusing area sini, terus balik rumah, dinner malam ini ialah meggi dengan ikan salmon. Haha

Bersambung..

No comments:

Post a Comment