Saturday 12 May 2018

Trip Tomodachi ke Jepun (Part 5)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Night Sleeper Train

18/01/2018(Khamis)

Seawal 6.29 pagi lagi kami sudah naik train pada hari ini, destinasi kami ialah ke Tokyo semula. Train yang sama local train dari Shinkawa ke Sapporo station, lepas itu naik LTD Exp Super Hakuto ke Shin-Hakodate station dan Hayabusa Shinkansen dari sini turun di Tokyo Station. Tepat 3.04 petang kami semua selamat tiba di Tokyo.

Connection train kami seterusnya ialah pada jam 10 malam, kereta api malam ke Takamatsu, Shikoku island. Nanti aku cerita lebih lanjut pasal train ini. Sampai je di station tokyo, kami simpan beg-beg yang besar di loker untuk explore Tokyo untuk sebelum train kami pada jam 10 malam itu. Jangan bimbang di station Tokyo terdapat banyak locker simpan beg dari yang bersaiz kecil sampai yang besar dan tolong la ingat betul-betul di locker mana anda simpan sebab tokyo station ini besar sangat-sangat. Btw, di Tokyo station juga ada tempat untuk solat ye. Alhamdulillah

Selepas siap solat semua, destinasi pertama kami ialah ke Harajuku, tempat wajib kena pergi jika di Tokyo. Apa yang menarik disini ialah Takeshita dori street, ometesando hills dan meiji jingu shrine. Memang penuh dengan umat manusia di sini lebih-lebih lagi hari hujung minggu dan apa yang best weekend di sini banyak cosplayer dan geng harajuku street style akan keluar jalan-jalan sekitar sini. Kami di sini sekejap sahaja sebelum destinasi kami seterusnya ialah ke Shinjuku.

Takeshita Dori Street

Harajuku Station

Pintu Gerbang Takeshita Street

Layan Suasana Harajuku
Apa di Shinjuku semestinya ialah untuk naik ke Tokyo Metropolitan Government Building. Dari station Shinjuku ikut petunjuk arah ke Tokyo Metropolitan Government Building.Free observatory deck untuk semua orang di ting.45. Dari sini boleh tengok panoramic view bandar Tokyo even Fuji-san boleh nampak jika cuaca clear. Di shinjuku juga kami pergi area kabukicho, sisi gelap Tokyo. Saja nak tengok kemeriahan area sini.
View dari atas bangunan



Suasana Shinjuku


Godzilla
Untuk makan malam kami pada hari ini, kami ke Ginza, untuk makan restoren bernama Tendon dalam bangunan Ginza Inz. Dengan harga yang kami bayar, amat-amat berbaloi makanan nya, sedap dan fresh sungguh makanan yang dihidangkan. Lepas makan, bergegas kami ke Tokyo station balik untuk ambil beg dan train Sunrise Seto/Izumo kami dah tersedia di situ dan akan bertolak pada jam 10 malam.
Tendon

Chawanmushi


Sunrise Seto/Izumo

Satu-satu nya train malam yang masih beroperasi tiap-tiap hari di Jepun. Yang lain kebanyakkan telah dihentikan operasi dan ada yang seasonal sahaja. Train Sunrise seto/izumo ini menghubungkan Tokyo ke Takamatsu(Seto) dan Izumo-shi(Izumo) dan vice versa. Apa kelebihan train ini ialah pengguna JR Pass, boleh naik free untuk nobi-nobi seat dan jimat penginapan untuk satu malam sebab dah bermalam dalam train.
Sunrise Seto/Izumo

Salah satu seat Train ini


Dari Luar, yang ni tak FREE ye

Sesiapa nak merasai train malam dan dalam masa yang sama nak jimat penginapan boleh la fikir-fikirkan train ini. Sebenarnya pelbagai seat untuk train ini, yang ada bilik single, bilik twin tapi kena bayar tambahan jika nak seat yang tu, NOBI-NOBI seat ialah percuma.
Yang ni FREE, haha


OK la, Selesa
19/01/2018 (Jumaat)

Kami sampai Takamatsu tepat 7.27 pagi. Saja aku lanjutkan perjalanan ke Takamatsu sebab Takamatsu terletak di pulau Shikoku yakni salah satu pulau terbesar di Jepun. Sempat la aku pijak akhirnya di Shikoku.haha.
Train sampai awal pagi

Takamatsu Station, SHIKOKU Island




Dari sini kami teruskan perjalanan naik balik ke Osaka tetapi sebelum sampai ke Osaka destinasi persinggahan pertama kami ialah Himeji. Sesiapa yang berkesempatan ke sini bagi aku sila lah singgah di sini, Himeji castle terlalu gah berbanding castle lain-lain di Jepun. CANTIK.
Selfieee lagi

Himeji Castle

OK, 1 2

Lompat

Orang tak larat jalan ke Castle, ambil gambar dari jauh


Selepas Himeji kami singgah pula di Kobe, perancangan utama ialah menunaikan solat Jumaat di Masjid Kobe. Alhamdulillah berkesempatan juga Solat Jumaat di masjid yang dikatakan tidak terusik pun apabila Kobe dilanda gempa bumi 6.9 skala ritcher pada 1995. Selepas solat Jumaat barulah kami sampai di Osaka dan terus check in penginapan kami. Plan nya, nak ke Nara sebenarnya dahulu, tapi masing-masing dah letih terus ada yang lena terus.
Welcome to KOBE
Petang nya lebih kurang jam 5 petang aku dan kawan aku sorang je yang keluar pusing-pusing Osaka, 2 lagi kata nak keluar lepas 8 malam dan berjanji nak jumpa di Namba (Ebusu-Bashi Bridge, yang ada si Glico man). Jadi destinasi pertama aku ialah ke yodobashi kamera di Umeda sebab nak pergi cari G-shock lagi katanya.Haha.
Cokelattt


Lepas itu aku ke Shin-imamiya area, sebab nak singgah di Super Tamade, Daiso dan Mega Don Quijote serentak. Survey coklat yang mana paling murah untuk dibawa balik nanti. Aku suka pergi kedai-kedai macam ini sebab memang barangan nya lagi murah dari tempat lain.

G-Shock

Tips : Sesiapa yang merancang mahu visit Osaka, kawasan Shin-imamiya bagi aku sangat-sangat convenience. Di sini hampir semua train utama di Osaka berhenti sini, Nankai, JR malah subway/metro pun ada area ini. Lagi satu hotel/hostel area sini memang murah berbanding tempat lain, dan plus point lagi macam yang aku cakap di sini ada Daiso, Super Tamade dan Mega Don quijote berdekatan.

Jam 8 malam kami bertemu di Glico Man dan plan untuk dinner di Naritaya Halal Ramen Osaka. Tidak mengecewakan ramen di sini dah la Free ayam goreng jika tunjuk apps Halal Navi kepada owner. Selepas kenyang terus balik bilik dan tidur.
Shinsaibashi Area



Ni la Glico-Man nya
Dapur Naritaya

Sedap nya Ramen


Bersambung..






No comments:

Post a Comment